Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

Senarai Masjid dan Tempat Solat di Seoul, Korea

Home » Guide for Muslim Travellers » Senarai Masjid dan Tempat Solat di Seoul, Korea

Semakin banyak hotel dan tempat menarik di Korea memperluaskan kemudahan dan perkhidmatan mereka untuk memenuhi keperluan pelancong Islam. Oleh itu banyak tempat di Seoul terutamanya telah mula menyediakan bilik doa atau bilik solat bagi memudahkan pelancong Islam menunaikan kewajipan yang satu itu. Berikut adalah senarai masjid dan tempat solat di Seoul untuk makluman anda.

1. Seoul Central Mosque

Masjid ini merupakan satu-satunya masjid di Seoul yang terletak berhampiran dengan Itaewon Station (line 6). Di sekitarnya juga terdapat banyak gerai-gerai yang menyediakan pelbagai makanan halal.

Senarai Masjid dan Tempat Solat di Seoul, Korea | Seoul Central Mosque
Credit: ayuindriati
Senarai Masjid dan Tempat Solat di Seoul, Korea | Seoul Central Mosque
Credit: fateenarinah

2. Everland Seoul

Everland merupakan salah satu taman tema yang terbesar di Korea Selatan. Sangat besar dan luas dan memerlukan seharian untuk menerokai taman-taman yang ada di dalamnya. Di sini juga disediakan sebuah surau untuk anda solat dengan selesa. Surau itu terletak bersebelahan dengan Taman Shooting Ghost dan satu lagi di Mystery Mansion.

Senarai Masjid dan Tempat Solat di Seoul, Korea | Everland Mosque
Credit: lia_faridaamalia
Senarai Masjid dan Tempat Solat di Seoul, Korea | Everland Mosque
Credit: HaveHalalWillTravel

3. Nami Island

Kalau datang bercuti ke Korea, anda mesti takkan lepaskan peluang untuk ke Pulau Nami yang merupakan salah satu tarikan utama di Korea. Tempat ini merupakan lokasi drama Korea popular yang bertajuk Winter Sonata pada tahun 2000. Di sini juga disediakan satu tempat solat yang selesa dan terletak dalam bangunan Restoran Asian Cuisine.

 Nami Island
Credit: ten1five1
Senarai Masjid dan Tempat Solat di Seoul, Korea |  Nami Island
Credit: wishpower
Senarai Masjid dan Tempat Solat di Seoul, Korea | Nami Island
Credit: mayataufiq

4. Myeong-dong – Lotte City Hotel Myeongdong  atau M Plaza Building, Seoul Center for Culture and Tourism

Myeong-dong merupakan syurga membeli-belah untuk mereka yang suka menggunakan barangan korea seperti pakaian dan barangan kosmetik. Jika anda sukakan barangan berjenama, inilah tempatnya. Oleh itu, jika anda hendak menghabiskan banyak masa ini sampai perlu mencari tempat untuk menunaikan solat, anda boleh ke Lotte City Hotel Myeongdang. Hotel ini menyediakan satu bilik solat untuk pelancong Islam. Jika tidak sempat ke hotel itu, anda boleh ke M Plaza Building dan solat dengan selesa di sebuah ruangan di tepi tangga exit door.

Senarai Masjid dan Tempat Solat di Seoul, Korea | Myeongdong
Credit: ines_song
Myeongdong
Credit: ben0417

5. Tourism Information Center, KTO HQ

Bilik solat di bangunan ini terletak di basement, dan dipanggil 기도실 (gido-shil) dalam bahasa Korea. Biliknya tidaklah besar sangat tapi cukup selesa untuk anda dirikan solat. Namun begitu, bilik ini dikongsi oleh kedua muslimin dan muslimat dan tempat wudhu disediakan dengan menggunakan tandas untuk orang kurang upaya.

Senarai Masjid dan Tempat Solat di Seoul, Korea | KTO
Credit: westankorea
KTO
Credit: i_am__charles

6. Incheon International Airport

Untuk mana-mana pelancong yang mungkin terkandas di Incheon International Airport atau ingin mendirikan solat menunggu waktu pelepasan ke destinasi seterusnya, jangan risau. Pihak lapangan terbang telah menyediakan ruangan solat untuk pelancong muslimnya. Surau ini terletak di sebelah Departure Hall 24 selepas anda melalui immigration. Arah kiblat, sejadah dan Al-Quran disediakan cumanya anda perlu mengambil wudhu’ siap-siap di tandas berhampiran.

Senarai Masjid dan Tempat Solat di Seoul, Korea | iNCHEON aIRPORT
Credit: MuslimPrayerRooms

Semakin banyak kemudahan masjid dan tempat solat yang disediakan di Seoul, Korea. Tempat-tempat lain untuk menunaikan solat boleh dirujuk pada pautan ini https://www.visitkorea.or.id/daftar-masjid?region=8 dan anda tidak perlu risau lagi ketika memilih Korea sebagai destinasi pelancongan anda seterusnya. Jangan lupa untuk ke lokasi instagrammable di Korea!

Leave a Reply