• Menu

Sesat Di Jepun? Tip Penting Untuk Anda!

Home » Muslim Friendly Travel Guide » Japan Muslim Friendly Travel Guide » Sesat Di Jepun? Tip Penting Untuk Anda!

Minna-san, kemaskan bagasi anda kerana Jepun adalah destinasi pelancongan seterusnya yang kita akan kunjungi! Jangan lupa untuk membawa pakaian, alat kelengkapan peribadi, pasport, dokumen dan juga sedikit wang kerana percutian ini semestinya akan memberikan anda satu pengalaman unik yang mengujakan.

Mungkin lagu yang dinyanyikan oleh Shawn Mendes bermain diminda anda jika anda membaca tajuk di atas. Negara matahari terbit ini terkenal dengan pelbagai lokasi percutian yang menarik seperti Tokyo Skytree, Seno-ji, Tokyo Tower, Imperial Palace, Shinjuku Gyoen National Garden, Harajuku dan banyak lagi.

Mount Fuji, Jepun
Kredit: Lutfi Hambali

Tunggu sebentar, anda mesti tertanya-tanya adakah Jepun lokasi pelancongan yang mesra Muslim? Ya. Negara matahari terbit ini merupakan negara yang mesra Muslim. Ia diiktiraf sebagai negara di kedudukan ketiga di belakang Singapura (tempat pertama dan Thailand (tempat kedua) dalam kategori negara bukan OIC (Organisation of Islamic Cooperation). Anda boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

Nara Park, Osaka
Kredit: Aiman Hakeem

Tetapi sebelum itu, adakah anda tahu yang Jepun akan menjadi tuan rumah Olimpik Musim Panas 2020 yang akan diadakan di Tokyo pada 24 Julai sehingga 9 Ogos 2020?

Tempat-tempat Menarik di Jepun

Kerajaan Jepun menjangkakan lebih 40 juta pelancong akan melawat ke Tokyo termasuk lebih 50 negara Muslim. Lebih dari 60 masjid dan musola terdapat di Jepun iaitu di Tokyo, Osaka, Gumma, Hiroshima, Hokkaido, Kanagawa, Kyoto dan banyak lagi.

Toji Pagoda Temple, Kyoto
Kredit: Muhammad Nurhakim

Makanan Halal di Jepun

Kerajaan Jepun juga sedang berusaha untuk menyediakan makanan halal kepada pelancong dan juga atlet pada Olimpik Musim Panas 2020. Ia juga merupakan peluang kepada negara ini untuk menarik lebih pelancong melawat negara mereka kerana Jepun telah menembusi pasaran halal. Dengan pelbagai hidangan makanan yang halal dan mesra Muslim, pelbagai hidangan boleh dinikmati oleh pelancong Muslim terutamanya apabila melancong ke sini.

Makanan halal di Jepun
Kredit: Nadia Yusof

Menurut Professor Tanada dari Universiti Waseda (2017), menyatakan bahawa komuniti Muslim menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita pada tahun 2016. Malah terdapat data bahawa 120,000 Muslim luar negara dan 10,000 warganegara Jepun yang Muslim tinggal di sini walaupun ia merupakan negara yang mempunyai minoriti Muslim.

Kini, terdapat pelbagai hotel yang menawarkan makanan halal kepada pelancong Muslim yang mengunjungi negara ini. Anda boleh juga menyemak senarai hotel-hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan yang mesra Muslim di laman web kami.

Di Jepun, anda dinasihatkan untuk menaiki kereta api, monorel untuk pergi satu tempat ke tempat yang lain kerana ia lebih mudah berbanding menaiki kereta. Anda juga dapat menyimpan wang untuk membeli cenderamata juga cenderahati untuk rakan-rakan dan juga keluarga.

Selain itu, anda juga boleh memuat turun beberapa aplikasi untuk rujukan dan juga bimbingan disana, seperti:

  1. Japan Travel
  2. Halal Navi
  3. Halal Trip
  4. Kamus English-Japan
Tokyo Disneyland, Japan
Kredit: Nadia Yusof
Tokyo Disneyland, Japan
Kredit: Nadia Yusof

Sudah bersedia untuk percutian anda seterusnya ke Jepun? Tiket penerbangan anda sudah sedia? Selamat bercuti kami ucapkan. Tapi sebelum itu, anda boleh baca artikel kami tentang 10 tempat menarik di Tokyo yang sangat instagrammable. Jika anda merancang berkunjung ke Universal Studios Japan semasa bercuti di sana, dan jika anda masih musykil tentang masa terbaik untuk berkunjung ke Jepun anda boleh rujuk artikel-artikel kami sebelumnya.

Arigato gozaimasu!