Menyewa hanbok dan bergambar di perkampungan tradisional Bukchon Hanok dan tempat sekitanya merupakan impian setiap penggemar drama Korea atau pelancong ke Korea Selatan. Sekiranya ke sana, anda akan mendapati terdapat banyak kedai sewa hanbok jadi anda tidak perlu risau untuk mencari saiz anda. Anda tinggal pilih sahaja mana-mana kedai asalkan kadar harga sewa itu berpatutan. Kadar sewa hanbok bergantung pada berapa lama anda hendak memakai hanbok itu. Boleh jadi anda ingin memakainya selama sejam, dua jam, 4 jam atau seharian terus!
1. Bertubuh Extra Petite atau Plus Size?
Anda disarankan untuk datang lebih awal ke kedai sewa hanbok bagi memastikan saiz anda tersedia. Dan pada masa itu juga, pekerja kedai masih baik hati pada waktu itu untuk melayan karenah anda untuk mengubahsuai hanbok anda. Buat yang berhijab, anda boleh bawa inner baju yang matching dengan hanbok yang bakal dipilih agar lebih cantik!
2. Tangkap Gambar Cantik
Bagi sesiapa yang ingin kelihatan cantik dalam setiap gambar, boleh juga merancang gaya rambut atau warna tudung dan sebagainya pada malam sebelum aktiviti sewa hanbok itu. Rancangkanlah pakaian apa yang hendak dipadankan dari warna tudung sehingga ke warna kasut.
Ada banyak pilihan warna dari pastel sehinggalah ke warna terang benderang. Anda boleh lihat contoh gambar-gambar hanbok di internet untuk membuat keputusan sambil mencari spot-spot cantik dalam Kampung Bukchon untuk berfoto.
3. Kedai Sewa Hanbok
Sebenarnya anda boleh sewa hanbok dari atas talian sahaja dan boleh tempah awal-awal saiz dan warna hanbok anda sebelum ke Korea. Anda cuma perlu tahu kedudukan kedai dan bagaimana untuk ke sana saja apabila berada di sana. Pekerja kedai akan melayan pelanggan yang telah menempah terlebih dahulu sebelum melayani pelanggan yang walk-in. Salah satu kedai sewa hanbok atas talian yang terkenal untuk tempahan awal adalah ONEDAYHANBOK atau melalui KLOOK.com.
Selain itu jika anda inginkan perkhidmatan penggayaan rambut, anda boleh ke Hanboknam yang turut menawarkan sewaan hanbok bertema atau tradisional. Tetapi harganya pasti sedikit mahal dari biasa.
Jika anda tiada tempahan awal dan tersampai awal ke Kampung Bukchon dengan menaiki bas, sejurus menurun bas di perhentian Samcheongdong, anda akan terlihat satu kedai sewa hanbok di hadapanya. Dan kebetulan itulah kedai paling dekat dengan pintu masuk Kampung itu dan antara yang paling awal buka iaitu pada jam 9 pagi.
Anda akan diberikan masa 30 minit untuk anda memilih hanbok sendiri dan bersiap untuk memakainya. Masa sewaan akan dikira sebaik saja 30 minit pertama itu tamat. Harga sewa hanbok selama sejam adalah sekitar 15,000 ke 21,000 won berserta aksesori kepala dan aksesori bag tangan Korea. Loker penyimpanan barang turut disediakan untuk keselesaan anda.
4. Tempat Menarik di Sekitar
Sekiranya anda sudah puas berjalan dalam kampung Hanbok itu dan merasa lapar, anda bolehlah teruskan perjalanan ke Luden Loquen Space yang popular dengan cafe suasana hijau serta Cafe C Flamingo yang umpama kedai kopi urbanista di Korea. Kedua-dua kafe ini berada tidak jauh dari Jampung Bukchon.
Jangan lupa juga untuk menyinggah ke Gyeongbokgung Palace yang berada tidak jauh dari situ! Kemasukan adalah percuma untuk mereka yang memakai hanbok atau tiket 3,000 won akan dikenakan bagi mereka yang tidak memakainya. Dari Gyeongbokgung Palace itu, anda boleh berjalan kaki menuju ke Gwanghamun Square pula dengan memakai hanbok. Pasti cantik gambar yang ditangkap di sana ala-ala zaman Joseon lama!
Jadi rancangkanlah perjalanan harian anda di sana dan sempatlah anda mengunjungi semua tempat ini dalam sehari! Lebih mudah, tempah pakej bercutian berkumpulan mesra Muslim bersama Tripfez ke Korea dan anda akan dapat pakai hanbok percuma tanpa perlu menyewanya!
Leave a Reply