Kali ini kami cuba kongsikan tatacara penggunaan aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna untuk kegunaan umum.Artikel ini berguna untuk semua jemaah tidak kira usia sebagai rujukan persiapan diri sebelum mengerjakan umrah norma baharu.
TAWAKKALNA
Apa itu Tawakkalna?
Tawakkalna sama sahaja penggunaanya seperti MySejahtera. Setiap jemaah perlu mendaftar kemasukkan diri ke setiap tempat di Arab Saudi dengan scan barcode di lokasi tersebut. Ini ada langkah lah wajib bagi memudahkan pengesanan jemaah sekiranya ada kontak rapat di lokasi berkaitan.
Siapa yang boleh muat turun Aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna dan pohon permit?
- Mereka yang telah lengkap vaksin 2 dos bagi penerima Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson,Moderna dan lengkap 3 dos bagi penerima vaksin Sinovac.
- Mereka yang telah sembuh dari Covid-19 selama 6 bulan
- Mereka yang mempunyai SIM Card Arab Saudi
Dua aplikasi ini mempunyai peranan bagi memudahkan urusan seperti pendaftaran hotel, memasuki dan permis perniagaan, atau tempat beribadah.Pastikan anda muat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda sebelum berangkat ke sana tanpa mengaktifkannya.
Cara Penggunaan Tawakkalna.
- Muat turun Aplikasi Tawakkalna (Playstore/Applestore)
- Daftar sebagai pengguna baharu (Sign Up)
- Pilih sebagai ‘Visitor’ dan isi butiran diri dan masukkan nombor telefon Arab Saudi
- Kemudian akan keluar satu paparan barcode “Immune” untuk status sijil vaksin
- Tunjukkan barcode tersebut setiap kali masuk ke premis di Arab Saudi
Atau anda boleh baca lebih lanjut di laman Rasmi Saudi : https://ta.sdaia.gov.sa/en/TawakkalnaEn.pdf
EATMARNA
Apa itu Eatmarna?
Aplikasi Eatmarna membolehkan jemaah untuk memohon permit untuk tempahan mengikut slot tarikh dan masa bagi mengerjakan beberapa jenis ibadah di tanah suci termasuk:
- Tunaikan Umrah
- Solat Fardhu di Masjidil Haram
- Ziarah Raudhah – Lelaki
- Ziarah Raudhah – Perempuan
- Ziarah Makam Rasulullah
- Mencium dan memegang Hajarul Aswad (akan datang)
- Solat di Hijr Ismail (akan datang)
Cara Penggunaan Eatmarna
- Muat turun ‘Apl Eatmarna daripada App Store
- Isikan Butiran Peribadi untuk mendaftar
- Tunggu Kata Laluan Sekali untuk tujuan keselamatan
- Masukkan Kata Laluan Sekali sahaja setelah diterima
- Pilih permit yang anda perlukan
- Lengkapkan halaman Maklumat Peribadi yang diperlukan untuk meneruskan dengan memperoleh permit anda.
- Pilih Tarikh permit yang anda mahukan
- Pilih slot Masa yang anda mahu lakukan ibadah berkaitan.
- Pilih pusat Pengangkutan
- Lihat pengesahan butiran yang anda masukkan melalui langkah sebelumnya.
- Terima mesej kelulusan pada Peranti Mudah Alih anda
Jika anda bergerak bersama agensi pelancongan, pastikan anda mendapat bimbingan yang jelas untuk pastikan pergerakan perjalanan ibadah yang lancar.