• Menu

10 Sebab Bosnia Wajib Ada Dalam ‘Bucket List’ Percutian Anda

Home » Guide for Muslim Travellers » 10 Sebab Bosnia Wajib Ada Dalam ‘Bucket List’ Percutian Anda

1. Pelbagai makanan halal yang enak dan murah

10 Sebab Bosnia Wajib Ada Dalam 'Bucket List' Percutian Anda, Makanan
Credit: ieatmelbourne

Antara 10 sebab Bosnia wajib ada dalam ‘bucket list’ percutian anda sudah semestinya kerana makanan. Dah la senang nak cari makanan halal, murah pula tu kalau nak dibandingkan dengan destinasi pelancongan lain di Eropah. Bagi yang gemar makan,a ‘foodie’, Bosnia ada banyak makanan sedap-sedap! Cubalah hidangan tempatan seperti cevapcici, burek dan tajin.

2. Kopi Bosnia

10 Sebab Bosnia Wajib Ada Dalam 'Bucket List' Percutian Anda, Kopi Bosnia
Credit: mersiha_cm

Kopi Bosnia enak dengan cara unik untuk minum kerana serbuk kopinya tidak ditapis. Hati-hati ketika minum, jangan sampai tersedak. Ada banyak kafe yang boleh dilawati di Bosnia.

3. Murah!

10 Sebab Bosnia Wajib Ada Dalam 'Bucket List' Percutian Anda, Murah
Credit: zeljkomisic74

Selain tempat-tempat menarik di Bosnia, kos penginapan, pengangkutan dan makanan sangat murah jika dibandingkan dengan destinasi pelancongan lain di Eropah. Memang berbaloi.

4. Sarajevo – Timur bertemu Barat

10 Sebab Bosnia Wajib Ada Dalam 'Bucket List' Percutian Anda, Sarajevo
Credit: jamesslu

Sarajevo adalah kota pertembungan pelbagai era, ideologi dan budaya. Jika ke kota lama Stari Grad, pastikan anda melawat Bascarcija Square dan nikmati keindahan senibina Uthmaniyah dan Austria-Hungary. Untuk yang gemar membeli-belah ada pelbagai butik menjual pakaian, barangan perhiasan dan cenderamata di sini.

5. Stari Most di Mostar

10 Sebab Bosnia Wajib Ada Dalam 'Bucket List' Percutian Anda, Mostar
Credit: travelnoire

Tak sah kalau anda tak ke Stari Most! Anda mesti melawat Kota Lama Mostar. Di sini letaknya Jambatan Lama atau Stari Most. Jambatan ini dibina ketika era pemerintahan Uthmaniyah tapi telah musnah ketika Perang Bosnia. Jambatan ini telah dibina semula dan menjadi simbol kedamaian.

6. Terowong Sarajevo atau Terowong Harapan

10 Sebab Bosnia Wajib Ada Dalam 'Bucket List' Percutian Anda, Tunnel Of Hope
Credit: samahsafi

Terowong inilah yang memberi harapan kepada penduduk Sarajevo ketika 3 tahun peperangan dan menjadi jalan berhubung dengan dunia luar untuk membawa masuk bahan keperluan.

7. Pameran Foto Sebrenica Genocide

Sebrenica Genocide
Credit: bosnianbeast27

Anda wajib melihat Pameran Foto Sebrenica Genocide, saksikan kekejaman pembunuhan beramai-ramai etnik Muslim Bosnia ketika Perang Bosnia.

8. Istana dan Kubu Lama

Tesanj Castle
Credit: visitbih.ba

Jika anda peminat sejarah, jangan lepaskan peluang melawat Kota Lama Tesanj yang terkenal dengan Istana dan Kubu Tesanj.

9. Keindahan Alam Semulajadi

Vrelo Bune
Credit: bosnia_balkan_experience

Seterusnya, 10 sebab Bosnia wajib ada dalam ‘bucket list’ percutian anda kerana Bosnia mempunyai alam semulajadi yang indah. Jika teringin bermain salji, kawasan pergunungan Bjelašnica menawarkan kemudahan resort ski yang hebat. Nikmati keindahan Vrelo Bune, sungai daripada mata air semulajadi bawah tanah dengan air yang kebiruan. Jenguklah rumah Sufi, Blagaj Tekke yang terletak di tebing Vrelo Bune.

10. Keramahan Rakyatnya

Rakyat
Credit: hellobosnia

Penduduk Bosnia sentiasa murah dengan senyuman dan peramah. Tambahan, rakyat Malaysia dekat di hati penduduk Bosnia kerana bantuan yang dihulurkan ketika Perang Bosnia.

P.S: Nak melancong ke Bosnia tapi tak tahu mana nak mula, biar Tripfez bantu.