Uzbekistan merupakan sebuah negara bekas Kesatuan Soviet yang terletak di Asia Tengah. Negara ini mempunyai keunikan alam flora yang luar biasa, lengkap dengan padang pasir sejauh pemandangan mata disertai deretan karavan unta dan bangunan-bangunan berstruktur oriental yang bercirikan khas budaya Islam abad pertengahan. Uzbekistan juga dikenali sebagai sebuah negara ‘terkunci’ kerana dikelilingi negara-negara lain di Asia Tengah. Tambahan pula, sejak bulan Februari 2018, Uzbekistan telah memberikan laluan tanpa visa kepada 7 buah negara termasuklah Malaysia! Sekarang, anda tidak perlu lagi memohon visa sebelum berangkat ke sana.

Oleh itu, jika anda berkunjung ke Uzbekistan, terdapat banyak tempat-tempat menarik nan indah yang menanti anda! Ada apa ya? Jom kita lihat senarai di bawah ini yang disusun padat untuk memudahkan perjalanan anda selama 8 hari di Uzbekistan
Hari 1: Tashkent

Pada hari pertama anda akan mendarat di Tashkent dan dijemput dari lapangan terbang oleh pemandu pelancong anda. Dan seharusnya, lokasi pertama yang anda akan lawati ketika berada di Uzbekistan adalah Kota Tashkent iaitu sebuah kota tua yang sudah berabad usianya. Dahulu kota ini disebut sebagai Chach, Shash atau Binkent. Tashkent dulunya merupakan tempat persinggahan dalam lalauan perdagangan Laluan Sutera dari Asia menuju ke Eropah.

Di kota inilah anda dapat melihat keindahan pelbagai tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Khazret-Imam, Hast Imam, Chorsu Bazaar, Kukeldash Madrassah, Kota Tua sehingga ke Independence Square, iaitu sebuah dataran utama Uzbekistan yang menjadi simbol kemenangan terhadap ideologi fascism ketika Perang Dunia ke-2. Selain itu, anda berpeluang untuk melihat Quran tertua di dunia kepunyaan Uthman bin Affan, Khalifah ke-3 selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W.

Tempat-tempat menarik yang lain yang boleh anda kunjungi adalah Local Broadway yang berhampiran dengan Independence Square yang menempatkan tugu Amir Timur dan pelukis-pelukis jalanan serta Tashkent Metro, sebuah senibina stesen kereta api yang sangat cantik! Stesen ini telah melepaskan kereta api yang pertama pada tahun 1977. Anda bermalamlah di sini selama satu malam sebelum berangkat ke destinasi seterusnya.
Hari 2-3: Khiva

Pada hari kedua anda akan berangkat ke Khiva yang mempunyai senibina bangunan yang sangat mengikuti budaya Timur Tengah. Anda akan merasa seperti kembali ke masa lalu apabila berada di sini seumpama King’s Landing dalam siri Game of Thrones! Tempat menarik yang dapat anda kunjungi di sini adalah Inchan-Qala yang merupakan bandar tertua di Uzbekistan.


Lokasi yang berusia ratusan tahun ini dikelilingi dinding yang kuat yang dalamnya menempatkan istana, masjid-masjid, madrasah, makam, menara purba, rumah mandi dan lain-lain. Dalam kota Inchan-Qala ini juga ada kubu Konya-Ark yang telah dibina pada abad ke-17 oleh Muhammad Arang Khan. Ia menempatkan senibina indah seperti menara Kalta Minor dan Istana Tash Khouvl yang merupakan contoh keindahan senibina Khoresm pada tahun 1830.

Setelah puas bersiar-siar di sini, jangan lupa untuk singgah ke pasar untuk membeli pelbagai barangan cenderahati sebagai kenangan anda! Anda boleh bermalam di sini selama satu malam.
Hari 3-4: Bukhara

Pada hari ketiga anda akan bergerak ke Bukhara di mana anda boleh lihat senibina zaman kegemilangan Islam yang mempesonakan! Perjalanan ke Bukhara akan mengambil masa kira-kira 7 jam dari Khiva dan anda akan dibawa melalui padang pasir Kizilkum. Anda juga dapat menikmati pemandangan sungai Amu Darya yang merupakan sungai yang terdalam di Asia Tengah!


Setibanya di Bukhara, anda akan mendapati bandar Bukhara ini terdiri daripada jalanan yang sempit, taman-taman yang menghijau dan pelbagai bangunan yang bersejarah dari zaman yang berbeza-beza tapi berdekatan antara satu sama lain. Anda perlu melawat lokasi-lokasi menarik ini seperti Citadel Ark, Samanids Mausoleum, Chashma Ayub, Masjid Bolo-Hauz, Komplek Poi Kalon dan Nodir Divan Begi bagi melengkapkan percutian anda di Bukhara!

Hari 5-7: Samarkand

Pada pagi hari kelima, anda akan bergerak ke Samarkand yang terletak di lembah sungai Zerafshan. Ia juga bandar kedua terbesar di Uzbekistan yang berusia hampir sama dengan empayar Rom dan Babylon. Di sini, anda perlu melawat ke lokasi-lokasi indah seperti Registan Square yang ditubuhkan pada abad ke-15, Sakhi-Zindeh iaitu sebuah kompleks senibina Shakhi Zindeh yang menempatkan makam sejak abad ke-11 lagi dan Masjid Bibi Khanum yang telah dibina untuk memperingati isteri Tamerlane selepas ekspedisinya ke India.


Kalau berminat tentang astrologi dan melihat bintang, anda boleh berkunjung ke Ulughbek Observatory yang dibina oleh Ulughbek, seorang pemerintah dan juga seorang ahli sains yang terkenal di Samarkand pada abad ke-15. Anda akan bermalam selama dua malam di sini kerana terdapat banyak tempat menarik di sini.

Jika anda sudah penat bersiar-siar melawat pelbagai lokasi bersejarah, bolehlah singgah di Bazaar Siab untuk membeli-belah buat yang tersayang di rumah sebelum bertolak balik ke kota Tashkent.
Hari 8: Tashkent

Pada hari terakhir di Uzbekistan, anda boleh menyempatkan diri ke Gunung Chimgan. Anda akan dibawa menaiki lif kerusi untuk ke puncak untuk melihat puncak Berdersay. Di sini, anda boleh nikmati keindahan semula jadi kota Tashkent. Dan sekiranya belum puas berjalan, berhenti seketika pula di tasik Charvakuntuk lakukan aktiviti air sekiranya musim pada ketika itu mengizinkan.
Maka berakhirlah penggembaraan anda di Uzbekistan yang padat dengan lawatan! Untuk memudahkan perjalanan, ambillah pakej 8 hari 7 malam ini dari Tripfez untuk pengalaman yang lebih mengasyikkan!
Leave a Reply