• Menu
< See Tripfez Muslim Packages
  • Menu

5 TIPS KE TAIWAN: SEMUA MUSLIM WAJIB TAHU!

Home » FEATURED POSTS » 5 TIPS KE TAIWAN: SEMUA MUSLIM WAJIB TAHU!

“NI HAO MA. Selamat Datang ke Taipei!”

elephant-mountain-taiwan

(View from Elephant Mountain, Taiwan)

Photo credit: Siti Saidatul Nazihah

cat-village-taiwan

(Cat Village, Taiwan)

Photo credit: Siti Saidatul Nazihah

20180217_083651985_ios

Photo credit: Anas Ridhwan

Sebelum anda melancong ke Tapei, Taiwan sudahkah anda memeriksa segala kelengkapan untuk ke sana? Anda mungkin merasakan yang anda telah bersedia tetapi mari lihat LIMA TIPS sebelum anda terbang menyaksikan keindahan Taipei sehingga digelar sebagai “heart of Asia”.

1.Memuat turun applikasi Halal Taiwan di telefon mudah alih.

https://halal.tw/

halal-tw-new

Perkara yang wajib anda lakukan sebelum ke Taiwan atau melancong ke negara luar ialah memuat turun applikasi halal bagi Muslim. Misalnya applikasi seperti “Halal.TW” (a.k.a “Halal Taiwan”) bagi Muslim yang melancong ke Taiwan. Applikasi ini tidak memerlukan talian internet untuk di akses. Applikasi ini telah mendapat sokongan daripada Taiwan Tech Business Incubation Centre dan Chinese Muslim dalam memenuhi kehendak pelancong Muslim.

2.“Portable travel bidet” atau tisu basah untuk kebersihan diri.

bidet-new

shopee.com

Kebanyakan tandas di Taiwan tidak mempunyai ‘bidet’ mahupun paip seperti di Malaysia. Oleh itu, para pelancong Muslim dinasihatkan untuk membawa “portable travel bidet” bagi memudahkan untuk membersihkan diri. Sekiranya anda tidak mempunyai “portable travel bidet”, anda juga boleh membawa tisu basah bersama anda kemana-mana sahaja. Tisu basah lebih mudah untuk dibawa dan lebih murah.

3.Pengecas Peranti Universal

charger-adapter-new

shopee.com

Pengecas peranti universal amatlah penting kepada mereka yang ingin melancong ke luar negara kerana tidak semua negara mempunyai ‘plug’ yang sama. Bagi mengelakan masalah untuk mengecas peranti eletronik anda hendaklah membeli pengecas peranti universal.

 

4.Baju hujan atau kipas mudah alih

raincoat

Ezbuy.com

portable-fan-new

shopee.com

Jangan lupa bawa bersama baju hujan ataupun kipas mudah alih anda! Kipas mudah alih berguna terutama sekali pada waktu panas, baju hujan pula diperlukan sekiranya hujan di Taipei.

5.“Sejadah Mini”

prayermat

“Sejadah Mini” atau lebih dikenali sebagai “Sejadah Travel” amat penting bagi Muslim. Sejadah Mini ini boleh didapati secara “online” terutama kepada Muslim yang sering melancong ke luar negara. Sejadah ini berguna kerana amat ringan, kalis air, dan saiznya yang mudah disimpan.


Jom ke Taipei dengan harga RM1972!

Atau mahukan tawaran lebih hebat, jumpa kami di:

Website: www.tripfez.com

Blog: blog.tripfez.com

Facebook: Tripfez Travel

Twitter and Instagram: @tripfez


Article written by Safeena. Edited by Erica.

importers importers