• Menu
< See Tripfez Muslim Packages
  • Menu

Tips Ramadan Untuk Kawan-Kawan Bukan Muslim

Home » FEATURED POSTS » Tips Ramadan Untuk Kawan-Kawan Bukan Muslim

Panduan Ramadan untuk Kawan-kawan Bukan Muslim

Ramadan tiba lagi dan masyarakat Muslim di Malaysia mula berpuasa pada 17 Mei 2018. Untuk umat Islam, Ramadhan amat dinantikan dan diisi dengan pelbagai ibadah mahupun juadah. Masyarakat bukan  Islam juga terasa tempias bulan Ramadhan, ada beberapa perkara yang menjadi persoalan kawan-kawan bukan Muslim seperti melakukan perkara yang  dilihat sebagai tidak sensitif atau tidak menghormati kawan-kawan Muslim. Artikel ini diharap dapat menghuraikan persoalan kawan-kawan bukan Muslim tersebut.

Makan di hadapan kawan yang berpuasa

Sepanjang bulan Ramadan ini, umat Islam menahan diri daripada makanan dan minuman daripada terbit matahari hingga terbenam matahari. Pasti ada kawan-kawan bukan Muslim yang kekok apabila berhadapan situasi makan atau minum di hadapan kawan yang berpuasa. Jangan risau, tak menjadi masalah makan atau minum di hadapan kawan Muslim. Hanya orang Islam yang berhati tisu yang rasa tergugat melihat orang makan depan dia ketika puasa. #kitaok

Berpuasa dengan kawan-kawan Muslim anda

Pastinya, kawan-kawan Muslim sangat menghargai  kawan bukan Muslim yang cuba berpuasa untuk  merasai apa yang  kawan-kawan Muslim lalui dan bersama-sama meraikan kegembiraan berbuka. Tetapi ini bukan satu kemestian untuk kawan-kawan bukan Muslim, kita masih lagi kawan walaupun ada yang tak berpuasa.

photo credit ; borneo post
Iftar beramai-ramai!    Photo credit : Borneo Post

Menyertai kawan-kawan Muslim untuk berbuka

Berbuka menandakan tamatnya waktu berpuasa untuk hari tersebut dan kawan-kawan Muslim gemar menikmati waktu berbuka beramai-ramai. Semestinya kawan-kawan Muslim gembira untuk berbuka bersama-sama kawan-kawan bukan Muslim.

Meluangkan waktu rehat bersama

Walaupun berpuasa, kawan-kawan Muslim masih boleh meluangkan waktu rehat bersama kawan-kawan bukan Muslim. Cuma di Malaysia, ada kekangan dari segi tempat kerana kawan-kawan Muslim di Malaysia tidak boleh berada di premis menjual makanan sebelum pukul 3 petang, takut mereka akan disalah anggap, walaupun tidak makan dan minum ketika itu.

Mengawal "hangry" dengan membaca Al-Quran.
Mengawal “hangry” dengan membaca Al-Quran. Photo credit : www.goodnewsfromindonesia.id 

Kawan Muslim menjauhkan diri di bulan Ramadhan

Berpuasa menyebabkan halitosis atau nafas berbau. Jika kawan Muslim anda menjarakkan diri ketika berbual, bersangka baik, mungkin dia tak mahu anda berasa kurang selesa. Tidak makan dan minum juga boleh menyebabkan “hangry” atau marah kerana berasa lapar. Ada rakan-rakan yang “hangry” memilih untuk bersendirian, membaca al-Quran bagi mengawal emosinya. Jangan berkecil hati dengan rakan-rakan yang berpuasa sekiranya mereka menjauhkan diri dari anda, mereka cuma mengawal “hangry”.

Mengucapkan “Ramadan Mubarak”

“Ramadan Mubarak” bermakna “Selamat Ramadan”. Sesiapa sahaja boleh mengucapkanya dengan niat yang baik kepada orang Islam.

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum sentiasa mengucapkan 'Ramadan Mubarak'! Photo credit : Malaysia Travel
Rakyat Malaysia yang berbilang kaum boleh je mengucapkan ‘Ramadan Mubarak’! Photo credit : Malaysia Travel

Di bulan Ramadhan yang mulia ini dan di era Malaysia Baru, mari kita sama-sama meraikan kemeriahan Ramadhan dengan saling memahami dan bertoleransi sesama kita.

Boleh je share artikel ini jika ia bermanfaat kepada kawan-kawan kita! 🙂

Jangan lupa follow and like us at Facebook, Twitter dan Instagram untuk tahu lebih lanjut tentang pakej2 percutian yang Tripfez ada tawarkan,

Selamat Berpuasa, semua!

importers importers