• Menu

UMRAH 2022 FAQ

Home » Misc » UMRAH 2022 FAQ
  • Siapakah yang dibenarkan mengerjakan umrah?

Pada masa ini, hanya jemaah berumur 12 tahun ke atas dibenarkan untuk menunaikan ibadah umrah.

  • Selain pakej Umrah berkumpulan, adakah pakej Umrah persendirian turut disediakan?

Kami menyediakan pakej Umrah berkumpulan dan pakej Umrah persendirian

  • Apakah mod pengangkutan dari Mekah ke Madinah/Madinah ke Mekah?

Dengan bas (6 jam hingga 8 jam) / Masa perjalanan antara Mekah dan Madinah dengan bas akan mengambil masa kira-kira 6 jam.

  • Apakah jemaah boleh naik kereta api untuk ke Jeddah?

Jemaah boleh naik kereta api laju untuk perjalanan dari Madinah ke Mekah. Bayaran tidak termasuk dalam pakej dan kutipan bayaran akan dikutip oleh mutawif ketika berada di sana. Walaubagaimanapun, keretapi api hanya dibenarkan untuk naik hanya jika permintaan tinggi dari kumpulan pakej tersebut.

  • Apakah Umrah Ziarah?

Umrah Ziarah Tripfez adalah percutian ke negara pilihan anda sebelum ataupun selepas anda mengerjakan ibadah Umrah anda

  • Bolehkah wanita tanpa mahram menunaikan Umrah?

Wanita berumur 18 tahun ke atas boleh menunaikan Umrah tanpa mahram dengan Visa Pelancong. Visa Pelancong membolehkan wanita memasuki Arab Saudi dengan Visa Masuk Tunggal dan sah selama 30 hari.

  • Adakah vaksin diperlukan?

Selain vaksinasi (Meningitis ACWY135), hanya jemaah yang telah lengkap vaksinasi Covid-19 dan telah lengkap dos penggalak sahaja dibenarkan memasuki Arab Saudi. (Untuk Sinovac, jemaah perlu mengambil 1 dos penggalak daripada Pfizer, Moderna, Johnson atau AstraZeneca untuk memenuhi syarat). Daftar jenis vaksin yang anda ambil di Muqeem.SA dan bawa salinan slip pengesahan vaksinasi untuk semakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

  • Apakah jenis visa yang dibenarkan?

Hanya Visa Umrah dan Visa Pelancong dibenarkan untuk menunaikan Umrah.

  • Adakah kursus umrah disediakan untuk jemaah Tripfez?

Kursus umrah disediakan secara percuma hari Sabtu 2 minggu sebelum penerbangan untuk jemaah Tripfez dan akan dibimbing oleh Mutawwif yang berpengalaman. Mutawif akan membantu menjawab segala keraguan dan persoalan berkaitan umrah anda. *Tarikh kursus tertakluk kepada perubahan semasa.

  • Bolehkah saya mengatur jadual perjalanan Umrah DIY/Keluarga Khas saya sendiri?

Ya. Umrah DIY/Keluarga Khas bersama Tripfez membolehkan anda memilih penginapan, pengangkutan, program yang akan dijalankan, visa dan mutawif mengikut keutamaan dan bajet anda

Contoh Itinerary Umrah : ATURCARA UMRAH

  • Adakah jemaah perlu melakukan ujian PCR sebelum berlepas ke Saudi?

Ya. Sebelum berlepas ke Arab Saudi, jemaah perlu menjalani ujian PCR dalam tempoh 72 jam dari waktu berlepas dengan keputusan negatif. Slip keputusan perlu diberikan kepada kami untuk tujuan rekod dan dicetak sendiri untuk dibawa ke Arab Saudi.

  • Adakah jemaah perlu melakukan ujian PCR sebelum pulang ke Malaysia?

Ya. Jemaah Tripfez perlu membuat PCR test sebelum pulang ke Malaysia dan setiba di Malaysia. 

  • Apa akan terjadi sekiranya jemaah positif di Arab Saudi?

Jemaah akan diwajibkan untuk kuarantin 10 hari sebelum pulang ke Malaysia di pusat kuarantin Arab Saudi. Kos akan ditanggung oleh insuran Covid-19 yang disediakan oleh Tripfez.

  • Apakah dokumen yang perlu saya sediakan sebelum menunaikan umrah?

Senarai dokumen penting perlu dihantar ke pejabat:

  • Passport yang sah 8 bulan dari tarikh pulang
  • Dokumen bagi permohonan visa berkaitan
  • Keputusan PCR Swab test 72 jam sebelum penerbangan(dicetak)
  • Salinan Sijil Vaksin & Penggalak dari MySejahtera
  • Buku suntikan vaksin Meningococcal
  • Adakah jemaah perlu dikuarantin di Arab Saudi?

Tiada kuarantin setiba di Arab Saudi jika anda telah lengkap vaksinasi yang diiktiraf oleh Arab Saudi.

  • Apakah aplikasi mudah alih yang perlu dimuat turun semasa berada di Arab Saudi semasa umrah?

Jemaah perlu memuat turun aplikasi Tawakkalna & Eatmarna pada telefon pintar mereka.

  • Tawakkalna – Untuk memantau kesihatan & pergerakan jemaah haji (sama seperti MySejahtera);
  • Eatmarna: Untuk memohon permit umrah, lawatan Raudhah & solat Masjidil Haram. (Baca Tawakkalna/Eatmarna)
  • Apakah jenis bilik yang boleh ditempah?

Buat masa ini, jemaah Tripfez boleh menempah bilik dengan had maksimum 4pax sebilik sahaja mengikut SOP yang ditetapkan oleh Arab Saudi. *Peraturan tertakluk kepada perubahan semasa.

  • Berapakah jarak perjalanan antara hotel dan masjid?
  • Pakej Premium Hotel Mekah | Ghufran Safwah: 50m, 3 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram.
  • Pakej Premium Hotel Madinah | Anwar Madinah Movenpick: 50m, 3 minit berjalan kaki ke Masjid Nabawi
  • Pakej Ekonomi Ramadan Hotel Madinah | Zowar International:180m, 5 minit berjalan kaki ke Masjid Nabawi
  • Pakej Ekonomi Ramadan Hotel Mekah | Anwar Deafah: 250m 7 minit berjalan kaki dari Masjid Haram
  • *Pakej 22Hari Hotel Mekah | DoubleTree Hilton: 300m, shuttle bas ke Masjidil Haram disediakan
  • *Pakej  22Hari Hotel Madinah | Madinah Movenpick: 50m, 3 minit berjalan kaki ke Masjid Nabawi (Mekah)
  • Adakah saya akan menerima bayaran balik jika saya membatalkan pakej?

Pembatalan pakej tidak dibenarkan dan tiada bayaran balik akan diperolehi selepas tempahan dibuat.

  • Berapakah kapasiti kenderaan dalam kumpulan jemaah yang dibenarkan?

Maksimum 30 pax sahaja atau 50% kapasiti bas, 7-8 pax untuk GMC.

  • Adakah jemaah Tripfez memerlukan permit untuk menunaikan umrah dan lawatan Raudah?

Ya. Semua jemaah Tripfez memerlukan permit untuk melakukan Umrah, ziarah Raudah dan ibadah yang lain di Masjidil Haram.

  • Bilakah saya boleh memohon ziarah umrah dan permit lawatan Raudah?

Permohonan ziarah umrah & permit lawatan Raudah boleh dibuat di Malaysia semasa permohonan visa umrah.

  • Bilakah slot ziarah umrah dan ziarah Raudah boleh disahkan?

Setibanya di Arab Saudi, agensi / jemaah hendaklah mendaftar 2 aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna. Jemaah perlu memohon dan mengesahkan slot permit ziarah umrah & lawatan Raudah sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu slot. Tiada pindaan atau pembatalan selepas slot disahkan. Tripfez tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah haji tidak berkesempatan menunaikan umrah atau lawatan Raudah selepas slot dipinda atau dibatalkan oleh jemaah sendiri.

  • Berapa kali jemaah boleh menunaikan umrah?

Ziarah umrah dan lawatan Raudah hanya boleh dilakukan sekali sahaja sepanjang tempoh pakej. Permohonan untuk mengerjakan umrah kali kedua hanya akan diluluskan selepas 14 hari dari tarikh selesai umrah pertama. Tertakluk kepada ketersediaan slot.

  • Bagaimanakah pergerakan Umrah secara berkumpulan bagi pemegang Visa Umrah?

Pergerakan ziarah umrah & lawatan Raudah bagi jemaah Visa Umrah akan bergerak secara berkumpulan (25 pax setiap kumpulan) dan diiringi oleh pegawai Saudi / wakil pengusaha umrah / mutawwif

  • Bolehkah jemaah umrah turun dari kenderaan semasa aktiviti ziarah?

Semasa aktiviti lawatan, jemaah dibenarkan untuk turun dari bas tetapi tertakluk kepada syarat semasa & kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi.

  • Apakah permit yang diperlukan untuk solat 5 waktu di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram?

Solat 5 waktu di Masjid Nabawi tidak memerlukan permit, hanya perlu scan di Tawakkalna. Manakala untuk solat 5 waktu di Masjidil Haram memerlukan permit. Jemaah boleh memohon melalui aplikasi mudah alih Eatmarna, sekurang-kurangnya sehari sebelum waktu solat & tertakluk kepada ketersediaan slot.

  • Adakah jemaah Tripfez perlu menjalani ujian PCR sebelum pulang ke Malaysia?

Sebelum pulang ke Malaysia, jemaah perlu menjalani ujian PCR di Arab Saudi dalam tempoh 3 hari (72 jam) sebelum masa penerbangan dengan keputusan negatif. (PCR di Arab Saudi termasuk dalam pakej).

  • Adakah jemaah dibenarkan melakukan Tawaf Wada’?

Tawaf wada’ masih tidak dibenarkan mengikut peraturan semasa Arab Saudi..

  • Adakah air zam zam akan dibekalkan kepada setiap jemaah Tripfez untuk dibawa pulang?

Tripfez membekalkan 5 liter air zam zam untuk setiap jemaah dan boleh dikutip selepas mendarat di KLIA.

  • Adakah jemaah perlu menjalani kuarantin wajib apabila tiba di Malaysia?

Setibanya di Malaysia, jemaah perlu menjalanani kuarantin selama 7 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan Malaysia. (Perbelanjaan kuarantin akan ditanggung oleh jemaah haji) Terma dan syarat tertakluk kepada perubahan daripada kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.

  • Adakah Terdapat Sebarang Perlindungan Insurans Covid-19?
  • 1. Jika jemaah haji positif Covid-19 di Arab Saudi, kos kuarantin akan dilindungi insurans (termasuk makan 3 kali/hari) dengan perlindungan maksimum 14 hari. Sekiranya kos kuarantin melebihi perlindungan insurans, jemaah haji perlu menanggung kos tersebut.
  • 2. Kos ujian PCR di Malaysia sebelum terbang tidak dilindungi oleh insurans.
  • 3. Tiket penerbangan hanya dilindungi untuk pertukaran tarikh penerbangan sahaja.
  • Patutkah jemaah memakai topeng muka semasa dalam ihram?

Jemaah umrah semasa dalam ihram diwajibkan menutup sebahagian muka dengan memakai topeng (menutup mulut dan hidung) dan tidak perlu membayar dam. Menjaga kesihatan tubuh badan terutama ketika mengerjakan haji dan umrah di Makkah amat dititikberatkan oleh Islam. Justeru, setiap jemaah perlu mengikuti langkah-langkah pencegahan khususnya penggunaan topeng muka bagi menjaga kesihatan diri daripada dijangkiti penyakit berbahaya.

  • Bolehkah pembersih tangan digunakan?

Hand sanitizer bukan najis dan boleh digunakan ketika menunaikan solat dan umrah serta tidak dikira menanggung najis. Walau bagaimanapun, adalah yang terbaik untuk mengelakkan pembersih tangan yang bercampur dengan wangian.

  • Adakah umrah tanpa menziarahi Kota Madinah Al-Munawwarah dan Raudhah Nabawi dikira sah?

Umrah ialah tawaf di Baitullah, dan Saie antara Safa dan Marwah dengan ihram. Menziarahi kota Madinah dan Raudhah Nabawi tidak termasuk dalam rukun atau syarat sah umrah dan haji. Begitu juga dengan mengunjungi tempat-tempat yang biasa dikunjungi di kawasan sekitar kota Makkah dan Madinah.

Leave a Reply