• Menu
pakej-umrah-premium-murah

APA KELEBIHAN UMRAH PREMIUM TRIPFEZ?

Home » Muslim Friendly Travel Guide » APA KELEBIHAN UMRAH PREMIUM TRIPFEZ?

PAKEJ UMRAH ISTIMEWA BERSAMA TRIPFEZ

Tahukah anda bahawa Tripfez juga menyediakan Pakej Umrah Pemium dengan harga yang berpatutan? Nak tahu apa yang anda akan dapat dengan mengambil Pakej Umrah Premium Tripfez? Jom lihat di bawah untuk mengetahui tentang pakej kami.

1.Pengangkutan yang selesa

pakej-umrah-premium-kelebihan-bas-besar

Pakej Umrah Premium Tripfez termasuk dengan pengangkutan bas untuk sepanjang perjalanan.Bas yang dipilih adalah bas premium yang sangat selesa untuk para jemaah bergerak ke pelbagai destinasi sepanjang umrah bersama Tripfez.

2.Umrah menaiki Kereta Api Laju Baharu

pakej-umrah-premium-kelebihan-kereta api- laju

Jika perjalanan menaiki bas terlalu lama dan memenatkan, jemaah mempunyai pilihan untuk menaiki kereta api laju dari Madinah ke Mekah. Perjalanan yang lama kini hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Perlu diingatkan bahawa tambang kereta api tidak termasuk pakej dan jemaah diingatkan untuk maklumkan kepada pihak pengurusan untuk urusan lanjut.

3. Pakej Umrah Premium – Hotel Safwah Al Ghufran @setaraf

pakej-umrah-premium-kelebihan-hotel - dekat - 5 bintang

Pakej Umrah Premium Tripfez termasuk pakej Hotel Safwah Al-Ghufran yang berada di Mekah dan hanya bersebelahan dengan Masjidil Haram. Perjalanan ke masjid dalam anggaran 50 meter sahaja dan hotel ini merupakan hotel bertaraf 5 bintang. Hotel yang dipilih akan berikan keselamatan dan keselesaan yang premium untuk jemaah Tripfez

4. Pakej Umrah Premium – Al Eiman Taibah @setaraf

pakej-umrah-premium-kelebihan-hotel-dekat-madinah-nabawi

Pakej Umrah Premium Tripfez juga termasuk Hotel Al Eiman Taibah yang terletak di Madinah dan bertaraf 4 bintang.   Ia juga salah satu daripada hotel premium yang dipilih dalam mengutamakan keselamatan dan keselesaan jemaah Tripfez sepanjang perjalanan mengerjakan umrah.

5. Umrah premium kumpulan kecil kurang 30pax dalam 1 bas

pakej-umrah-premium-kelebihan-kumpulan-kecil

Pakej Umrah Premium Tripfez hanya melibatkan kumpulan jemaah yang kecil bagi menjamin keselesaan setiap jemaah. Dengan umrah kumpulan kecil, suasana perjalanan umrah menjadi lebih tenang, teratur, lebih privasi dan selesa. Bukan itu sahaja, jemaah juga boleh mendapatkan bimbingan terus dari mutawif memandangkan umrah yang hanya melibatkan bilangan jemaah yang kecil

6. Set saguhati premium percuma

pakej-umrah-premium-kelebihan-percuma bagasi-luggage

Pakej Umrah Premium Tripfez juga menawarkan set bagasi percuma kepada jemaah yang mendaftar umrah. Set bagasi percuma ini bernilai sebanyak RM200 dimana set termasuk bagasi 24kg, beg galas,beg silang ,beg kasut,kad matrik id pelancong, tag beg serta buku panduan umrah. Beg ini juga terbukti kukuh dan tahan lasak untuk kegunaan jemaah Tripfez.

7. Mutawif berpengalaman

pakej-umrah-premium-kelebihan-mutawif-berpengalaman

Setiap Pakej Umrah Premium Tripfez akan dipimpin oleh mutawif berpengalaman yang akan mengiring kumpulan sepanjang perjalanan pakej umrah dan ziarah dari KLIA sehingga pulang ke Malaysia. Perjalanan umrah dan ziarah akan dipenuhi dengan perkongsian ilmu, sejarah, tazkirah, lawatan sekitar Kota Madinah, lawatan sekitar kota Mekah dan istimewa lawatan tambahan (*tidak termasuk pakej dan tertakluk kepada keadaan semasa) di luar jadual perjalanan seperti ziarah Taif, mendaki Gua Hira’ dan merasai pengalaman baharu menaiki bas “Hop On Hop Off” madinah.

Mutawif Tripfez bukan hanya menyampaikan ilmu sahaja malah akan bantu menyelesaikan permasalahan jemaah dari segi pemahaman ibadah mahupun permasalahan kesihatan. Erti kata lain dalam 24jam mutawif sedia membantu para jemaah umrah.

8. Penerbangan pesawat komersial

Pakej Umrah Premium Tripfez menaiki Saudi Airlines dimana pesawat ini amat selesa dan canggih berbanding dengan pesawat lain. Selain itu, penerbangan Penerbangan Pakej Umrah Tripfez juga ialah penerbangan komersial terus (direct flight) ke Madinah / Jeddah. Saudi Airlines juga mempunya Refund value bagi pembatalan yang disebabkan Covid. Had Muatan Bagasi untuk penerbangan Saudi Airlines adalah sebanyak 46kg dan kabin pesawat Saudi Airlines juga mempunyai ruang kabin yang  luas dan mempunyai ruang yang cukup untuk tunai solat secara sempurna.

9. Makan 3x sehari di hotel madinah

pakej-umrah-premium-kelebihan-makan-buffet

Pakej Umrah Premium Tripfez termasuk makan 3x kali di Madinah. Makanan buffet di hotel termasuk menu citarasa Asia . Makanan di hotel ini begitu sedap dan mendapat komen yang positif dari jemaah yang lain.

10. Sim kad percuma

pakej-umrah-premium-kelebihan-percuma-sim card

Pakej Umrah Premium Tripfez termasuk pemberian sim kad percuma (tidak termasuk data internet dan panggilan). Penggunaan internet kini sangat penting memandangkan permit perlu dipohon untuk tunaikan umrah norma baharu (eatmarna & tawakkalna)

Pakej Umrah Premium bersama Tripfez hanya mengutamakan keselesaan jemaah sepanjang perjalanan umrah. Dapatkan tips-tips lain berkaitan umrah di blog Tripfez. Klik Link di bawah bagi mendapatkan tarikh penerbangan dan diskaun RM200/seorang bagi pendaftaran awal pakej umrah bersama Tripfez!!  melalui whatsapp bersama Travel Consultant kami –

  • pakej-umrah-premium-murah
  • pakej umrah premium syawal
  • pakej umrah premium akhir tahun 2022
  • pakej umrah premium akhir tahun
  • pakej umrah premium cuti sekolah
Tripfez Marketing

Leave a Reply