• Menu

E-Visa Percuma Rusia Buat Rakyat Malaysia

Home » Guide for Muslim Travellers » E-Visa Percuma Rusia Buat Rakyat Malaysia

Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin ke Rusia! Anda kini boleh ke Rusia dengan lebih mudah menggunakan e-Visa yang baru diperkenalkan oleh kerajaan Rusia. Menariknya, e-Visa Rusia ini diberi percuma untuk semua rakyat Malaysia bermula Oktober 2019.

Lawati The Hermitage di St Petersburg dengan e-Visa Percuma Rusia

Selain Malaysia, e-Visa ini juga turut diberikan kepada China, Indonesia, Singapura, dan ahli Kesatuan Eropah yang lain secara percuma. Hal ini sekali gus dapat menjimatkan para pelancong kerana Visa Pelancong sedia ada mengenakan sebanyak 65 Euro iaitu lebih kurang RM300. 

Pemegang e-Visa ini boleh menggunakannya untuk tujuan pelancongan, pengurusan perniagaan atau aktiviti-aktiviti sukarelawan atau kemanusiaan. Permohonan e-Visa boleh dilakukan di laman web kedutaan Rusia.

Visa Percuma Rusia ke Kaliningrad

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat tidak kurang dari 4 hari dan sekurang-kurangnya 20 hari sebelum jangkaan tarikh kemasukan dan e-Visa ini sah digunakan selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. 

Menurut The Moscow Times, penggunaan e-Visa percuma Rusia ini membolehkan pelancong untuk tinggal atau melawat Rusia selama 8 hari daripada 30 hari tempoh sah visa. Buat rakyat Malaysia, hanya Kaliningrad Region dan St. Petersburg sahaja yang dibenarkan masuk menggunakan e-Visa ini.

Anda boleh lawati laman web kedutaan Rusia untuk maklumat lanjut tentang syarat sah permohonan e-Visa Rusia ini. Hanya perlu isi dan semak keputusan permohonan selepas itu. Mudah kan?

Borang Permohonan E-Visa Percuma Rusia

Borang permohonan e-Visa Rusia: Isikan di sini
Semakan status permohonan e-Visa Rusia: Semak di sini

Church of Spilled Blood Russia

Lokasi Menarik di St. Petersburg & Kaliningrad

Banyak lokasi-lokasi menarik untuk dilawati di St. Petersburg termasuk Winter Palace, Saviour of Spilled Blood Church, Hermitage Museum, Peterhof Palace, St. Petersburg Mosque, dan lain-lain. Sekiranya anda memilih untuk ke Kaliningrad pula, jangan lupa untuk singgah di Museum of World Ocean, Königsberg Cathedral, dan Amber Museum di sana.

Pemandangan malam Saint-Petersburg Rusia

Jadi, anda tunggu apa lagi? Rusia dah memanggil-manggil tu. Jom pack barang kita untuk ke Rusia! Kalau tak mahu pening kepala dalam merancang percutian anda, boleh buat tempahan pakej ground dengan Tripfez. Kami sedia membantu.

Jangan lupa, dengan Tripfez #ManaManaTripPunBest!

Tempah Pakej Mesra Muslim ke Russia

Leave a Reply