• Menu

Visit Malaysia 2020: Senarai Festival Menarik Untuk Dilawati

Home » Guide for Muslim Travellers » Visit Malaysia 2020: Senarai Festival Menarik Untuk Dilawati

Tahun baru dah tiba dan ini bermakna Visit Malaysia 2020 sudah pun bermula! Pelbagai acara serta festival telah pun dirancang sepanjang tahun ini dan sebagai rakyat Malaysia kita semua haruslah menunjukkan sokongan agar kempen ini akan berakhir dengan jayanya.

Kalau anda sedang buat plan percutian untuk tahun 2020 ini, Tripfez dah senaraikan beberapa acara menarik yang boleh dilawati.

Festival Layang-Layang Sedunia | 26 Feb – 1 Mac

Pesta Layang-Layang Sedunia 2020
kredit: @giftedservant

Lihat warna-warni layang-layang pelbagai bentuk dan saiz di Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang, Johor! Acara yang sama turut diadakan tahun lepas dan berjaya mengumpulkan 42 kumpulan dari serata dunia. Terdapat juga pelbagai jenis acara menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Regatta Lepa | 17-18 April

Warna-warni bot di Regatta Lepa
kredit: @naveenshareal

Perayaan ini disambut oleh suku kaum Bajau di Sabah sebagai homage kepada ‘lepa’ atau bot bertiang satu yang sememangnya menjadi kebanggan mereka. Setiap perkampungan diketuai ketua kampung akan menghias bot masing-masing untuk diarak dan dipertonton kepada khalayak ramai sepanjang pesta. Keriuhan acara tahunan unik ini sememangnya sesuatu yang tidak harus anda lepaskan!

Pesta Kaamatan | 30-31 Mei

Pesta Kaamatan Sabah Visit Malaysia 2020
kredit: @ramlensalleh

Tadau Kaamatan atau pesta menuai disambut di kalangan suku Kadazan Dusun dan kini menjadi salah satu acara besar-besaran yang diadakan di Sabah. Berjaya menarik lebih 5,000 pelawat setiap tahun, alami sendiri suasana perayaan yang diiringi nyanyian dan tarian masyarakat tempatan!

Visit Malaysia 2020 in Sabah
kredit: @nstonline

Acara kemuncak perayaan ini adalah pertandingan ratu cantik untuk memilih juara Unduk Ngadau Kaamatan yang akan bertanggungjawab mempromosikan budaya dan tradisi Sabah di mata dunia. Tahukah anda, selebriti popular Daphne Iking jga merupakan pemenang pertandingan ini pada tahun 2003?

Durian Expo Kuala Lumpur 2020 | 3-5 Julai

Durian Expo Kuala Lumpur 2020

Peminat durian? Pastikan anda save the date! Durian Expo Kuala Lumpur 2020 ini akan berlangsung selama tiga hari di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort ini bakal mengumpulkan peminat setia durian dari Malaysia dan setiap pelosok dunia.

Royal Floria Putrajaya | 15-23 Ogos

Floria Putrajaya
kredit: @syuhailarzm

Salah satu acara favourite penulis 😀 Royal Floria Putrajaya kembali dengan tema berbeza tahun demi tahun dan merupakan event yang sememangnya dinantikan ramai. Memang akan ada banyak spot cantik dan Instagramable untuk anda abadikan kenangan jadi pastikan anda tidak lepaskan peluang ini!

Festival Bot Naga Pulau Pinang | 5-6 Disember

Visit Malaysia 2020 Penang
kredit: @just_the_fstopguy

Jom ‘pakat pi Penang’ hujung tahun ni? Selain terkenal sebagai food heaven, anda juga berpeluang menyaksikan hiruk pikuk Pesta Bot Naga yang bakal berlangsung di Teluk Bahang Dam. Berlatarbelakangkan paluan gendang dan sorakan orang ramai, rasai sendiri debaran melihat kumpulan pengayuh bertarung hebat untuk merebut gelaran juara. Banyak lagi aktiviti-aktiviti lain menanti para pelawat!

Anda boleh juga lawati laman web rasmi Visit Malaysia 2020 untuk lebih banyak maklumat serta senarai festival lain yang bakal berlangsung. Selamat bercuti dan jangan lupa share kepada family atau geng travel anda! Ingin membuat tempahan percutian dalam Malaysia?

Jom Pergi Dengan Tripfez!

Leave a Reply