• Menu

10 Restoran Halal di Bali, Indonesia

Home » Guide for Muslim Travellers » 10 Restoran Halal di Bali, Indonesia

Ramai orang yang masih menganggap Bali sebagai lokasi percutian yang susah hendak cari tempat makanan halal. Di sana diketahui umum diduduki majoritinya orang Hindu yang gemar makan babi guling dan makanan larangan Islam yang lainnya.

Namun begitu, jika tidak ke sana, bagaimana anda tahu sejauh mana kebenaran penyataan itu kan? Kini, sudah banyak cafe hisptur dan restoran halal yang dibuka khas untuk memenuhi kehendak pelancong asing yang kebanyakannya dari Malaysia, Brunei dan negara Arab yang rata-ratanya adalah beragama Islam. Maka tidak susah untuk mendapatkan makanan lazat yang halal sekarang. Jom kita serbu 10 tempat halal di Bali ini. Anda pasti tidak akan menyesal dan mahu pergi lagi!

1. Warung Mina Ubud

kredit: @romeo_trips

Restoran ini terkenal dengan menu masakan Ikan Gurami Bakar dan Sotong Bakarnya. Persekitarannya yang lengkap dengan gazebo dan kolam ikan itu pasti menenangkan sesiapa yang berkunjung ke sini. Biasanya pelancong yang hendak ke arah air terjun di sekitar Ubud akan berhenti menjamu selera di sini. Maka jangan lepaskan peluang untuk ke sini!

kredit: @warungminaofficial

Waktu Operasi:

Setiap Hari, 9 Pagi – 10:30 Malam

Lokasi:

Jl. Gunung Sari No. 2 Ambengan, Peliatan, Kecamatan Ubud, Kabupaten Badung, Bali 80227, Indonesia

2. Layana Warung

kredit: @svetatarasov / @_olololya

Jika menginap di hotel sekitar Gianyar, anda boleh berkunjung ke sini. Para pelari yang bakal mengikuti Marathon Bali di bulan September ini boleh jadikan tempat ini untuk carbo-loading dan mengumpul tenaga secukupnya buat lariannya nanti.

Terkenal dengan masakan tradidional  dan lokasinya yang bersebelahan sebuah air terjun, restoran ini menjadi kunjungan favorit pelancong yang ingin bersantai sambil menikmati alam semula jadi. Juga sesuai untuk suasana makan yang romantik!

Waktu Operasi:

Setiap Hari, 9 Pagi – 10:30 Malam

Lokasi:

Jl. Raya Goa Gajah, Bedulu, Kec. Blahbatuh, Kabupaten Gianyar, Bali 80582, Indonesia

3. Bali Buda Cafe & Health Food Shops

kredit: @lena_derbeneva

Cafe ini merupakan sebuah tempat makan yang menghidangkan menu antarabangsa (barat) dan vegetarian. Masakannya terkenal dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang segar dan organik sahaja. Selain itu mereka juga menghidangkan makanan yang bebas gluten, vegan dan makanan mentah yang sesuai dijadikan pencuci mulut. Biskut mereka juga tanpa gula dan sihat, sesuai untuk mereka yang ada penyakit kencing manis. Jadi sesiapa yang ingin makanan sihat, jangan lupa singgah ke sini!  

kredit: @lena_derbeneva

Waktu Operasi:

Setiap Hari 7 Pagi – 10 Malam

Lokasi:

Jl. Jembawan 1 No.1, Ubud, Kecamatan Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia

4. Nasi Ayam Kadewatan Bu Mangku

kredit: @jovianekaputra

Restoran ini boleh dikunjungi di dua daerah iaitu di Ubud atau di Seminyak. Makanan terkenalnya adalah Nasi Ayam Bali yang sangat pedas! Jika hendak merasa makanan asli Bali yang memang suka pedas-pedas, bolehlah ke sini!

kredit: @alicenatalie

Waktu Operasi:

Setiap Hari, 8 Pagi – 6 Petang

Lokasi:

Jl. Raya Kedewatan No.18, Kedewatan, Kecamatan Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia

5. Ubud Halal Burger

kredit: @attaverin

Adakah anda sudah mulai bosan dengan menu makanan yang asyik nasi berlauk saja? Bolehlah cuba burger ini yang ala kebaratan ini pula. Dijamin halal dengan pati daging yang sangat tebal dan kentang goreng yang ranggup minta ampun! Walaupun cafenya hanya di tepi jalan, namun layanan  servisnya yang mantap dan makanan yang luar biasa tidak menjadi halangan bagi penggemar burger ini! Jom cuba burger Bali pula!

kredit: @fotd.hk

Waktu Operasi:

Setiap Hari, 10 Pagi – 10 Malam

Lokasi:

Jl. Raya Ubud, Ubud, Kecamatan Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia

6. Ayam Betutu Khas Gilimanuk

kredit: @sarahsepty

Restoran halal ini boleh didapati di 4 lokasi di Bali iaitu di Lapangan Terbang Ngurai Rai. di Jalan Raya Tuban, Di Jalan Merdeka, dan Jalan Buluh Indah. Kesemuanya terletak di sekitar Kuta dan Denpasar dan mudah dijumpai kerana lokasinya berhampiran dengan tempat-tempat pelancongan. 

kredit: @mardiansjah

Menu terkenalnya sudah pastilah Ayam Betutu Khas Gilimanuk yang sangat pedas. Ayamnya dimasak perlahan dan menjadi kegemaran orang asli Bali. Jangan lupa merasa masakan asli tempatan yang terkenal ini jika hendak ke Bali!

Waktu Operasi:

Setiap Hari 8:30 pagi – 10 malam

Lokasi:

Jl. Raya Tuban No.2X, Tuban, Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia

7. Bebek Goreng H Slamet

kredit: @bebekgorengh.slametbali

Restoran ini boleh didapati di tiga lokasi utama sekitar Kuta iaitu di Jalan Kediri, Jalan Dewi Sri dan Jalan Mahendradatta. Kalau teringin nak merasa bebek goreng yang juga dikenali sebagai itik goreng, bolehlah singgah ke sini. Orang Indonesia memang suka makan itik selain makan ayam dan restoran ini antara yang halal untuk mencubanya sendiri. Apa beza rasa itik dengan ayam? Jom kita cuba pula!

kredit: @bebekgorengh.slametbali

Waktu Operasi:

Setiap Hari 10 pagi – 11 malam

Lokasi:

Jl. Kediri No.50X, Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia

8. Bebek di Bukit

kredit: @reyhanlph / @lizaoctovia

Jika hendak merasa itik goreng di tempat yang eksklusif dan hidangan makanan yang rapi dihias dengan begitu menyelerakan sekali! Bolehlah cuba masakan di Bebek di Bukit. Harganya lebih mahal dari biasa tapi suasana yang nyaman dan presentasi makanan yang cantik pasti tidak menjadi halangan!

kredit: @irwan_mc

Waktu Operasi:

Setiap Hari,11:30 Pagi – 11 Malam

Lokasi:

Uluwatu St, Jimbaran, South Kuta, Badung Regency, Bali 80361, Indonesia

9. Holycow! Steakhouse by Chef Afit

kredit: @ewaldoandipofood

Restoran ini boleh dikunjungi di dua lokasi sekitar Kuta iaitu di Jalan Dewi Sri dan Jalan Raya Puputan. Terkenal dengan menu stik daging lembunya yang lembut dan boleh dimasak ikut preferensi anda samada kurang masak, masak atau terlebih masak. Sosnya juga pelbagai dari yang manis hinggalah yang pedas! Sesuai untuk mereka yang ingin masakan barat yang halal berbentuk stik. Cukup-cukuplah makan nasi itu. Jom cuba kelainan pula! 

Waktu Operasi:

Setiap Hari, 11 Pagi  – 10 Malam

Lokasi:

Jl. Dewi Sri No.70, Legian, Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia

10. Shisha Cafe

kredit: @im_rie_ / @shinefira12

Kita dah melawat restoran yang menghidangkan masakan barat, masakan tradisional Bali dan masakan kesukaan tempatan Indonesia. Untuk restoran yang tersenarai di nombor 10 ini pula menghidangkan menu masakan Timur Tengah.  Hiasan dalaman cafe ini cukup unik dengan pelbagai lampu di siling dan kain sofa yang berunsurkan Timur Tengah . Hidangan terkenalnya sudah pastilah shisha yang pelbagai perisa itu. Bersedialah untuk makan di sini dengan iringan lagu arab dan penari-penari arab yang goyangkan perut! Pasti menarik!

Waktu Operasi:

Setiap Hari, 10 pagi  – 1 Pagi

Lokasi:

Jl. Sunset Road No.99, Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia

Dah terliur? Jom pergi Bali dengan Tripfez! #ManaManaTripPunBest

Lihat Pakej Bali Mesra Muslim

Leave a Reply