• Menu

Jom Jalan ke Yogyakarta dan Cuba 5 Aktiviti Best Ini!

Home » Muslim Friendly Travel Guide » Indonesia Muslim Friendly Travel Guide » Jom Jalan ke Yogyakarta dan Cuba 5 Aktiviti Best Ini!

Jogjakarta menjadi lokasi kegemaran pelancong dari Malaysia selepas Bali dan Bandung. Tempat-tempat menarik yang ada di sini terdiri daripada pelbagai candi khazanah dunia seperti Borobudur dan Prambanan, lautan permai, sehinggalah ke gunung-ganangnya, Jogjakarta ada semuanya ! Tambahan pula, anda tidak perlukan bajet yang banyak untuk melancong ke sini.

Boleh dikatakan semuanya murah meriah di Jogja dari segi penginapan, makan minum, jalan-jalan, tiket masuk ke sana sini, pasti semuanya bersesuaian dengan bajet anda walaupun sedikit.

Bergambar Dalam Air di Umbul Ponggok

kredit: @sahilalala

Anda inginkan gambar yang luarbiasa dan tiada di tempat lain untuk dimuatnaik di akaun social media? Di Jogjarta ini terdapat sebuah lokasi yang cukup unik dan menarik di mana anda boleh bergambar dalam air bersama khemah, TV, basikal, vespa, kereta dan berbagai lagi props di Umbul Ponggok.

kredit: @iamhael
kredit: @iqbale12_

Kalau dari luaran memang anda lihat seperti tempat yang biasa-biasa sahaja tapi lepas anda lihat apa yang ada dalam air, pastinya anda akan terkejut dan terpegun. Kreatif bukan?

Naik Gondola Penuh Cabaran di Pulau Timang

kredit: @wanzaheedah

Pulau Timang merupakan sebuah pulau kecil di Jogjakarta dan untuk sampai ke sini sangat mencabar. Ia merupakan sebuah lokasi untuk nelayan menangkap lobster dan juga tumpuan penggemar memancing. Pada asalnya gondola ini dibina untuk memudahkan para nelayan menyeberangi lautan untuk menangkap lobster. Tapi sekarang, telah berubah menjadi tempat tarikan pelancong.

kredit: @maisarahizzwn / @pl_linggggg

Sebelum naik, anda perlukan keberanian yang tinggi untuk mengharungi lautan untuk sampai ke sini. Lokasi ini agak terasing dan tidak ramai pelancong ke sini disebabkan kesukarannya. Jom kita cuba ke sini pula!

Mencari Sinaran Syurga di Gua Jomblang

kredit: @syamimiismail_

Untuk memasuki gua ini, anda akan dipakaikan peralatan keselamatan oleh pengendali gua ini. Setelah itu, anda akan dibawa turun ke bawah sedalam 80 meter ala-ala abseiling.

kredit: @julius_satria / @danarsibolang

Jika turun pada masa yang bersesuaian iaitu dari jam 10 pagi hingga 2 petang, anda akan berpeluang melihat sinaran syurga atau sun ways yang memukau sedang memancar dan bersinaran ke dalam gua melalui bukaan kecil dari atas. Anda pasti takkan menemui perkara ini di lokasi lain!

Paragliding di Pantai Parangtritis

kredit: @tirtaperwitasari

Anda akan dibawa untuk berlepas dari sebuah tebing tinggi di Pantai Parangtritis yang menghadap lautan membiru, dan kemudian dibawa terbang selama 15 minit di sekitar itu.

kredit: @nbagass

Anda akan menikmati pemandangan cantik gabungan lautan dan bukit-bukau yang ada di situ. Setelah itu dibawa mendarat atas kawasan pantai yang. Pasti mengujakan dan mesra harga!

Tip Daripada Tripfez: Aktiviti ini hanya dibuka Disember-April sahaja jadi pastikan anda semak sebelum pergi!

Mendaki Gunung Berapi Merapi

kredit: @vioctaviani

Gunung berapi Merapi merupakan antara puluhan gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Keaktifan ini menjadi satu cabaran baru buat para pencinta ketinggian atau pendaki kerana kesukaran dan kecantikan pemandangannya apabila sampai ke puncak. Pendakian ke tapak perkhemahan sebelum ke puncak mengambil masa sekitar 4-5 jam.

kredit: @yudhanurzahra

Namun untuk ke puncak dilarang kerana bahaya dan pernah mengorbankan beberapa pendaki sebelum itu. Apabila mendaki ke sini, jangan sekali-kali buat yang dilarang! Cukuplah menikmati keindahan dari ketinggian yang telah dibenarkan. Tapi sekiranya anda bukan pendaki, bolehlah ambil pakej naik jip untuk ke sana. Pemandangannya di atas masih sama cantik!

Buat pencinta aktiviti luar, Jogja sememangnya best untuk dilawati. Sekiranya anda risau tentang arrangement pengangkutan, tempat tinggal dan lain-lain, bolehlah tempah pakej ground dengan Tripfez yang fleksibel untuk memudahkan perjalanan!

Tempah Pakej Percutian Jogja Mesra Muslim!

Leave a Reply