• Menu

5 Aktiviti Menarik di KL Untuk Bawa Anak-Anak Cuti Sekolah Ini

Home » Muslim Friendly Travel Guide » Malaysia Muslim Friendly Travel Guide » 5 Aktiviti Menarik di KL Untuk Bawa Anak-Anak Cuti Sekolah Ini

Masih bingung untuk memikirkan aktiviti yang hendak dibuat bersama anak-anak anda di waktu cuti sekolah? Anak anda sedang bercuti tapi anda masih terikat dengan kerja-kerja di pejabat. Hendak memohon cuti, takut tak sempat. Nak bercuti di luar negara, duit pula tak cukup. Jadi kita hendak ke mana lagi kalau bukan ke Kuala Lumpur! Jangan risau Selangor dan Kuala Lumpur mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Murah dan dekat pula itu! Jom kita lihat lima aktiviti menarik di Kuala Lumpur yang pasti menyeronokkan buat seisi keluarga!

Menghayati Sejarah Lalu

kredit: @mamy_sophia

Anak-anak kita mungkin telah belajar tentang sejarah Negara kita dari sekolah mereka masing-masing. Apa kata anda membawa anak-anak anda untuk menghayati sejarah itu dengan melawat tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Negara yang didirikan bagi mengenangkan pejuang-pejuang yang terkorban dalam perang dunia.

Sambil itu, bolehlah singgah ke Muzium Negara dan Muzium Seni Islam  yang berjarak tidak jauh antara sama satu lain. Malahan anda boleh menghabiskan seharian di sini untuk melawat ketiga-tiga tempat itu sekaligus dengan hanya berjalan kaki!

kredit: @aminafwan_

Selain menghayati hasil peninggalan sejarah di dua muzium tadi, anda boleh membawa anak-anak anda untuk mengenal hasil kraftangan Malaysia di Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Conlay. Kompleks ini menempatkan sebuah muzium kraf di samping menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti melukis batik dan potret yang pasti seronok bila dilakukan bersama.

Melihat Flora dan Fauna

kredit: @iamfaridali

Anda sekeluarga mesti sudah bosan melihat hutan konkrit yang saban hari memenuhi pandangan anda setiap kali ke pejabat atau sekolah. Apa kata kita mencari kedamaian dengan melihat kehijauan flora dan fauna yang ada di sekitar Kuala Lumpur. Anda boleh mula dengan melawat ke Taman Burung Kuala Lumpur yang dibina di kawasan seluas 20.9 ekar! Dan lebih membanggakan, taman ini diiktiraf sebagai ‘the largest walk-in free-flight aviary’ di dunia. Apa tidaknya, taman ini mempunyai lebih dari 3000 ekor burung dari 200 spesis yang diperolehi dari dalam dan luar Negara.

kredit: @munirahmohdrizal

Burung-burung ini dibahagikan kepada 4 zon di mana dua zon pertama disesuaikan dengan habitat burung yang bebas. Anda bersama anak-anak anda boleh berinteraksi dan menyentuh sendiri burung tersebut! Jinak-jinak semuanya!  Manakala zon 3 dan 4 pula merupakan habitat burung di dalam sangkar.

kredit: @munirahmohdrizal

Tempat lain yang menarik untuk melihat flora dan fauna adalah seperti di Zoo Negara atau Taman Rama-rama Kuala Lumpur yang berhampiran dengan Taman Burung ini. Jika ingin sedikit kelainan, anak-anak anda pasti seronok untuk melihat suasana hidupan dalam lautan di Aquaria KLCC

Menerokai Dunia Sains

kredit: @putrihuerlimann

Jika anak-anak anda jenis yang suka berfikir dan mencuba pelbagai jenis eksperimen, bawalah anak-anak anda ke Petrosains! Pelbagai aktiviti mencabar minda si kecil dalam menerokai dunia sains ada di sini. Petrosains bukan saja muzium interaktif untuk kanak-kanak berfikiran celik tapi juga muzium interaktif paling besar dan hebat di negara ini. 

kredit: @esn_travel

Uniknya di muzium ini, anda boleh pegang, sentuh dan main kebanyakan bahan pameran. Dari tempat kendalian pelantar minyak, simulator helicopter hinggalah duduk di dalam kokpit kereta perlumbaan Formula 1! Semuanya anda boleh buat di bawah satu bumbung.

kredit: @afeefafeefaa

Selain Petrosains, anda juga boleh mengunjungi Pusat Sains Negara yang tidak kurang hebatnya!

Berseronok Bersama

kredit: @oursquadabroad

Pernah dengar tentang kidzania? Ada apa dengan Kidzania? Jika inginkan anak-anak anda mengalami pengalaman mempunyai kerjaya seperti orang dewasa, bawalah mereka ke sini! Terdapat 60 jenis aktiviti berasaskan pekerjaan yang boleh dilakukan anak-anak anda. Mereka akan bekerja dan diberi gaji dalam bentuk matawang Kidzania (dipanggil kidZos). Duit ini boleh disimpan  ke dalam akaun bank atau dibelanjakan di mana-mana kedai yang terdapat dalamnya. 

kredit: @_salinasaibi_

Anak-anak anda akan berada di sebuah bandar kecil lengkap dengan hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, stesen TV dan teater. Anak anda merasa peritnya mencari duit sebagaimana seorang dewasa sambil berpakaian uniform kerja yang lengkap! 

kredit: @kidzaniakl

Tempat-tempat menarik yang lain yang boleh dikunjungi adalah membuat pewter di Royal Selangor dan Taman Tema di Berjaya Times Square.

Membeli-Belah

Aktiviti yang sentiasa seronok dilakukan bersama keluarga sudah pastilah aktiviti membeli-belah! Bawalah anak-anak anda mengunjungi pusat membeli-belah yang tumbuh bagaikan cendawan di pusat ibu kota sampai pening nak pergi mana satu! Antara tempat paling seronok berbelanja adalah di Sogo Kuala Lumpur yang sentiasa mengadakan jualan murah, tidak kira jualan akhir tahun atau jualan bermusim cuti sekolah. Di sinilah anda boleh merancang pembelian peralatan sekolah anak anda bagi menghadapi sekolah nanti. Pastikan anda tidak kehilangan anak anda semasa sibuk berbelanja ya! Selain itu, anda boleh singgah ke Pavillion dan KLCC untuk suasana membeli-belah yang lebih eksclusif!

Leave a Reply