• Menu

Pelancong Muslim Wajib Tahu 5 Aplikasi Ini!

Home » Guide for Muslim Travellers » Muslim Friendly Travel Tips » Pelancong Muslim Wajib Tahu 5 Aplikasi Ini!

Apakah aplikasi pilihan anda semasa melancong ke luar Negara? Kami ada menyenaraikan beberapa perisian yang dapat membantu anda semasa melancong terutamanya di Negara-negara yang majoritinya bukan beragama Islam. Dengan perkembangan teknologi  smartphone yang cepat, anda kini tidak perlu bersusah untuk mencari arah kiblat, mencari makanan halal atau sesat lagi dengan adanya aplikasi telefon bimbit yang mudah alih. Janji anda ada talian internet!

1. Penunjuk Kiblat

Anda mungkin berada pada suatu keadaan di mana anda tidak sempat mencari surau atau masjid berdekatan untuk menunaikan perkara paling wajib sebagai Muslim iaitu sholat. Oleh itu, aplikasi yang dibuat oleh Google ini sangat membantu anda untuk solat di mana sahaja anda berada. Anda hanya perlukan tempat lapang yang bersih sahaja dan buka pautan di bawah. Jom kita cuba aplikasi berguna ini

Link: Qiblafinder

2. ZAYAN

kredit: amanz

ZAYAN merupakan sebuah jenama radio dan juga platform digital yang memberi rujukan kepada pelancong muslim yang juga menjurus kepada kehidupan, travel, fesyen dan teknologi. ZAYAN juga memainkan lagu yang bergenre pop, pop ketuhanan, tempatan dan juga antarabangsa melalui fungsi radionya. Sekiranya anda perlukan lagu-lagu berunsurkan islam untuk menemani anda dalam perjalanan yang jauh dan panjang, ZAYAN boleh membantu!

kredit: amanz

Ciri-ciri umum untuk aplikasi ini adalah fungsi peringatan waktu solat, fungsi pembacaan Quran, fungsi pengiraan tasbih, fungsi mencari lokasi surau atau masjid yang terdekat, fungsi calendar Islam dan pelbagai lagi! Oleh itu gunakanlah ZAYAN untuk membantu anda menjadi muslim yang produktif!

Download: Zayan

3. Muslim Pro

Muslim Pro adalah aplikasi semua dalam satu untuk umat Islam. Ia menyediakan fungsi seperti waktu solat yang tepat, arah kiblat, bacaan serta terjemahan al-quran, senarai resotran halal, senarai masjid berhampiran, kalkulator zakat dan banyak lagi fungsi lainnya. Semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Link: muslimpro.com

4. Al-Quran Melayu

Terdapat pelbagai aplikasi Al-quran di Google Play dan Apple Store dan semuanya bagus untuk digunakan. Asalkan ia boleh diguna untuk membaca Al-quran berserta terjemahannya dari paparan mudah alih anda dan anda selesa dengan aplikasi itu. Rakaman bacaan Quran itu juga boleh menemani anda semasa menaiki pesawat atau dalam perjalanan jauh yang lain. Jom tambah pahala dengan aplikasi ini di mana jua anda berada!

Link: Google Play

5. Wifi Map

Selain aplikasi-aplikasi di atas yang mesra muslim, anda pasti menggunakan aplikasi lain yang lazim digunakan oleh pelancong lain seperti Google Maps, Waze, Google Translator dan sebagainya. Tapi apa gunanya semua itu jika anda tidak dapat talian internet? Oleh itu, aplikasi terakhir dalam senarai ini adalah Wifi Map yang membolehkan anda berada atas talian di mana sahaja anda berada! Aplikasi ini akan membantu anda menghubungkan wifi yang terdekat dan mendedahkan kata laluannya! Bijak bukan?

Link: wifimap.io

Leave a Reply