• Menu
< See Tripfez Muslim Packages
  • Menu

5 Destinasi Percutian Terbaik Buat Kaki Shopping

Home ยป Guide for Muslim Travellers ยป 5 Destinasi Percutian Terbaik Buat Kaki Shopping

Siapa je yang tak suka barangan murah, lebih-lebih lagi apabila melancong ke luar negara! Inilah peluang untuk berbelanja sakan dan menambah koleksi peribadi sedia ada, apatah lagi kalau boleh mendapatkan sesuatu barangan dengan harga yang jauh lebih murah kan? Di sini, Tripfez menyenaraikan 5 destinasi percutian terbaik buat โ€˜kaki shoppingโ€™ untuk berbelanja!

Tapi ingat, belanja-belanja jugak tapi jangan sampai pokai! Sekiranya anda berbelanja secara berlebihan selepas membaca entri ini adalah di luar bidang kuasa penulis. 

Bandung, Indonesia

Bukan sirap bandung yang penulis maksudkan (sedang lapar ketika menulis).

Destinasi beli-belah yang sememangnya popular terutamanya dalam kalangan pelancong dari Malaysia, Bandung ialah syurga shopping dan menjadi lokasi trending buat bakal pengantin yang sedang membuat persiapan perkahwinan!

Peniaga di Pasar Baru, Bandung.

Pasar Baru

  • Anda pasti rambang mata memilih kain sulam, baju sulam, kain ela, kain lace, kain batik, jubah, tudung serta pelbagai pilihan barangan hantaran seperti kain sembahyang pelbagai corak dan warna.
  • Bakal raja sehari turut berkunjung ke sini bagi mendapatkan bekalan kain lace mengikut citarasa sendiri yang boleh dipakai pada hari bahagia mereka!
Pasti rambang mata ketika memilih!

๐Ÿ˜Ž Tip daripada Tripfez
Walaupun harga sedia ada murah, anda masih boleh cuba tawar-menawar dengan penjual di Pasar Baru Bandung tau!

Pasar Cibaduyut

  • Inginkan kualiti hasil kerja tangan terbaik pada harga yang mampu milik? Pasar Cibaduyut ialah lokasi tumpuan popular para peminat barangan kulit seperti kasut wanita, kanak-kanak dan lelaki.
  • Terdapat juga kulit asli yang belum diproses dijual di sini, sesuai untuk peniaga yang menghasilkan barangan kulit seperti dompet, tali pinggang, beg dan gelang tangan sendiri.

Tokyo, Jepun

Tokyo merupakan antara kota metropolitan terbesar di dunia yang perlu dilawati sekiranya anda seorang โ€˜kaki shoppingโ€™.

Hiruk pikuk Ginza

Ginza

  • Tahukah anda? Ginza (้Š€ๅบง) adalah kawasan paling mahal di Tokyo โ€“ satu meter persegi tanah di Ginza bernilai lebih daripada 30 juta yen dan bahkan lebih dari 40 juta untuk hartanah komersial!
  • Lokasi beli-belah mewah ini mempunyai banyak pasar raya, butik, galeri seni, restoran, kelab malam dan kafe!
  • Terdapat hampir kesemua jenama fesyen dan kosmetik terkemuka dunia seperti Chanel, Louis Vuitton, Gucci dan kedai-kedai mampu milik seperti Uniqlo, H&M, Zara, GU, GAP dan banyak lagi!

๐Ÿ˜Ž Tip daripada Tripfez
Jalan Chuo Dori ditutup untuk semua kenderaan dan dibuka untuk pejalan kaki dari jam 12 tengah hari sehingga 5 petang (sehingga 6 petang pada bulan April hingga September), jadi ini masa paling sesuai untuk datang melawat!

Kedai Uniqlo harus dilawati sekiranya anda ke Jepun!
  • Ginza SIX, contohnya, merupakan sebuah kompleks beli-belah terbesar di daerah ini yang menawarkan lebih daripada 240 kedai berjenama tempatan dan antarabangsa.
  • Lokasi shopping menarik lain: Ginza Mitsukoshi, Ginza Matsuya, Ginza Wako, Ginza Place, Tokyu Plaza Ginza, Barneys New York Ginza, Marronier Gate Ginza, UNIQLO Ginza, GU Ginza dan banyak lagi. 
Shibuya Crossing; dikatakan antara yang tersibuk di dunia.

Shibuya

  • Fashionista? Jom ke daerah tersibuk di Tokyo dengan aktiviti membeli-belah serta lokasi ikoniknya ‘Shibuya Crossing’.
  • Lebih tertumpu kepada fesyen dan budaya golongan belia dan remaja.
  • Kebanyakan pasar raya dan kedai-kedai fesyen di sini dimiliki oleh Tokyu atau Seibu, dua syarikat besar yang bersaing dan menampilkan koleksi fesyen dan hiburan yang trending dan terkini di Jepun.

Ho Chi Minh, Vietnam

Sebut sahaja Ho Chi Minh, perkara pertama yang bermain di minda semua orang semestinya syurga beli-belah yang menyeronokkan yang semestinya membuatkan kaum wanita rambang mata!

Ben Thant Market

  • Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah seperti kain ela, kasut, beg dan cenderamata.
  • Boleh juga menempah baju atau kasut mengikut citarasa anda di sini dan yang menariknya, tempahan anda boleh disiapkan dalam masa sehari dan hasil jahitannya sangat berkualiti tau!

๐Ÿ˜Ž Tip daripada Tripfez
Gunakan kalkulator sebagai alat komunikasi semasa berurusan di Ben Thant Market walaupun kebanyakan peniaga di sini mahir berbahasa Malaysia. Pilih barangan yang anda minat dan nyatakan harga pada kalkulator!

Mac Viet

  • Peminat kraftangan atau ingin mencari cenderamata buat keluarga dan sahabat handai? Bolehlah ke Mac Viet!
  • Juga buat pasangan pengantin yang mencari item unik berasaskan kraf untuk dijadikan cenderamata kepada tetamu yang hadir atau ingin menempah kad kahwin yang lain daripada yang lain

Antara lokasi lain yang boleh dilawati di Ho Chi Minh adalah seperti Nguyen An Ninh Street, Butik Hong Anh, Cho Binh Tay Market โ€“ syurga beli-belah yang menjanjikan pengalaman beli-belah terbaik dengan kualiti dan harga yang berpatutan!

Seoul, Korea Selatan

Jika melancong ke Korea, jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di sekitar bandaraya ini!

Namdaemun Market

  • Pasar yang tertua dan terbesar di Korea – menjadi lokasi beli-belah pilihan masyarakat tempatan dan pelancong.
  • Lokasi best untuk membeli cenderamata seperti keychain, fridge magnet, T-shirt dan lain-lain.
  • Barangan basah seperti ayam dan ikan sehinggalah barangan mewah seperti batu permata turut dijual disini menjadikan lokasi ini lokasi beli-belah popular dalam kalangan pelancong.

๐Ÿ˜Ž Tip daripada Tripfez
Hanya tawar-menawar apabila anda betul-betul ingin membeli sesuatu. Jika tidak, ahjumma dan ahjussi mungkin akan meninggikan suara dan memarahi anda!

Myeongdong Market

  • Syurga buat peminat produk kosmetik Korea dan sangat terkenal dalam kalangan pelancong asing.
  • Terdapat berpuluh-puluh kedai penjagaan wajah dan kosmetik popular di Korea yang menjual pelbagai jenis barangan kecantikan dengan harga yang sangat murah.
  • Kebanyakan kedai di sini menerima kad kredit untuk pembayaran, anda tidak perlu risau sekiranya tidak mempunyai wang tunai yang banyak!

Selain itu, banyak pusat beli-belah utama yang menjual label premium popular dan berjenama dengan harga yang berpatutan di Seoul seperti Lotte Department Store, Shinsegae Department Store, Myeong-dong Migliore, Noon Square dan M Plaza.

Kuala Lumpur, Malaysia

Tak sangka Malaysia tersenarai dalam senarai 5 lokasi beli-belah terbaik di dunia? Kuala Lumpur merupakan hab beli-belah keempat terunggul di dunia di belakang New York, Tokyo dan London, di hadapan Hong Kong, Singapura dan Bangkok sekali gus menjadikan Kuala Lumpur destinasi beli-belah terbaik di Asia Tenggara dan antara yang terunggul di Asia. Ini betul-betul โ€˜standing in the eyes of the worldโ€™!

Pasar Seni

  • Bangunan lama yang kini berwajah baharu yang mengetengahkan unsur kesenian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
  • Daripada pilihan barangan berjenama sehinggalah barangan kraftangan dan cenderamata, semua yang anda inginkan ada di sini – termasuk pilihan kraftangan dan hasil pertukangan bernilai tinggi.

Jalan TAR

  • Kalau anda nak merasa beli-belah gaya jalanan sambil menyelami budaya masyarakat tempatan Malaysia yang unik, anda bolehlah ke Jalan Masjid India dan Jalan TAR. Siap boleh tawar-menawar lagi. Padu beb! 

Selain itu, jangan lupa ke SOGO Shopping Complex, Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Berjaya Time Square.

Sebenarnya, banyak lagi lokasi menarik lain yang boleh dilawati selain lokasi-lokasi yang disenaraikan di atas. 5 lokasi yang dinyatakan ini adalah antara lokasi popular yang mendapat rating terbaik dalam kalangan pelancong di serata dunia. Walaupun bagi sesetengah orang, aktiviti membeli-belah dikatakan mampu membantu mengurangkan tekanan, namun harus diingat bahawa anda harus bijak berbelanja dan sentiasa berhati-hati agar tidak mudah ditipu, bak kata orang tua-tua alaf moden โ€˜shopping nak hilangkan tekanan, namun jangan sampai tertekanโ€™.

Rasa macam nak pergi shopping di lokasi yang disenaraikan? Jom ikut Tripfez!

Shafiq Wahab

Seorang 'oppa' berwajah desa, banyak habiskan masa layan K-drama. Kuat makan, kuat tidur dan peminat setia Tealive. Suka makan pedas tapi tak boleh makan pedas.

Leave a Reply