• Menu

5 Hotel Mewah di Thailand Yang Ada Kolam Renang Peribadi!

Home » Guide for Muslim Travellers » 5 Hotel Mewah di Thailand Yang Ada Kolam Renang Peribadi!

Inginkan percutian yang bukan biasa-biasa je? Jom, tengok senarai 5 hotel mewah yang ada kolam renang peribadi atau bahasa omputihnya “private pool”! Jejak sahaja kaki ke Thailand, negara yang mewah dengan budaya ini dan anda akan tersenyum lebar sampai ke telinga. Bukan selalu kita dapat menikmati pemandangan indahsambil memanjakan diri ketika bercuti. Gabungan menakjubkan antara pengaruh Barat dan warisan tempatan yang kaya dengan keajaiban semula jadi dan infrastruktur buatan manusia mampu buat kepala anda terpanggung! Bukan itu sahaja, resort dan hotel di Thailand juga adalah antara yang terhebat di Asia Tenggara dari segi privasi dan kualiti kemudahan yang disediakan. Untuk yang suka bersantai tepi kolam renang peribadi, anda wajib cuba 5 hotel mewah yang kami kongsikan ni di Thailand ini!

Phulay Bay a Ritz Carlton Reserve, Krabi

Suasana romantis hotel mewah di Thailand ini
Credit: @hotelsinheaven

Mahu nampak mewah dan bergaya semasa percutian di Krabi? Pilihlah Phulay Bay a Ritz Carlton Reserve! Ada banyak pakej yang menarik seperti:

  • Beach Villa
  • Reserve Pool Villa
  • Reserve Pool Villa Sea View
  • Royal Beach Villa
  • Royal Andaman Sea Villa

Kalau anda mahukan kolam renang peribadi, ‘Reserve Pool Villa Sea View’ and ‘Reserve Pool Villa’ adalah pilihan yang terbaik. Suasananya yang sepi dan hening akan membawa anda jauh dari kebingitan kota. Lokasinya yang tenang juga akan membuatkan anda lupa pada segala masalah!

V Villas Hua Hin – MGallery Oleh Sofitel, Hua Hin

Antara bilik yang menakjubkan di V Villas Hua Hin – MGallery Oleh Sofitel

V Villas Hua Hin – MGallery oleh Sofitel adalah satu pilihan terbaik untuk tetamu yang mahukan lokasi romantik dan memberikan ketenangan untuk merehatkan kegusaran minda. Di sini, para tetamu juga boleh menyertai aktiviti-aktiviti kerohanian untuk mencari diri mereka yang telah “hilang”. Antara pakej yang boleh dipilih adalah Bedroom Pool Villa Suite, Bedroom Pool Villas Suite 2 King Beds dan Bedroom Pool Villa Suite 3 King Beds. Untuk kolam renang peribadi, anda disyorkan untuk memilih Villa Suite 3 King Beds.

Anantara Bophut Koh Samui Resort, Koh Samui

Kolam renang di Anantara Bophut Koh Samui Resort
Credit: @ziv_s_

Resort Anantara Bophut Koh Samui adalah antara lokasi yang sesuai untuk pelancong yang mahukan kemewahan dan keselesaan dengan layanan ala Thai yang cukup istimewa. Bilik ‘Anantara Beachfront Pool Suite’ dilengkapi dengan kolam renang peribadi sebesar 20 meter persegi dan pakej internet berkelajuan tinggi. Jadi senanglah nak update gambar-gambar ke Instagram nanti.

Wyndham Sea Pearl Resort, Phuket

Kolan renang di Wyndham Sea Pearl Resort

Untuk pelancong Phuket pula, anda boleh memilih ‘Private Pool Suite’ di Wyndham Sea Pearl Resort. Resort ini adalah antara yang paling istimewa untuk lokasi berbulan madu dan pasangan yang ingin menghangatkan kembali hubungan romantik mereka. ‘Private Pool Suite’ ini juga menyediakan ruangan bilik tidur yang luas dan kolam renang infiniti untuk kegunaan peribadi. Para tetamu juga boleh berehat dengan selesa bersama secawan kopi yang panas di balkoni persendirian pada setiap pagi. Pilihan lain yang boleh dinikmati adalah ‘Carissa Pool Villa’.

Montis Resort, Pai

Suasana senja di Montis Resort, Thailand

Montis Resort yang terletak di Pai – sebuah pekan di daerah Mae Hong Soon, utara Thailand adalah antara lokasi wajib untuk dilawati. Pemandangan bukit menghijau dan hutan lata yang cantik akan membuatkan hati anda tertawan! Lokasi ini adalah pilihan yang terbaik untuk penggemar ‘selfie’ (swafoto!). Sudah tentu ini akan menarik perhatian ‘followers’ anda di Instagram! Anda disyorkan untuk memilih pakej bilik ‘Montis Pool Villa’ yang menyediakan dua bilik tidur, ruang tamu yang luas dan kolam renang dua tingkat.

Iulah senarai hotel mewah di Thailand dengan kolam renang peribadi. Excited tak nak tempah percutian anda sekarang? Untuk maklumat lanjut tentang keindahan Thailand, boleh rujuk di sini!

Tempah percutian anda ke Thailand sekarang!

Leave a Reply