• Menu

5 Lokasi Percutian Best di Vietnam

Home » Muslim Friendly Travel Guide » Vietnam Muslim Friendly Travel Guide » 5 Lokasi Percutian Best di Vietnam

Ho Chi Minh

Kota Ho Chi Minh atau Saigon, yang merupakan kota terbesar di Vietnam sudah sinonim di kalangan pelancong Malaysia sebagai syurga membeli-belah. Asal hujung minggu atau cuti sekolah, pasti penuhlah lokasi ini dengan pelancong Malaysia yang hendak membeli belah terutamanya baju kurung, tudung dan telekung. Dan disebabkan itulah terdapat satu jalan berdekatan Pasar Ben Thanh dikenali Jalan Melayu atau Jalan Malaysia.

kredit: @ttcrew14

Tapi pasti ramai tidak tahu bahawa tarikan utama pelancong yang terbaik di Saigon bukannya tempat membeli-belahnya tapi berkisar kepada peristiwa perang dan penjajahan pada abad ke-20 yang meninggalkan banyak kesan negatif. Dari seni bina Perancis yang klasik hingga kepada kapal perang Amerika yang kekal sempurna dipelihara rapi, banyak tempat penuh sejarah yang ada di sini untuk anda lawati!

kredit: @jimengad / @vietnamtourismboard

Apa sebenarnya yang menjadikan Ho Chi Minh lebih menarik adalah di sebalik peristiwa-peristiwa pahit ini, kota ini mampu membangun dengan penuh berani dengan dirinya pelbagai bangunan pencakar langit dan taman tema yang berhektar luasnya!

Nha Trang

Kota Nha Trang merupakan satu kota tepi pantai yang terletak di bahagian Selatan Vietnam. Walaupun kota ini tidak sepopular Ho Chi Minh tapi ia mempunyai tarikannya yang tersendiri!

Ada apa dengan Nha Trang? Orang tempatan Vietnam telah memanggil kota ini sebagai “Hawai of Vietnam” dan menjadi satu playground untuk pengunjung dari Negara Russia. Perjalanan dari lapangan terbang Cam Ranh Airport yang selama 30 minit itu akan membawa anda melalui lebuh raya pesisiran pantai yang indah dikelilingi tebing-tebing pantai yang curam.

Antara tempat menarik yang anda boleh lawati di sini adalah seperti Pa Nagar Tower, membeli-belah di pasar Dam, atau mandi lumpur di I-Resort Mineral Hot Spring, Ba Ho Waterfall, Island Hopping dan berseronok di Taman Tema Vinpearl.

Halong Bay, Hanoi

Halong Bay telah dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994 ini. Terletak 180 kilometer di utara Hanoi, perjalanan ke Halong Bay mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai. Anda boleh sampai ke sini dengan menaiki bas daripada Hanoi. Kalau ada bajet lebih, anda boleh menaiki helikopter dengan masa perjalanan hanya 1 jam.

Biarpun memenatkan, ia berbaloi kerana ia menawarkan landskap alam memukau. Kehadiran kapal-kapal layar kayu seakan-akan membawa pengunjung kembali ke era dahulu. 

Untuk pengetahuan anda, perairan inilah yang menjadi medan kepada pertembungan tentera Vietnam dan kuasa asing termasuk China dan Amerika Syarikat suatu ketika dahulu. Yang menjadikannya lebih menarik adalah di sekitar teluk ini terdapat sejumlah 1,600 buah pulau batu kapur. Jika ingin menikmati keindahan Halong Bay dengan lebih dekat, ambillah pakej bermalam dan bukannya day-trip. Sehari sahaja memang tidak cukup untuk melawat pulau-pulau dan gua kapur yang ada di teluk tersebut! 

Phu Quoc & Sao Beach

Sejak AirAsia mula membuka destinasi penerbangan yang baru ke Phu Quoc, Vietnam pada tahun lepas, ramai yang mula bertanya Tripfez tentang apa yang menarik di sana. Jadi jom kita mengenali Phu Quoc dengan lebih rapat! Phu Quoc merupakan pulau terbesar di Vietnam yang terletak di selatan Vietnam, di kawasan bersempadan dengan Cambodia.

Pulau ini bukan berada di Laut Cina Selatan tapi di kawasan ‘Teluk Thailand’. Menarik bukan? Ia dikatakan salah satu permata ASEAN yang baru diperkenalkan kepada dunia. Namun begitu, masih banyak kawasan yang sedang dibangunkan dan terlihat banyak potensi pelancongan di situ.

Antara tempat dan aktiviti menarik di Phu Quoc adalah bersantai di Pantai Long Beach atau Sao Beach.  Pulau Phu Quoc mempunyai pantai sepanjang lebih 150km yang menjadi tumpuan pelancong kerana di sini terdapat banyak resort, restoran dan pelbagai pengusaha aktiviti pantai. Di sini juga tempat menikmati suasana sunset indah dengan hiasan pelbagai arca menjadikannya lebih menarik untuk bergambar.

Da Nang & Hoi An

Da Nang merupakan sebuah kota tepi pantai yang pesat membangun dan menjadi tumpuan pelancong Malaysia. Antara tarikan pelancongan yang utama di sini adalah taman temanya di kawasan tinggi iaitu Banana Hills. Anda harus menaiki cable car untuk ke sini.

kredit: @hoiannow

Setelah menghabiskan masa di Da Nang, anda boleh bergerak ke Hoi An pula yang terkenal dengan struktur bangunan lamanya. Jadi tidak hairanlah Kota Hoi An ini digelar Ancient City. Demi menjaga bangunan-bangunan di sini, kerajaan Vietnam juga berusaha menjaga dan membaik pulih binaan sehingga Berjaya mendapatkan pengiktrafan UNESCO! Perjalanan ke Hoi An dari Da Nanang hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Sangat dekat bukan?

kredit: @suzysboardingpass

Sebenarnya memang ada banyak lagi destinasi menarik di Vietnam yang boleh anda lawati dan lokasi yang disenaraikan di atas adalah antara yang paling menarik. Tak tahu nak kemana? Kalau masih bingung untuk merancang itinerari perjalanan anda, Tripfez kan ada! Lawati laman web kami untuk lihat senarai pakej ground atau berkumpulan menarik dan mesra Muslim di Vietnam.

Pakej Vietnam Mesra Muslim

Leave a Reply