• Menu

5 Muzium Islam Dunia Yang Harus Dilawati

Home » Guide for Muslim Travellers » 5 Muzium Islam Dunia Yang Harus Dilawati

Terdapat 38 negara Islam di dunia yang sedang bergiat aktif dalam membangunkan sektor pelancongan berasaskan keagamaan.  Namun hanya 10 negara yang benar-benar memberikan impak dan sumbangan besar di peringkat antarabangsa iaitu Turki, Malaysia, Mesir, Magribi, Indonesia, Arab Saudi, Lubnan, Tunisia, Syria, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Produk pelancongan yang sesuai untuk memperkenalkan dunia Islam kepada peringkat global adalah dengan adanya muzium.

Tapi jangan terkejut pula kalau dalam senarai kali ini melibatkan negara bukan Islam. Siapa sangka ada negara-negara barat yang turut mendirikan Muzium Islam di tempat mereka? Jom kita lihat negara mana! 

1. Muzium Seni Islam Doha, Qatar

kredit: @aljazeeradocumentary

Pasti ramai di anda yang pernah menaiki penerbangan Qatar tujuan ke Eropah dan harus transit ke Doha kan? Lain kali, singgahlah dulu ke muzium Islam ini sebelum terbang! Sudah alang-alang bukan? Muzium ini telah mengumpulkan pelbagai koleksi seni dan artifak dunia Islam sejak tahun akhir 1980-an.

kredit: @lelesaddi

Kebanyakan koleksinya terdiri daripada bahan purba yang berasal dari Sepanyol, Iraq, Iran, India, Turki, Mesir dan Asia Tengah sejak 1,400 tahun yang lalu. Lantas menjadikannya tempat rujukan yang menarik untuk disinggahi sebelum destinasi seterusnya!

Waktu Operasi:

Setiap hari (9:00AM– 7:00M), kecuali Jumaat (1:30PM– 7:00PM)

Alamat: 

Museum of Islamic Arts, Doha Qatar.

Tip daripada Tripfez:

Penerbangan kapal terbang ke Doha dari Malaysia mengambil masa 7 jam 25 minit. Terletak 15 minit dari Lapangan Terbangan Antarabangsa Hamad, anda dinasihatkan pergi dengan menaiki teksi atau kereta untuk ke sana.

2. Muzium Seni Islam Kaherah, Mesir

kredit: @reprates77

Muzium Seni Islam di Mesir merupakan muzium yang terbesar di dunia dengan pengumpulan pelbagai koleksi kayu dan artifak plasternya yang luar biasa, serta hasil logam, seramik, kaca, kristal dan tekstil dari semua tamadun Islam  di dunia. 

Di antara koleksi berharga muzium Islam ini adalah kunci emas pintu Ka’bah, dan dinar Islam tertua yang pernah ditemukan, bertanggal dari tahun 697 masehi. Manuskrip langka al-Qur’an dengan dakwat perak juga dapat dilihat di antara barang pameran yang beragam seperti karpet Persia, keramik era Ottoman dan instrumen kuno yang digunakan dalam ilmu astronomi, kimia dan arkitektur.

kredit: @ashleyxhoffmann

Koleksi bahan sejarah di muzium ini menjangkau lebih 100,000 objek yang dipamerkan dalam 25 dewan besar. Namun satu bom kereta yang diletupkan di hadapan bangunan pada tahun 2014 telah merosakkan lebih 20% daripada koleksinya. Muzium ini rasmi dibuka semula pada bulan Januari 2017 setelah tempoh restorasi yang lama.  Jadi jom, pasti banyak benda baru yang dipamerkannya! 

Waktu Operasi:

Setiap hari kecuali Jumaat (9AM-5PM), waktu rehat (11.30AM-1.30PM) 

Alamat:

11638, Port Saeed St., Bab Khalik Square, Cairo

Tip daripada Tripfez: 

Stesen subway terdekat ialah Stesen Muhamad Naquib (850 meter) dan Stesen Attaba (1800 meter). Boleh juga naik bas dan turun di Port Said Street.

3. Muzium Aga Khan, Canada

kredit: @meesha.shafi

Muzium ini merupakan satu-satunya muzium berunsurkan Islam di negara barat atau lebih tepatnya  di Toronto, Ontaria, Canada. Walaupun tidak sebesar muzium di Negara Islam yang lain tapi ia berjaya mengumpulkan lebih 1000 artifak sejarah dunia Islam yang sukar ditemui.

kredit: @alsaydali

Antara yang unik dipamerkan di muzium ini adalah koleksi peribadi milik keluarga diraja Aga Khan, Institut Pelajaran Ismaili di London dan anak diraja Sadruddin Aga Khan. Putera Aga Khan yang juga merupakan seorang imam untuk Islam haluan Shia Ismaili telah mendirikan muzium ini sebagai sumber pengetahuan  Islam di kalangan orang barat.  

kredit: @chloe_ouo666

Waktu Operasi:

Setiap hari kecuali Isnin (10AM-6PM)

Alamat: 

77 Wynford Dr, North York, ON M3C 1K1, Canada

Tip daripada Tripfez: 

Dari stesen subway Eglinton, keluar di jalan 34C Eglinton East ke arah Wynford Drive di Garamound Court. Teruskan berjalan selama satu minit mengala ke arah timur laut dari Wynford Drive, anda akan nampak bangunan muzium di kiri anda.

4. Muzium Seni Islam Turki

kredit: @kath_ost

Bekas sebuah istana megah milik Pargali Ibrahim Pasha yang merupakan wali besar kedua kepada Sultan Suleiman dari empayar Ottomon, muzium Islam ini terletak di sebelah barat taman Sultanahmet. Istana ini berbentuk U dengan bilik-bilik  mengelilingi sebuah taman di tengah.

kredit: @lejla_becar

Ia mengandungi artifak dari abad ke-8 hingga abad ke-19 dengan pelbagai seni kaligrafi Islam, permaidani, jubin, buku, seramik, dan hasil logam. Terdapat juga paparan etnografi dari pelbagai budaya di Turki terutamanya kumpulan nomad.

kredit: @dildamidir

Kebanyakan bilik atau dewan telah diubah menyerupai tempoh atau masa kawasan yang berlainan sambil menunjukkan kegunaan artifak purba pada masa itu. Ini telah memudahkan pengunjung untuk lebih memahami keadaan pada zaman itu.

kredit: @pinaryesilnacar

Waktu Operasi:

Setiap hari kecuali hari Isnin (9AM-5PM)

Alamat:

Sultan Ahmet, Meydanı Sok. No:46, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

5. Muzium Pargamon, Jerman

Siapa sangka Negara seperti Jerman boleh menempatkan koleksi seni Islam yang paling ramai dikunjungi di Jerman, hampir 1,135,000 orang setiap tahun? Muzium yang terbesar di Jerman ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu koleksi kuno, muzium Timur Tengah, dan muzium seni Islam.

kredit: @anja.grosheva

Keberadaan artifak Islam di sini adalah disebabkan kebanyakan penggalian dijalankan di kawasan Babylon kuno, Uruk, Assur, Miletus, Priene dan Mesir purba yang merupakan bekas kawasan pemerintahan Islam. Jadi janganlah melepaskan peluang ke sini kalau hendak ke Jerman!

kredit: @young_rogoff

Waktu Operasi:

Setiap hari (10AM-6PM), kecuali Khamis (10AM-8PM)

Alamat: 

Bodestraße 1-3, 10178 Berlin, Germany

Tip daripada Tripfez: 

Buat tempahan tiket online untuk mengelakkan kesesakan.

Teringin nak melawat muzium-muzium Islam yang telah disenaraikan? Tripfez menyediakan pakej ground boleh ‘customize’ mengikut permintaan serta pakej ground dengan harga berpatutan!

Tempah Percutian Mesra Muslim Anda

Leave a Reply