• Menu

6 Fakta Menarik Tentang Forbidden City, China

Home » Guide for Muslim Travellers » 6 Fakta Menarik Tentang Forbidden City, China

Kota Larangan (Forbidden City) adalah salah satu tempat destinasi yang wajib pergi kepada sesiapa yang ingin melancong ke Bandar Beijing . Sebelum anda melancong ke sana kami ingin kongsikan fakta ringkas dan mudah mengenai Kota Larangan ini. Terdapat 6 fakta menarik yang berjaya kami kumpulkan mengenai Forbidden City ini!

1. Lokasi Pelancongan Paling Popular di China

kredit: @h0meontheroad

Kota Terlarang ini merupakan salah satu antara tiga istana kuno yang masih wujud di China modern dan merupakan yang paling besar dan terpelihara sehingga kini. Oleh itu, istana ini mempunyai lebih dari 14 juta pengunjung setiap tahun yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

kredit: @robbiebackpacking

Malah, pada tahun 1987 UNESCO juga telah mewartakan Kota Larangan sebagai “World Heritage Site” dan mempunyai koleksi terbesar struktur kayu purba yang dipelihara di dunia. Jangan lupa untuk melawat ke Forbidden City ini kalau anda ke Beijing!

2. Memiliki 9,999 Bilik Yang Penuh Dengan Pelbagai Artifak Kuno?!

Cerita rakyat mengatakan jumlah bilik di Forbidden City adalah sebanyak 9,999 buah. Kenapa tidak 10,000? Ini kerana orang dahulu mempercayai angka “10,000” buah bilik hanya layak kepada “Dewa Syurga” sahaja.

kredit: @amepoint
kredit: @hemin_1222

Namun, jumlah bilik sebenar yang dikira oleh pakar hanyalah sebanyak 8707 buah bilik sahaja. Bilangan ini termasuk dewan, bilik kecil dan besar, menara dan lain-lain lagi. esemua bilik ini terkandung dalam 980 bangunan kayu yang megah

kredit: @kristina_travelgram

Jadi, jumlah bilik 9,999 adalah cerita lagenda semata-mata! Tapi, dengan 8707 bilik je pun, mesti senang sesat kan?!

3. Makan Umpama Maharaja di Restoran-Restoran Yang Berdekatan Dengan Kota Terlarang Ini

kredit: @dhikawama

Makanan paling popular di Beijing adalah Itik Peking. Antara restoran-restoran halal yang ada sekitar kota larangan ini adalah The Mughal’s Beijing, 1001 Nights, Dong Lai Shun Halal Restaurant, Mughal’s Restaurant, Wangdelou Muslim Restaurant dan Afunti. Bersedialah untuk makan umpama seorang maharaja di sini!

kredit: @lenakvamp

4. Menjadi Tempat Tinggal Kepada 24 Maharaja China

Forbidden City menjadi rumah kepada 24 maharaja selama 491 tahun, dari tahun 1420 sehingga 1911. Selepas “penyingkiran” maharaja terakhir (Dinasti Qing) pada tahun 1911, Puyi dan keluarganya tinggal di ‘Fasting Palace’ di dalam kompleks ini sehingga tahun 1924. Kemudian mereka terpaksa meninggalkan Forbidden City ini dan dibuka kepada orang ramai.

kredit: @rob.of.berlin

Sedikit fakta sejarah ringkas  :

  • Kota larangan ini mula dibina pada pemerintahan Dinasti Ming (1406) dan siap pada tahun 1420
  • Dinasti Ming diganti oleh Manchu pada tahun 1644 dan memindahkan ibu kotanya ke Shenyang untuk sementara waktu
  • Dinasti Qing kemudiannya memindahkan ibu kota kembali ke Beijing dan The Forbidden City
  • Maharaja Qing hilang kuasa pada 1912 apabila bermulanya pembentukan Republik China.
kredit: @gracenavarro

5. Kuning di Mana-Mana

kredit: @amigosdechina

Hampir setiap bangunan di Kota Larangan mempunyai bumbung berwarna kuning. Hal ini kerana, pada waktu dulu, kuning adalah warna rasmi untuk Maharaja China.

kredit: @travellingwithsmile

6. Taraf Bilik Mengikut Jumlah Patung

kredit: @kristina_travelgram

Setiap penjuru bumbung bilik atau dewan akan dihiasi dengan patung. Makin banyak patung di sesuatu bilik, makin tinggi taraf bilik tersebut. Paling tinggi jumlah patung adalah di  “Hall of Supreme Harmony” yang mempunyai 10 patung dan yang lainnya cuma 3 atau 5 patung sahaja.

kredit: @chefvineet

Menarik kan? Banyak lagi fakta-fakta menarik tentang Forbidden City, China jadi jomlah ikut Tripfez melawat kota gah lagi misteri ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Tempah Sekarang!

Leave a Reply