• Menu

6 Pulau Cantik Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Home » Muslim Friendly Travel Guide » Malaysia Muslim Friendly Travel Guide » 6 Pulau Cantik Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Ramai antara kita sanggup pergi jauh untuk destinasi pelancongan di pulau yang sangat popular di dunia seperti Maldives, Bali dan Phuket. Tetapi, kenapa harus bayar lebih kalau pulau di Malaysia yang menarik bertaraf dunia tidak kurang hebatnya? Jom kita terjah 6 pulau tercantik di Malaysia yang ramai tak tahu dan sokonglah industri pelancongan dalam negara kita.

1. Pulau Kapalai

kredit: @chenjiali0805
Resort Terapung Bertaraf Dunia

Sekiranya anda mempunyai lesen menyelam dan ingin mencuba ke perairan di Sipadan, apa kata untuk menginap di resort terapung di Pulai Kapalai yang hanya beberapa minit sahaja dari Pulau Sipadan. Resort ini terletak di atas laguna pasir yang dikelilingi terumbu karang bahkan anda boleh melihat terumbu dari atas balkoni resort di waktu siang hari. Air jernihnya yang membiru kehijauan pasti memberi para pengunjung satu penginapan yang sangat unik dan best.

kredit: @meira_liu
kredit: @chiko_tian

2. Pulau Lankayan

kredit: @achierchung
Semua Resort Menghadap Laut

Itulah yang menariknya di Pulau Lankayan di Sabah ini. Mungkin tidak sepopular dengan Pulau Sipadan, namun di sini turut menawarkan satu pakej percutian dan scuba diving antara yang paling seronok di Sabah. Bangun pagi dan terus ke balkoni untuk melihat kebiruan air laut yang dipenuhi dengan hidupan-hidupan marin yang sangat unik. Selain untuk percutian bersama insan tersayang ketika honeymoon, Pulau Lankayan selalunya menjadi kegemaran para penyelam untuk mencari Leopard Shark, White Shark dan Giant Grouper.

kredit: @uploadlifehere
kredit: @samantha_miles

3. Pulau Mataking

kredit: @jychoy

Sekiranya anda nakkan percutian bersama insan tersayang ketika berbulan madu di tep pantai yang lebih menarik di Sabah, Pulau Mataking semestinya yang paling ideal. Pulau Mataking yang terletak kira-kira 45 minit dari Pulau Sipadan ini juga sering menjadi destinasi percutian di kalangan orang Eropah untuk berbulan madu kerana resortnya yang cantik menghadap laut.

kredit: @sara_ceste_vogliadiesotismo.it

Seperti di kebanyakan pulau lain di Sabah, Pulau Mataking juga mempunyai kawasan menyelam untuk melihat hidupan marin dan terumbu karang dan yang paling menarik adalah anda berpeluang berjumpa dengan paus jerung.

kredit: @edwinc0503

4. Pulau Rawa, Johor

kredit: @littlesherpatravels

Pulau Rawa semakin dikenali ramai sebagai Maldives Malaysia desebabkan suasananya seperti di Maldives. Pulau ini terletak di Mersing Johor dan merupakan pulau karang yang kecil dan indah dimiliki oleh keluarga kesultanan Johor. Oleh itu harga pakej percutian ke sini tidaklah murah. Untuk ke sini harus menaik geri dari Jeti Mersing dan mengambil masa kurang sejam perjalanannya.

kredit: @aniysh

Anda boleh memilih untuk daytrip atau menginap di salah satu antara dua resort penginapan yang ada di sana iaitu Rawa Island Resort atau Alang Rawa Resort. Antara aktiviti-aktiviti menarik di sini adalah seperti snorkeling, mendaki bukit, peluncur air, menyelam, berkayak, dan island hopping. Jika tidak berkesempatan ke Pantai Timur untuk destinasi pelancongan pulau popular seperti Redang dan Perhentian, eloklah anda ke Pulau Rawa sahaja!

5. Pulau Tenggol

kredit: @azzudin.uw.photography
Hidupan Marin Bertaraf Dunia

Pulau Tenggol merupakan satu lagi pulau yang sangat cantik yang hanya terletak kira-kira 50minit perjalanan dari jeti Kuala Dungun. Sekiranya anda ke jeti Kuala Dungun, jangan lupa untuk singgah di atas Jambatan Baru Dungun untuk melihat keindahan muara sungai Dungun.

kredit: @shotatohara

Walaupun pulaunya hanya sepanjang 3 km sahaja, namun Pulau Tenggol sering menjadi destinasi untuk mereka yang nak menyelam di peraian yang cantik. Dahulunya pulau ini tidak popular dan tidak berpenghuni namun kini sudah mempunya beberapa hotel dan resort tepi pantai yang selesa untuk pelancong. Berdasarkan sejarah, dahulunya Pulau Tenggol merupakan penempatan sementara orang Vietnam yang terperangkap selepas Perang Vietnam. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah seperti junggle trekking dan mendaki bukit, menyelam di lokasi yang setara dengan lokasi menyelam bertaraf dunia yang lain dan berbulan madu. 

kredit: @jeddy.hongtat

6. Pulau Gemia

kredit: @beautifulifebyzalmo
Destinasi Bulan Madu Lebih Privasi

Pulau Gemia merupakan pulau persendirian yang terletak 800 m ke arah utara Pulau Kapas. Perairan di sini tidak kurang hebatnya dengan pantai yang cantk dan dikelilingi terumbu batu karang. Namun begitu, hanya terdapat satu resort di sini iaitu Gem Wellness Spa & Island Resort dan sesuai buat anda yang inginkan percutian yang lebih privasi di sebuah lokasi yang terpencil.

kredit: @lyssseth

Destinasi terpencil ini ideal untuk mereka yang lebih sukakan ketenangan tanpa kesibukan pelancongan yang terlalu ramai. Kebiasaannya pelancong yang datang bercuti di Pulau Gemia ini lebih sukakan aktiviti yang santai dan untuk berehat menenangkan fikiran tanpa aktiviti-aktiviti lasak di air. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah snorkeling dan berkayak. Jadi jika anda masih mencari destinasi pulau yang menarik untuk berbulan madu, datanglah ke sini bersama pasangan anda!

kredit: @aienbaie

Itulah dia destinasi pelancongan pulau di Malaysia yang tidak ramai yang tau tapi bertaraf dunia dari segi kecantikannya. Masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri dan pilihlah yang mana paling berkenan di hati. Selamat cuti-cuti satu Malaysia!

Leave a Reply