Sering terpapar di media berita pelancong menjadi mangsa jenayah atau ditipu ketika bercuti, lebih-lebih lagi di bandar metropolis yang sibuk. Faktor keselamatan amat penting dalam merancang percutian, lebih-lebih lagi bagi individu yang mencari destinasi percutian mesra Muslim di bandar metropolis ternama. Di sini kami senaraikan 7 bandar paling selamat di dunia yang menanti kunjungan anda. Bukan sahaja anda dapat bercuti dengan tenang, destinasi ini juga menawarkan pengalaman percutian yang hebat.
7. Sydney, Australia
Sydney, ibu kota New South Wales yang terkenal dengan Sydney Opera House. Untuk pelancong, Sydney merupakan sebuah bandaraya yang selamat terutamanya di kawasan tumpuan pelancongan. Kadar jenayah ganas adalah sangat rendah di Sydney. Namun begitu, pelancong juga dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mengelakkan daripada berjalan ketika lewat malam di Sydney.
6. Amsterdam, Belanda
Berdasarkan, Kajian Kualiti Hidup 2008 yang lakukan oleh Pakar Perundingan Antarabangsa, Mercer, Amsterdam menduduki tangga ke-22 daripada 215 bandar raya dunia yang paling selamat dikunjungi. Amsterdam terkenal kerana pengangkutan awam yang selamat dan digunakan secara meluas. Bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya di Amsterdam adalah yang paling rendah di Eropah.
5. Melbourne, Australia
Melbourne dinamakan sebagai bandar raya kedua paling sesuai didiami di dunia untuk tahun 2018 oleh majalah “The Economist” selepas Vienna, Austria. Selain itu, Melbourne juga mempunyai sistem pengawasan yang baik di jalan raya, kereta api, trem dan bangunannya. Justeru, jenayah tidak praktikal untuk dilakukan kerana pelakunya mudah dikenal pasti.
Selalunya lorong di belakang bangunan di bandar-bandar besar adalah tempat yang perlu dihindari oleh pelancong tetapi di Melbourne, lorong di belakang bangunan dihias dengan cantik dan menjadi tempat untuk bersantai.
4. Toronto, Kanada
Toronto, ibu kota Ontario sering dijadikan lokasi pengambaran untuk filem atau program TV. Bandar ini adalah bandar paling selamat di Amerika Utara. Dari segi keselamatan peribadi, Toronto adalah bandar ke 5 paling selamat di dunia.
Toronto juga terkenal dengan penduduknya berbilang bangsa yang hidup dengan harmoni terutamanya masyarakat yang berasal dari Asia. Ini memberikan Toronto tarikan istimewa kerana mempunyai kawasan kejiranan etnik seperti Chinatown, Little India dan Koreatown.
3. Osaka, Jepun
Osaka, bandar indah dengan bilangan penduduk hampir 3 juta orang berkongsi ciri yang sama dengan Tokyo, kadar jenayah yang rendah. Apa yang membezakan Osaka dengan bandar metropolis yang lain adalah kemesraan penduduknya.
Penduduk Osaka mempunyai taraf keselamatan kesihatan terbaik di dunia dan mendapat kemudahan kesihatan yang hebat. Ini antara faktor yang menjadikan Osaka bandar metropolis yang tenang kerana kebajikan penduduk terjaga. Anda juga boleh rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai Osaka
2. Singapura
Kadar jenayah ganas dan kecurian di Singapura adalah yang paling rendah di dunia. Penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah amat berat. Contohnya, hukuman sebat tidak hanya untuk pesalah yang melakukan jenayah berat seperti rogol dan rompak, pesalah jenayah kecil seperti vandalisme juga boleh dijatuhkan hukuman sebat.
Selain itu, Kota Singa ini terkenal sebagai sebuah metropolis yang dipantau teliti dengan kamera. Lebih 100,000 CCTV berfungsi di tempat awam di dalam bandar metropolis ini. Di mana sahaja ada mata memerhati, maka tidak hairanlah mengapa Singapura adalah antara bandar paling selamat di dunia.
1. Tokyo, Jepun
Tokyo mempunyai kadar jenayah kecurian yang sangat rendah. Jika anda seorang daripada 13 juta penduduk Tokyo, anda mempunyai 75 peratus kebarangkalian menjumpai semula wang atau barang anda yang tercicir. Menurut rekod pada tahun 2017, 3.75 billion yen (35.3 juta USD) wang hilang dan jumpa diserahkan kepada polis Tokyo.
Sekiranya anda berdepan situasi tercicir wang, barang atau berasa tidak selamat, anda boleh ke ‘koban’ atau pondok polis yang banyak terdapat di bandar ini untuk meminta bantuan. Selain itu, Tokyo meletakkan keselamatan wanita sebagai keutamaan. Terdapat kemudahan gerabak kereta api untuk wanita sahaja ketika waktu puncak perjalanan dan kebanyakan hotel menawarkan bilik dengan tingkat khas yang dikhususkan untuk wanita sahaja.
Bagi foodie ini adalah destinasi makan yang paling selamat di dunia kerana standard keselamatan dan penyediaan makanan di Tokyo sangat tinggi. Apa tunggu lagi? Jom tempah pakej percutian anda sekarang! Lihat senarai pakej yang ditawarkan dan promosi yang sedang berlangsung di sini. tunggu apa lagi, jom tempah pakej percutian anda sekarang! untuk maklumat lanjut mengenai pakej-pakej mesra muslim yang tersedia, layari laman web kami untuk maklumat lanjut.
About Author: Hanum is a nature wondered who loves to share inspiration from her travels and to inspire others go out and experience the people, culture and nature. An occasional plalker. Currently busy beating plastic pollution and saving marine lives #beatplasticpollution
References:
- The Economist Safe Cities Index 2017, http://safecities.economist.com/
- THE 11 SAFEST CITIES IN THE WORLD https://www.independent.co.uk/life-style/safe-cities-around-world-frankfurt-sydney-tokyo-osaka-stockholm-toronto-singapore-zurich-hong-kong-a8000721.html
- 3.7b yen in cash brought to Tokyo police as lost and found in 2017http://www.thejakartapost.com/life/2018/03/10/37b-yen-in-cash-brought-to-tokyo-police-as-lost-and-found-in-2017.html
- 5 Reasons Why Tokyo Is the World’s Safest City for Expats https://theculturetrip.com/asia/japan/articles/5-reasons-why-tokyo-is-the-worlds-safest-city-for-expats/
- 10 Safest Cities in the World http://blog.thediscoverer.com/10-safest-cities-in-the-world/
- https://en.wikipedia.org/wiki/Demographics_of_Toronto
- https://edition.cnn.com/travel/article/melbourne-most-livable-city/index.html
- https://www.tripsavvy.com/how-safe-is-amsterdam-1456779