Perth merupakan ibu negeri Australia Barat dengan jumlah penduduk seramai 1.5 juta orang. Jumlah ini telah menjadikan Perth sebagai bandar terbesar di Australia Barat. Ramai pelancong ke Perth kerana mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dengan gabungan kemodenan bandaraya dan keindahan alam semulajadinya. Dengan cuaca yang baik, anda boleh lakukan bermacam-macam aktiviti. Jom kita lihat senarai tempat menarik di Perth, Australia di bawah!
1. Caversham Wildlife Park
Mahu bermain dan memberi makanan kepada haiwan yang dibiarkan bebas berkeliaran dalam kawasan yang terkawal? Anda bolehlah berkunjung ke taman hidupan liar ini di Perth. Pelawat dibenarkan memberi makanan kepada haiwan jimak seperti kambing biri-biri dan kangaroo.
Sekiranya anda datang awal sebelum jam 10 pagi, anda akan dikerumuni haiwan-haiwan kelaparan kerana belum diberi makan. Setelah sesi memberi makanan ke haiwan, anda boleh menonton “Farm Show” yang diadakan pada setiap hari pada jam 10 pagi.
2. Freemantle Market
Antara keunikan pasar Freemantle ini adalah ia sebuah pasar tradisional yang menjual pelbagai barangan dan kelengkapan seperti buah-buahan segar, pelbagai hasil tenusu, dan demonstrasi produk tempatan. Anda juga boleh mencuba pelbagai gerai makanan yang ada di situ tapi pastikan ia halal sebelum anda menjamu selera. Pelbagai barangan antik dan ole-ole turut dijual di sini. Sambil membeli belah, anda turut dihiburkan dengan artis jalanan yang sering membuat persembahan di sana.
Sebelum balik ke hotel, anda boleh singgah sekejap ke Rainbow Containers untuk sesi berfoto yang terletak tidak jauh dari sini.
3. Kings Park Botanical Garden
Tempat ini dijadikan tempat bersantai bersama keluarga dan sering menjadi tumpuan warga tempatan. Pelancong dari luar negara juga boleh ke sini untuk melihat melihat pemandangan bangunan pencakar langit bergabung dengan laut, sungai dan kawasan desa yang indah di Perth. Selain itu, anda boleh kunjungi tugu peringatan perang yang ada di sini.
Kalau ke sini waktu malam, anda boleh menikmati pemandangan malam bandar ketika lampu bangunan dinyalakan.
4. Elizabeth Quay
Elizabeth Quay merupakan satu dataran cantik yang terletak betul-betul di tepi laut! Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini serta membeli barangan tempatan.
Pencahyaan yang cantik pada waktu petang dan malam telah menambahkan seri dan keceriaan tempat ini. Dan jika anda bertuah, anda boleh melihat ikan dolfin berenang dengan bebasnya di lautan semasa berada di jambatan yang ada di sana.
5. Watertown Brands Outlet
Kompleks membeli belah ini berkonsepkan luar bangunan dan mempunyai lebih 100 kedai pelbagai jenamar Australia dan global. Kompleks ini turut memuatkan pelbagai restoran untuk memenuhi keperluan pembeli. Semua barang dikatakan dijual dengan harga murah berbanding di tempat lain dan kualitnya dijamin baik. Tempat ini sangat sesuai untuk anda yang ingin membeli-belah bersama keluarga yang ingin membeli pakaian pelbagai jenama dan pilihan.
6. Cottesloe Beach
Pantai Cottelsoe telah menjadi desinasi tepi pantai kegemaran kepada penduduk tempatan Perth selama lebih 100 tahun. Pantai ikonik yang terbentang seluas 0.6 batu ini umpama gambar yang sangat cantik. Ia menjadi lokasi popular untuk pelbagai aktiviti menarik seperti berenang, snorkeling, surfing dan menikmati minum petang sewaktu matahari terbenam. Jadikan pantai ikonik ini sebagai destinasi wajib anda ketika ke Perth!
Banyak lagi destinasi menarik yang menanti anda sekiranya anda ke Perth. Lebih menarik lagi, Tripfez menawarkan pakej yang best ke Perth yang membawa anda ke tempat-tempat di atas! Anda juga turut dibawa ke tempat-tempat lain seperti Big W Department Store, Whiteman Park dan Swan Valley* Jadi tunggu apa lagi! Jom travel bersama Tripfez!
*Itinerari tertakluk kepada perubahan
Leave a Reply