Merancang perkahwinan semestinya tugas yang memberi tekanan buat bakal pengantin apatah lagi bila perlu plan trip bulan madu sekali. Ada pelbagai perkara yang harus dipertimbangkan terutamanya dalam memilih destinasi yang perfect untuk anda dan pasangan. Tapi tak perlu pening, honeymoon anda tidak semestinya perlu dibuat di luar negara tambahan lagi apabila Malaysia sendiri memiliki banyak lokasi yang menawarkan pengalaman yang sama. Jom kita lihat 5 tempat honeymoon popular di Malaysia untuk percutian yang cukup romantik!
Pulau Langkawi
Pulau yang menjadi habitat burung helang ini menawarkan percutian yang cukup lengkap bagi pasangan mempelai. Mulakan bulan madu anda dengan saat-saat romantis di hotel dengan kek dan mawar yang disusun rapi. Walaupun Pulau Langkawi kecil, ia tetap menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti island hopping, menaiki cable car dan yang paling romantik, mestilah sesi candlelight dinner. Percutian bulan madu di Langkawi juga tidak lengkap tanpa pakej spa dan urutan badan.
Cameron Highlands
Bagi pasangan yang mengidamkan suasana tenang dan pemandangan yang indah, Cameron Highlands juga merupakan lokasi yang dapat menepati citarasa anda. Antara aktiviti yang biasa dilakukan di sini adalah melawat ladang teh sambil menikmati minuman dari daun teh yang dihasilkan di situ. Selain itu, anda juga boleh cuba aktiviti memetik buah strawberi di sana! Jangan lupa juga untuk menangkap pelbagai gambar yang ‘Instagrammable’ dengan berlatarbelakangkan keindahan Cameron Highlands untuk tatapan di masa depan.
Pulau Perhentian
Pulau Perhentian merupakan destinasi popular honeymoon di Malaysia. Ia juga antara pulau yang tercantik di negara kita dengan air yang jernih dan pasir yang cukup halus dan lembut. Ia pasti membuat anda dan pasangan lebih teruja untuk menghabiskan masa di tepi pantai.
Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu pulau kecil dan besar. Kaya dengan spesies lautan dan kecantikan batu karang, pulau ini merupakan antara destinasi terkenal untuk aktiviti scuba diving dan snorkeling.
Banjaran Hot Springs
Selain turut menjadi lokasi popular untuk majlis perkahwinan, Banjaran Hotsprings Retreat juga sesuai untuk pengantin baru! Alami detik romantik dengan beristirahat sambil menikmati iklim tropika yang nyaman dan menyenangkan. Lokasi ini juga sesuai buat pasangan yang ingin memanjakan diri selepas sibuk menguruskan majlis perkahwinan masing-masing.
Di sini juga terdapat villa yang lengkap dengan kolam air panas semulajadi persendirian untuk privacy pasangan yang melawat! Anda berdua juga boleh menikmati panorama yang mengagumkan ketika berjalan di lereng-lereng bukit dan seterusnya berendam di air terjun berdekatan. Akhir kata, Banjaran Hot Springs mempunyai keindahan alam sekitar yang pasti memberi ketenangan jiwa dan minda kepada para pengunjungnya.
Pulau Tioman
Ramai di antara anda yang idamkan honeymoon di Maldives? Jangan risau, anda masih boleh mendapatkan pengalaman yang sama di Pulau Tioman! Tarikan utama pulau ini merupakan air lautnya yang jernih sehingga boleh melihat dasar laut.
Aktiviti snorkeling di pulau yang terletak di Laut China Selatan ini juga amat memuaskan kerana ia kaya dengan hidupan marine. Jika anda dan pasangan mahukan aktiviti yang lebih mencabar, anda boleh juga memilih untuk membuat aktivit trekking sambil menikmati keindahan flora dan fauna pulau ini dan pemandangan yang lumayan.
Lepas baca artikel ini, kami pasti anda teruja untuk berbulan madu di salah Malaysia. Apa lagi, berikan anda dan cinta hati pengalaman honeymoon istimewa dan tidak dapat lupakan dengan menempah pakej bulan madu istimewa dari Tripfez hari ini! Mencari destinasi honeymoon di luar negara? Anda boleh juga lihat senarai kami di sini.
Leave a Reply