• Menu

Nak Pergi Honeymoon? 5 Destinasi Bulan Madu Ini Pasti Buat Anda Terpegun!

Home » Guide for Muslim Travellers » Nak Pergi Honeymoon? 5 Destinasi Bulan Madu Ini Pasti Buat Anda Terpegun!

Anda baru berkahwin? Atau anda sudah lama berkahwin tapi hendak meluangkan masa bersama di sebuah destinasi impian yang sudah lama terpendam? Siapalah yang tidak ada destinasi impian untuk pergi bersama insan tersayang kan?

Namun faktor kewangan atau kesibukan kerja atau jaga anak menjadi penghalang ramai pasangan tidak kira yang baharu mendirikan rumah tangga atau sudah lama berkahwin. Kerana semua perkara perlukan wang, bukan? Padahal dalam hati teringin hendak bercuti bersama pasangan acah-acah Rozita Che Wan sekeluarga. Tapi semua itu tidak mustahil. Jom kita lihat senarai destinasi honeymoon yang paling top masa kini!

Bali, Indonesia

Bali, Indonesia merupakan destinasi berbulan madu yang paling popular di dunia sejak filem Pray, Eat, Love lakonan Julia Roberts ditayangkan. Antara tarikan utamanya adalah kemampuan Bali menawarkan pakej honeymoon yang sesuai dengan bajet anda tidak kira yang murah sehinggalah bermewah-mewahan!

Anda juga tidak perlu terbang jauh-jauh kerana Bali hanya 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dengan harga tiket yang tidak terlalu mahal. Selain itu, untuk mendapatkan satu villa atau bilik resort yang lengkap dengan kolam peribadi, jakuzi, dan dapur boleh dinikmati dengan harga tidak lebih RM1000! Anda takkan mungkin dapat di Malaysia dengan harga semurah begitu! Dan atas permintaan, pihak villa atau resort akan menghiasi bilik itu dengan pelbagai hiasan romantik dan lilin supaya anda boleh tidur dengan ‘lena’ malam itu. Ehem! 

Jangan lupa untuk meminta hidangan sarapan dihidangkan atas pelambung bagi mewujudkan suasana yang lebih romantis. Setelah berbulan madu ke Bali, anda pasti mahu datang lagi. Cadangan aktiviti-aktiviti lain termasuk:

  • Mengunjungi sawah padi bertingkat Tegagalang
  • Menikmati malam di La Plancha, Seminyak
  • Makan malam seafood di Pantai Jimbaran
  • Watersports
  • Mendaki volcano

Krabi, Thailand

Destinasi berbulan madu yang terkenal murah selain Bali adalah Krabi, Thailand. Krabi adalah salah satu tempat terbaik untuk berbulan madu yang romantic kerana pantai daratan yang indah ini digunakan sebagai titik permulaan jika ingin meneroka pulai lain di Andanman Bay seperti Pulau Phuket dan Phi Phi.

Perairan jernih, suasana yang tenang dan tebing dramatic semuanya menjadikan Krabi destinasi yang menakjubkan untuk bersama pasangan tercinta. Jika anda sepasangan yang sukakan pantai dan mencari tempat yang sejuk untuk berehat dan bersantai, maka Krabi lah tempat yang sesuai! Cadangan aktiviti-aktiviti lain termasuk:

  • Menikmati matahari terbenam di pantai
  • Island hopping
  • Makan malam cahaya lilin di pantai
  • Watersports
  • Snorkeling

Paris, Perancis

Paris sinonim dengan percintaan. Sebuah destinasi yang mempunyai kombinasi senibina bersejarah, tempat makan yang romantis  dan penuh seni ini membuatkan Paris sangat istimewa untuk pasangan yang ingin berbulan madu. 

Di Paris anda boleh menginap di  sebuah hotel mewah yang akan menyambut anda di lapangan terbang. Lebih menarik lagi, pihak hotel akan mengiringi anda setelah melintasi pemeriksaan kastam sehingga dipandu ke hotel.

Sekiranya mengambil teksi di sana, teksinya bukan sebarang teksi di mana semua pemandunya berpakaian sut hitam lengkap sambil memandu kereta jenis Mercedes Benz! Adakah ini nampak biasa-biasa? Seharusnya anda tidak melepaskan peluang ini untuk melawat ke sana sambil mengeratkan lagi hubungan percintaan bersama pasangan anda. Cadangan aktiviti-aktiviti lain termasuk:

  • Melawat ke Musee d’Orsay
  • Melawat the Louvre
  • Makan malam di Eiffel Tower

Maldives

kredit: @ochiifitri

Tidak perlu penjelasan yang panjang lebar lagi kerana tiada siapa yang tidak kenal dengan nama Maldives kan? Negara yang terkenal dengan ratusan pulau dan pantai yang tercantik di dunia! Bayangkan berbulan madu di sebuah pulau peribadi dan dapat menikmati pantai bersama pasangan tanpa gangguan sesiapa!

kredit: @montyacke

Sebaik anda mendarat di lapangan terbangnya, anda akan disajikan dengan pemandangan pantai yang cantik dengan air yang berwarna biru jernih! Tidak jauh dari pintu keluar terdapat sebuah pelabuhan tempat pengambilan tetamu dengan menggunakan fastboat atau kapal terbang kecil untuk membawa anda ke pulau resort anda! Menariknya pelabuhan ini, kapal terbangnya mendarat dan berlepas di atas air! Cadangan aktiviti-aktiviti lain termasuk:

  • Snorkeling 
  • Sukan air
  • Mengikuti Dolphin Safari
  • Memancing pada waktu malam
  • Seawalker

Santorini, Greece

kredit: @livintoexplore

Pada anda dan pasangan yang mempunyai ‘cita-cita tinggi’, bolehlah berbulan madu di Santorini, Greece. Aktiviti menyaksikan keindahan matahari terbenam dan terbit pada waktu pagi adalah sebahagian daripada perkara yang perlu dilakukan jika anda berbulan madu di sini. Pastinya ramai menyangka tempat ini sebagai destinasi percutian mewah dan memerlukan kos yang tinggi.

kredit: @sebastians_way

Bagaimanapun dengan hanya bajet sederhana anda mampu ke sana dengan hanya membuat sedikit pencarian dan kajian atas talian tentang harga dan tempat. Anda pasti terkejut dengan harga pakej-pakej bulan madu ke sana yang sangat berpatutan. Anda dan pasangan boleh cuba bilik tidur berbentuk gua dan menghadap laut untuk sebuah percutian bulan madu yang istimewa! Cadangan aktiviti-aktiviti lain termasuk:

  • Mendaki dari FIra ke Oia
  • Jet Ski Tour ke gunung berapi
  • Panggung terbuka di Kamari
  • Berkayak

Tempah Pakej Jepun Mesra Muslim

Leave a Reply