Bukan sahaja warga Ipoh malahan mana yang berdekatan atau sekawasannya yang inginkan percutian ala staycation di hujung minggu. Anda boleh menginap di 7 hotel murah yang kami cadangkan di bawah ini. Rugi besar kalau tak cuba. Hotel – hotel ini menarik juga untuk dijadikan bahan Instagram korang semua. Banyak dekorasi ala hipster ataupun kartun yang comel. Jom tengok senarai hotel murah di Ipoh sekarang!
Hotel Nova
Hotel Nova adalah sebuah hotel bajet yang bertemakan kartun dari siri animasi terkenal. Kartun termasuk Doraemon, Smurf, Disney, Garfield, Kungfu Panda, Mario and Luigi, Mr Bean dan banyak lagi. Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa juga pasti berasa teruja untuk menginap di sini. Hotel ini juga ada memaparkan koleksi mainan anak patung untuk tatapan tetamu yang menginap.
Abby By the River
Hotel ini memang menarik dan sesuai untuk semua golongan. Ianya menawarkan bilik standard untuk yang datang berdua, bilik keluarga dan bilik asrama yang boleh memuatkan 6 orang dalam satu masa. Dinding-dinding di hotel ini dipenuhi dengan lukisan-lukisan “doodle” yang comel dan unik. Persekitarannya juga sangat cantik. Tetamu yang suka selfie pasti teruja. Hotel ini mempunyai restoran atas bumbung, sesuai untuk tetamu bersantai dan minum kopi sambal menikmati pemandangan sekeliling.
Hollywood Hotel
Jika tetamu mahukan sesuatu yang unik. Hollywood Hotel ada jawapannya. Sesuai dengan namanya, hotel ini dihias dengan tema filem. Hotel ini dihiasi dengan poster-poster filem, lukisan tangan pelakon terkenal Audrey Hepburn, props dan peralatan filem.
Tetamu tentunya akan teruja mengambil gambar di sekitar hotel ini. Hotel ini juga di cat dengan warna lembut dan gelap untuk memberi efek glamor dan artistik. Mungkin mereka dapat bermimpi bertemu bintang filem jika tidur di sini.
Cititel Express Ipoh
Cititel Express Ipoh menjanjikan perkhidmatan penginapan yang pintar, bersih dan simple. Ianya menawarkan 210 buah bilik moden dan praktikal pada harga yang berpatutan. Hotel ini dihias dengan warna seperti warna oren, merah jambu dan hijau pucuk pisang yang menjadikan persekitaran hotel kelihatan ceria.
Selain pemandangan sungai, hotel ini juga memahami kehendak generasi celik teknologi dengan menawarkan perkhidmatan wifi percuma dan bilik yang dilengkapi dengan TV LED 40 inci. Perkhidmatan video juga ditawarkan atas permintaan percuma dengan koleksi lebih dari 100 filem HD. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan ulang alik percuma yang berhenti di enam tempat tarikan pelancong. Antaranya stesyen Keretapi Ipoh, Bandar Lama Ipoh, Concubine Lane, Jalan Dim Sum, Ipoh Parade, Jalan Yau Tet Shin & Jalan Theatre.
Ritz Garden Hotel
Hotel Ritz Garden adalah antara hotel yang sangat berbaloi. Bukan sahaja kerana perkhidmatan yang diberikan memang terbaik dan harga bilik yang ditawarkan agak murah. Suasana dan persekitaran hotel ini amat cantik dan menarik. Setiap bilik hotel di sini dihias dan direka mengikut kehendak dan keperluan tetamu.
Bangunan hotel ini merupakan sebahagian daripada sejarah Jalan Yang Kalsom / Jalan Hussein. Walaupun ianya telah diubah suai, pemilik hotel masih mengekalkan struktur dan seni bina ala tudor dan mengintegrasikan elemen moden ke dalamnya. Sayap baru bangunan ini juga dimuatkan dengan taman kecil yang menyediakan ruang santai yang selesa. Hotel ini juga mempunyai fasiliti seperti restoran, gimnasium, meja snuker,kafe internet, perpustakaan, bilik filem, spa, surau, kolam renang dan tempat untuk BBQ.
Travelland Hotel
Hotel Travelland adalah hotel murah di Ipoh yang terletak di bangunan 2 tingkat. Hotel ini dihias dengan warna putih digabungkan dengan warna natural seperti warna pokok dan warna tanah. Ianya memberikan efek tenang dan mendamaikan kepada tetamu yang menginap. Bilik-bilik di hotel ini juga dihias kemas dengan penggunaan perabot asas dan tidak serabut.
M Boutique Hotel Station 18
M Boutique Station 18 adalah salah satu hotel jaringan Hotel M Boutique selain daripada Hotel M Boutique Ipoh. Walau bagaimanapun, konsep dan persekitaran hotel ini berbeza dengan Hotel M Boutique Ipoh. Hotel ini membawakan konsep monochromatic jazz dan vintage. Reka bentuk luar menampilkan ratusan pintu kayu lama dilekatkan dari tingkat pertama hingga tingkat teratas hotel ini. Ruang bawah dan pintu masuk hotel pula dihias dengan cermin, lantai kayu dan lampu kandil logam besar yang memberikan suasana vintaj dan klasik. Ruang lobi dihias dengan sofa vintaj yang besar.
Bilik-bilik di hotel ini dihiasi dengan warna tunggal yang dominan. Lukisan berbingkai menampilkan pemain-pemain jazz terkenal masa lalu menghiasi dinding-dinding hotel. Untuk tetamu yang suka bergambar, setiap bahagian hotel ini secara literal menawarkan latar yang sesuai untuk berselfie.
Hotel bajet yang disenaraikan di atas ini memang sesuai untuk pengunjung yang mahukan kelainan dan suasana yang unik. Pilihan hotel yang tepat dapat menambahkan lagi keseronokan melancong. Anda juga boleh melihat destinasi lain yang menarik untuk bercuti di Malaysia di sini!
Leave a Reply