• Menu

Mari Menginap di 7 Hotel Murah Dan Menarik Di Ipoh

Home » Guide for Muslim Travellers » Mari Menginap di 7 Hotel Murah Dan Menarik Di Ipoh

Bukan sahaja warga Ipoh malahan mana yang berdekatan atau sekawasannya yang inginkan percutian ala staycation di hujung minggu. Anda boleh menginap di 7 hotel murah yang kami cadangkan di bawah ini. Rugi besar kalau tak cuba. Hotel – hotel ini menarik juga untuk dijadikan bahan Instagram korang semua. Banyak dekorasi ala hipster ataupun kartun yang comel. Jom tengok senarai hotel murah di Ipoh sekarang!

Hotel Nova

Hotel Nova bertemakan kartun dari siri animasi terkenal
Bilik hotel bertemakan siri animasi Mr Bean.

Hotel Nova adalah sebuah hotel bajet yang bertemakan kartun dari siri animasi terkenal. Kartun termasuk Doraemon, Smurf, Disney, Garfield, Kungfu Panda, Mario and Luigi, Mr Bean dan banyak lagi. Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa juga pasti berasa teruja untuk menginap di sini. Hotel ini juga ada memaparkan koleksi mainan anak patung untuk tatapan tetamu yang menginap.

Abby By the River

Abby by the River memaparkan pelbagai doodle di dinding hotel
Wall art di ruangan lobi.

Hotel ini memang menarik dan sesuai untuk semua golongan. Ianya menawarkan bilik standard untuk yang datang berdua, bilik keluarga dan bilik asrama yang boleh memuatkan 6 orang dalam satu masa. Dinding-dinding di hotel ini dipenuhi dengan lukisan-lukisan “doodle” yang comel dan unik. Persekitarannya juga sangat cantik. Tetamu yang suka selfie pasti teruja. Hotel ini mempunyai restoran atas bumbung, sesuai untuk tetamu bersantai dan minum kopi sambal menikmati pemandangan sekeliling. 

Restoran atas bumbung yang disediakan di Abby by the River
Restoran atas bumbung yang menawarkan pemandangan indah.

Hollywood Hotel

Hollywood Hotel dihiasi dengan tema filem
Pintu masuk Hollywood Hotel

Jika tetamu mahukan sesuatu yang unik. Hollywood Hotel ada jawapannya. Sesuai dengan namanya, hotel ini dihias dengan tema filem. Hotel ini dihiasi dengan poster-poster filem, lukisan tangan pelakon terkenal Audrey Hepburn, props dan peralatan filem.

Salah satu hiasan di Hollywood Hotel
Hiasan ala-ala set filem di Holywood Hotel

Tetamu tentunya akan teruja mengambil gambar di sekitar hotel ini. Hotel ini juga di cat dengan warna lembut dan gelap untuk memberi efek glamor dan artistik. Mungkin mereka dapat bermimpi bertemu bintang filem jika tidur di sini.

Cititel Express Ipoh

Cititel Express Ipoh menjanjikan perkhidmatan penginapan yang pintar, bersih dan simple. Ianya menawarkan 210 buah bilik moden dan praktikal pada harga yang berpatutan. Hotel ini dihias dengan warna seperti warna oren, merah jambu dan hijau pucuk pisang yang menjadikan persekitaran hotel kelihatan ceria.

Lobi Cititel Express
Lobi Cititel Express yang cukup bersih dan kemas.

Selain pemandangan sungai, hotel ini juga memahami kehendak generasi celik teknologi dengan menawarkan perkhidmatan wifi percuma dan bilik yang dilengkapi dengan TV LED 40 inci. Perkhidmatan video juga ditawarkan atas permintaan percuma dengan koleksi lebih dari 100 filem HD. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan ulang alik percuma yang berhenti di enam tempat tarikan pelancong. Antaranya stesyen Keretapi Ipoh, Bandar Lama Ipoh, Concubine Lane, Jalan Dim Sum, Ipoh Parade, Jalan Yau Tet Shin & Jalan Theatre.

Menu seharian juga disediakan dia Cititel Express
Restoran di Cititel Express.

Ritz Garden Hotel

Bilik hotel yang luas dan dilengkapi dengan keperluan tetamu
Salah satu bilik di Ritz Garden Hotel.

Hotel Ritz Garden adalah antara hotel yang sangat berbaloi. Bukan sahaja kerana perkhidmatan yang diberikan memang terbaik dan harga bilik yang ditawarkan agak murah. Suasana dan persekitaran hotel ini amat cantik dan menarik. Setiap bilik hotel di sini dihias dan direka mengikut kehendak dan keperluan tetamu.

Bilik yang luas untuk sekeluarga atau pasangan
Satu lagi bilik di Ritz Garden Hotel yang tentu memuaskan kehendak tetamu.

Bangunan hotel ini merupakan sebahagian daripada sejarah Jalan Yang Kalsom / Jalan Hussein. Walaupun ianya telah diubah suai, pemilik hotel masih mengekalkan struktur dan seni bina ala tudor dan mengintegrasikan elemen moden ke dalamnya. Sayap baru bangunan ini juga dimuatkan dengan taman kecil yang menyediakan ruang santai yang selesa. Hotel ini juga mempunyai fasiliti seperti restoran, gimnasium, meja snuker,kafe internet, perpustakaan, bilik filem, spa, surau, kolam renang dan tempat untuk BBQ.

Travelland Hotel

Lobi Travelland Hotel
Lobi Tavelland Hotel.

Hotel Travelland adalah hotel murah di Ipoh yang terletak di bangunan 2 tingkat. Hotel ini dihias dengan warna putih digabungkan dengan warna natural seperti warna pokok dan warna tanah. Ianya memberikan efek tenang dan mendamaikan kepada tetamu yang menginap. Bilik-bilik di hotel ini juga dihias kemas dengan penggunaan perabot asas dan tidak serabut.

M Boutique Hotel Station 18

Konsep monochromatic jazz dan vintage di hotel M Boutique Hotel Station 18
Konsep yang lain daripada lain di M Boutique Hotel Station 18.

M Boutique Station 18 adalah salah satu hotel jaringan Hotel M Boutique selain daripada Hotel M Boutique Ipoh. Walau bagaimanapun, konsep dan persekitaran hotel ini berbeza dengan Hotel M Boutique Ipoh. Hotel ini membawakan konsep monochromatic jazz dan vintage. Reka bentuk luar menampilkan ratusan pintu kayu lama dilekatkan dari tingkat pertama hingga tingkat teratas hotel ini. Ruang bawah dan pintu masuk hotel pula dihias dengan cermin, lantai kayu dan lampu kandil logam besar yang memberikan suasana vintaj dan klasik. Ruang lobi dihias dengan sofa vintaj yang besar.

Hallway di M Boutique Hotel Station 18
Suasana M Boutique Hotel Station 18.

Bilik-bilik di hotel ini dihiasi dengan warna tunggal yang dominan. Lukisan berbingkai menampilkan pemain-pemain jazz terkenal masa lalu menghiasi dinding-dinding hotel. Untuk tetamu yang suka bergambar, setiap bahagian hotel ini secara literal menawarkan latar yang sesuai untuk berselfie.

Hotel bajet yang disenaraikan di atas ini memang sesuai untuk pengunjung yang mahukan kelainan dan suasana yang unik. Pilihan hotel yang tepat dapat menambahkan lagi keseronokan melancong. Anda juga boleh melihat destinasi lain yang menarik untuk bercuti di Malaysia di sini!

Tempah pakej bersama Tripfez hari ini!

Leave a Reply