1. LUAR MUSIM MONSUN
Pertengahan tahun adalah waktu appalling ideal untuk ke pulau sebba waktu ini monsun telah tamat. Keadaan laut lebih selamat untuk dewasa dan anak-anak kecil. Bolehlah snorkeling tanpa risau kehadiran ombak!
2. AIR TENANG, CANTIK
Selepas waktu monsun, keadaan laut kurang bergelora. Kadar ombak juga berkurangan. Keadaan air sangat tenang, dan warna air laut lebih menyinari kebiruan berbanding dengan waktu lain! Confirm jatuh hati dengan pulau Malaysia kalau pergi dalam bulan Mac-Okt!
3. TIDAK MABUK
Ini penting bagi mereka yang kuat mabuk laut. Kalau naik bot, atas air yang tenang boleh elak rasa mabuk. Jadi, yang cepat mabuk, cepat rancang perjalanan anda bulan Mac ni ke pulau Malaysia!
4. SNORKELING YANG BERKUALITI
Kalau ke pulau, aktiviti wajib mestilah snorkeling! Dalam waktu ni, snorkeling paling best sebab ikan dan haiwan laut semua keluar sebab ketiadaan ombak. Kalau ombak tiada, senang diorang nak berenang cari makan.
5. PERSIAPAN OPERATOR TEMPATAN
Musim monsun adalah waktu persiapan dari pihak operator tempatan dalam menyediakan peralatan untuk aktiviti laut. Termasuk juga dengan persiapan barang-barang snorkeling, bot, sampan, jaket dan lain-lain. Keperluan akan dibaik pulih untuk menambahbaik kualiti pengalaman snorkeling untuk pelancong diluar sana!
Leave a Reply