Tahukah anda? Banyak aktiviti yang boleh dilakukan ketika musim panas di Turki. Musim panas di Turki tidak terlampau panas. Boleh baca fakta musim panas di turki di sini. Jom ketahui aktiviti-aktivti yang boleh dilakukan di Turki ketika musim panas!
1. Menaiki belon udara panas di Cappadocia
Cappadocia adalah salah satu destinasi menaiki balon udara panas yang terkemuka di dunia. Aktiviti ini bermula sejurus selepas matahari terbit, jadi pastikan korang bangun dan bersiap awal pagi untuk melihat pemandangan indah di Cappadocia.
2. Menunggang Kuda di Cappadocia
Selain aktiviti menaiki belon udara panas, kita juga boleh menaiki kuda dan bersiar-siar di sekitar lembah Cappadocia sambil menikmati pemandangan indah belon udara panas yang sedang terbang di atas langit!
3. Lawat kolam air panas, Pamukkale
Pamukkale ialah sebuah bandar di barat Turki yang terkenal dengan perairan terma yang kaya dengan mineral yang mengalir ke lembah yang curam. Disini, bolehlah kita rasai hot spring selepas penat satu hari berjalan.
4. Terokai Ephesus, Kusadasi
Waktu sesuai untuk pergi adalah pada hari yang cerah untuk menikmati pengalaman yang lebih tenang dan kurang sibuk di bandar purba yang menakjubkan ini.Kita hanya memerlukan kasut yang selesa, pakaian ringan, pelindung matahari, topi dan air yang mencukupi saja untuk menikmati tempat bersejarah ini!
5. Lawatan membeli-belah di Istanbul
Grand Bazaar ialah pasaran berbumbung terbesar di dunia yang menempatkan kira-kira 3,000 kedai dan meliputi 61 jalan besar. Disinilah kita boleh membeli cenderahati untuk kawan dan keluarga kita sepuas hati kita!
6. Jelajah Istanbul menaiki kapal Bosphorus
Jom pusing satu Istanbul dengan menaiki kapal kruis Bosphorus. Kruis ini membolehkan kita relaks sambil melihat pemandangan indah di sekitar Istanbul.
Jadi apa tunggu lagi? jom ke Turki dengan Pakej Premium Tripfez 9H7M. Kini harga bermula dari RM4990 sahaja (ALL-IN)
Leave a Reply