• Menu

Cara Lepas Imigresen Korea? Jom Baca Tip Ini!

Home » Guide for Muslim Travellers » Muslim Friendly Travel Tips » Cara Lepas Imigresen Korea? Jom Baca Tip Ini!

Tidak dinafikan bahawa Korea memang tempat percutian yang menarik untuk dilawati sepanjang tahun. Keindahan destinasi yang tidak dapat disangkal lagi sama ada pada musim panas, sejuk, luruh atau bunga semestinya menarik jutaan pengunjung saban tahun. Tiada siapa yang boleh menyangkal keindahan Pulau Nami yang terkenal dek demam drama Winter Sonata dan sehingga sekarang bahang dan impak drama ini masih lagi terasa! Namun, bayangkan impian dan perancangan anda bercuti di Korea tidak menjadi kenyataan dan anda terpaksa balik ke Malaysia pada hari yang sama selepas ketibaan di lapangan terbang Korea? 

Imigresen Korea
kredit: giphy

Terbaru banyak kes dilaporkan tentang rakyat Malaysia yang tidak lepas nak ke Korea seperti mana yang berlaku di Australia berkemungkinan disebabkan lambakan pekerja haram yang menggunakan visa pelancong untuk bekerja di sana. Visa pelancong hanya sah untuk 90 hari sahaja dan rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk bekerja di sana menggunakan visa pelancong sama sekali. 

Pelbagai persoalan mungkin akan ditanya setibanya anda di kaunter imigresen. Misalnya antara soalan yang terkenal ialah ‘berapa lama kamu akan tinggal di sini?’ ‘kamu akan tinggal di mana?’ ‘datang ke sini untuk apa?’ ‘berapa banyak duit yang kamu bawa?’ dan macam macam lagi. Sebab itu penting sekiranya travel dengan kawan-kawan (berkumpulan), satu geng kena prepare awal awal. Macam mana Cara Lepas Imigresen Korea? Jom Baca Tip Ini!

Cara lepas Imigresen Korea
kredit: giphy

Print Return Ticket

Benda pertama yang imigresen akan tengok adalah tiket pulang anda. Anda wajib ada tiket pulang tau, kalau anda hanya ada tiket pergi sahaja memang confirm mereka tak akan lepaskan. Jadi janganlah buat kerja gila beli tiket pergi sahaja dan nak beli tiket pulang nanti waktu di sana. 

Simpan ‘Hard Copy’ Itinerari

Selain tiket pulang, itinerari juga penting. Jangan hanya simpan dalam telefon pintar sahaja tau. Kalau boleh bawa 1 folder setiap seorang untuk simpan semua dokumen penting. Gunakan Google Maps untuk cari nombor pengangkutan awam seperti bas atau kereta api. Berikan jadual perjalanan pengangkutan juga. Anda juga boleh muat turun aplikasi subway di sana untuk tengok jadual train dan mengetahui perhentian anda di stesen yang mana.

Jangan lupa untuk cetak segala booking invois seperti tempahan hotel ataupun Airbnb. Tunjukkan alamat tempat yang bakal anda tinggal berserta nombor telefon pemilik tempat tersebut. Anda boleh tuliskan juga makanan yang anda bawa seperti mi segera, panadol, dan lain lain.

Confident dan Kemas

Confident berdepan dengan Imigresen Korea
kredit: giphy

Selain itu, tips cara lepas imigresen Korea, pakai coat confident anda! Lagi-lagi sekiranya anda kena soal. Barulah pihak imigresen akan yakin dengan anda. Orang di sana sememangnya menitik beratkan penampilan jadi pastikan pakaian yang dipakai haruslah kemas. Kemas bukan bermaksud kena pakai formal, tapi cukup sekadar pakaian kasual tapi rapi dan nampak ‘smart’.  

Passport Kena Lebih 6 Bulan

Bagi yang ingin ke Korea atau ke mana-mana sahaja, untuk lebih selamat sila pastikan passport anda lebih dari 6 bulan sebelum tamat tempoh. Kalau tak, kami cadangkan supaya anda renew sahaja untuk elak sebarang masalah. Tambahan lagi, proses memperbaharui passport kini juga lebih mudah dan boleh dibuat atas talian (online sahaja). Anda boleh lawati laman web Jabatan Imigresen di sini

Bawa ‘Cash’ Yang Mencukupi

Semak duit di Imigresen Korea
kredit: giphy

Kadangkala, pihak imigresen akan semak berapa banyak wang tunai yang anda bawa ke sana. Kemungkinan anda ditahan pihak imigresen adalah lebih tinggi sekiranya anda bawa jumlah ‘cash’ yang terlalu rendah. Misalnya, untuk tempoh 5 hari tetapi anda cuma bawa KRW 150,000 (RM500) wang tunai (terlalu sedikit).

Kadang-kadang juga, imigresen akan minta anda untuk tunjukkan jumlah wang dalam akaun bank anda, jadi pastikan ada duit di dalamnya. Jangan lupa untuk semak mata-wang di bank negara sebelum berlepas ke Korea.

Jom Jalan Ke Korea Bersama Tripfez

Insya-Allah dengan tip-tip dari kami ini dapat membantu semua yang teringin ke Korea. Lebih mudah, anda boleh tempah pakej percutian ke Korea bersama Tripez. Tak perlu peningkan kepala, kan?

Tempah Pakej Korea Dengan Makanan Halal

Leave a Reply