• Menu
cara-mohon-passport-online

CARA MOHON PASSPORT ONLINE

Home » Guide for Muslim Travellers » CARA MOHON PASSPORT ONLINE

5 LANGKAH MUDAH UNTUK MEMPERBAHARUI PASSPORT MALAYSIA ANDA MELALUI ATAS TALIAN

Semenjak sempadan negara kita sudah buka, ramai warga Malaysia sudah keluar dari Malaysia untuk bercuti mahupun untuk hal kerja. Ada juga ramai warga Malaysia mencari pakej percutian di agen travel agensi seperti Tripfez Travel. Kebanyakkan negara memerlukan passport yang masih belum tamat tempoh dan jika sudah tamat tempoh, kita harus memperbaharui passport kita. Mulai 11 Mei 2022, pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) adalah secara atas talian MyOnline Pasport sahaja (Facebook Jabatan Imigresen Malaysia)

  • cara-renew-passport-malaysia
  • cara-renew-passport-malaysia
  • cara-renew-passport-malaysia

Pemohon yang dibenarkan Walk-in:

  • Permohonan kali pertama
  • Passport hilang / rosak
  • Pemohon warga emas (60 tahun ke atas)
  • Pemohon OKU
  • Kanak-kanak (13 tahun ke bawah)
  • Jemaah haji
  • Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara (21 tahun ke bawah)

Selain itu, Sistem Temujanji Online (STO) bagi semua pejabat pengeluar pasport di seluruh negara juga telah dimansuhkan berkuat kuasa 11 Mei 2022. Pemohon yang telah menerima tarikh temu janji melalui STO mulai tarikh tersebut tidak akan diguna pakai.

Tambahan, pemohon yang mempunyai masalah cap jari masih boleh meneruskan permohonan sehingga proses bayaran dan pemohon boleh hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan semula cap jari.

Kelulusan menerusi MyOnline Pasport boleh diperoleh dalam tempoh tiga (3) hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada e-mel dan pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut.

Jom lihat bawah dan kami akan mengajar anda cara paling mudah untuk memperbaharui passport anda melalui online Bersama Tripfez Travel.

Langkah 1:

Layari ke https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport . Sila baca Terma syarat dan klik pada bahagian “Setuju” (I Agree) apabila sudah membaca.

Langkah 2:

Masukkan maklumat peribadi anda dan pilih pejabat imigresen terdekat sebagai tempat untuk mengambil passport baharu anda.

Langkah 3:

Memuat naik gambar passport anda di laman web imigresen.

  • Saiz gambar haruslah berukuran: 50mm x 35mm
  • Latar belakang gambar mestilah berwarna: PUTIH
  • Digalakkan untuk memakai pakaian berwarna: GELAP
  • Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna: GELAP ( tidak boleh menutup muka.)
  • Dilarang untuk memakai: cermin mata, kanta lekap berwarna dan aksesori di atas kepala.
  • Gambar yang dimuat naik haruslah dalam bentuk softcopy yang diambil di kedai professional.
  • Dilarang untuk memakai gambar polaroid.

Langkah 4:

Pastikan maklumat anda yang telah diisi semuanya adalah betul. Jika sudah siap, anda boleh meneruskan pembayaran secara atas talian.
Harga pembayaran passport mengikut umur:

  • Dewasa umur 13-59 tahun (5 tahun: RM200)
  • Warga emas umur 60 tahun dan ke atas (5 tahun: RM100)

Langkah 5:

Report: Immigration Dept extends office hours as border reopening drives  passport demand | Malaysia | Malay Mail

Sila ambil passport anda di pejabat imigresen yang anda sudah pilih.

*Jangan lupa untuk bawa bersama cetakan resit, passport tamat tempoh and kad pengenalan anda.

Maklumat Lanjut: https://www.imi.gov.my/portal2017/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa.html

Berminat untuk melancong ke luar negara dan menunaikan umrah tahun ini? Hubungi kami untuk pakej terkini dan ikuti kami di social media sekarang bagi perkembangan terkini tentang pakej dan informasi terkini.



HUBUNGI KAMI

Tripfez Travel
A11-02B, Empire Office Tower
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia

Google Map – Office Tripfez Travel
Email : [email protected]

Leave a Reply