• Menu
hagia sophia

6 FAKTA MENARIK HAGIA SOPHIA

Hagia Sophia: Gereja, Masjid atau Museum?

hagia sophia

Hagia Sophia merupakan salah satu tarikan pelancong di Turki dan mempunyai sejarah tersendiri. Ada yang mengatakan Hagia Sophia merupakan sebuah gereja dan ada yang mengatakan bahawa Hagia Sophia adalah sebuah masjid.

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari kita lihat fakta menarik tentang Hagia Sophia Bersama Tripfez!

hagia sophia turki tripfez
Pakej Turki Musim Panas

1.Diiktiraf sebagai masjid pada tahun 2020

dailysabah.com

Pada hari Jumaat, bertarikh 10 Julai 2020, presiden Turki iaitu Recep Tayyip Erdogen secara rasminya telah mengumumkan Hagia Sophia menjadi sebuah masjid dari museum. Selepas 88 tahun, Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turki mengadakan solat tarawih yang pertama semalam.Ribuan jemaah hadir untuk mengambil bahagian dalam detik bersejarah itu pada malam pertama bulan Ramadan.

2.Mempunyai Nama Yang Pelbagai

pakej turki murah

Ramai mengenali nama masjid adalah Hagia Sophia secara umumnya. Selain itu, nama Hagia Sophia dalam Bahasa Latin adalah Sophia atau Sancta Sapientia atau bijaksana dan suci. Semasa ia menjadi sebuah gereja, kaum Kristen telah memanggilnya Gereja Hagia Sophia dan kini telah dikenali sebagai Masjid Agung Ayasofya.

 3. Bangunan Perpaduan Dua Agama

al-monitor.com

Hagia Sophia pernah menjadi gereja bagi beragama Kristen Byzantium, Yunani Ortodoks dan Katolik Roma. Selain itu, pada zaman Uthmaniyah, Hagia Sophia dijadikan sebagai masjid dan kemudian bermula tahun 2020 sehingga kini ia diiktiraf kembali sebagai sebuah masjid. Maka tidak hairanlah apabila kita memasuki ke dalam bangunan tersebut mempunyai tulisan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, serta mosaic Ibu Maria dan Jesus.

4. Pernah Menjadi Gereja bagi Beragama Kristen Byzantium dan Katolik

Bermula pada tahun 537, Hagia Sophia menjadi sebuah gereja besar untuk beragama Kristen Byzantium, Kristen Yunani Ortodoks dan Katolik Roma.

5. Senibina Hagia Sophia menjadi inspirasi bagi masjid lain di Turki

Source: Langkasa

Bagi yang sudah melihat atau sudah melawat masjid di Turki, kebanyakkan masjid di Turki senibina lebih kurang sama dengan Hagia Sophia. Salah satu masjid terkenal mempunyai mirip sama dengan Hagia Sophia iaitu Masjid Biru atau Blue Mosque. Bukan setakat itu saja, masjid lain turut mengambil ilham dari Hagia Sophia iaitu Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye, Masjid Rustem Pasha, dan Masjid Kilic Ali Pasha.

6. Hagia Sophia adalah warisan UNESCO

Hagia Sophia telah disenaraikan sebagai warisan UNESCO pada tahun 1985 dan menjadi sebuah tarikan pelancong paling popular pada tahun 2019 dengan sebanyak 3.8 juta pelawat.

Menarik bukan? Jom ikuti pakej Turki bersama Tripfez untuk merasai suasana berada di dalam Hagia Sophia dan masjid-masjid lain juga!

Leave a Reply