• Menu

5 Fakta Menarik Tentang Terowong Cu Chi di Vietnam

Home » Guide for Muslim Travellers » 5 Fakta Menarik Tentang Terowong Cu Chi di Vietnam

Apabila anda merancang untuk  melancong ke negara Vietnam, salah satu destinasi menarik yang dan penuh sejarah yang perlu anda lawati ialah Terowong Cu Chi! Terowong ini terletak sekitar 50 kilometer daripada bandar Ho Chi Minh dan dibina pada pertengahan 1960-an. Terowong bawah tanah ini telah menjadi saksi bisu kepada detik-detik paling gelap dalam sejarah peperangan Vietnam yang telah mengorbankan ratusan ribu orang. Jom kita lihat 5 fakta menarik dan bersejarah tentang Terowong Cu Chi ini!

1. Terowong Cu Chi Dibina Oleh Askar Viet Cong

askar viet cong
kredit: @vietnam_syndrome

Terowong ini menjadi tempat perlindungan utama bagi pasukan gerila Viet Cong yang berkefahaman komunis semasa usaha mengusir penjajah Amerika Syarikat dari Vietnam untuk menyatukan Vietnam Utara dan Selatan menjadi negara komunis. Setiap hari askar Viet Cong menghabiskan masa di bawah tanah untuk menggali terowong ini. Panjangnya dikatakan melebihi 250 kilometer pada tahun 1967 namun kebanyakannya sudah dimusnahkan oleh tentera Amerika Syarikat.

perang vietnam
kredit: @vietnam_syndrome

Kini, hanya 120 kilometer dari terowong ini yang masih tinggal di sana. Selain bertindak sebagai tempat persembunyian, terowong ini juga digunakan sebagai tempat penyimpanan makanan, berek senjata dan hospital bagi memberi bantuan kecemasan kepada askar yang tercedera.

2. Sukar Ditemui Dengan Pintu Masuk Yang Sangat Kecil

Proses penggalian terowong ini dilakukan pada waktu malam bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan oleh pihak musuh. Kaum lelaki dan wanita berkerjasama dengan hanya menggunakan tangan dan peralatan tradisional untuk mengorek terowong ini. Tanah dan batu-batu yang dikorek akan dibawa keluar daripada terowong dengan menggunakan bakul buluh atau beg plastik.

terowong cu chi
kredit: @evrdiaries

Mengapa ia sukar ditemui? Ini kerana tanah dan batuan yang telah dikorek daripada terowong ini dibuang jauh daripada kawasan terowong. Ia bertujuan bagi mengelakkan usaha pembinaan terowong ini daripada dikesan. Pada mulanya, terowong ini dibina berdekatan dengan permukaan tanah tapi ianya mudah musnah akibat serangan bom yang bertubi-tubi. Akibatnya, pihak Viet Cong mengubah strategi mereka dan membuat keputusan untuk menggali lebih dalam bagi mengelakkan lebih banyak kemusnahan.

pintu masuk terowong cu chi
kredit: @krisondmove

Selain itu, kebanyakan pintu masuk terowong ini sangat kecil dan hanya dapat diakses oleh orang Vietnam yang bertubuh kecil. Strategi ini amat berkesan dan menyebabkan pihak Amerika Syarikat sukar menemui terowong ini. Selain saiz yang kecil, semua jejak pintu masuk terowong ini disorok rapi oleh rumput atau pepohon seolah-olah tidak ada apa-apa di situ.

3. Memiliki Pelbagai Kemudahan

terowong cu chi vietnam
kredit: @asahitravel

Hidup di bawah tanah semamangnya tidak mudah. Selain ancaman dari pihak Amerika Syarikat, orang Vietnam juga diancam bahaya gigitan ular dan nyamuk yang boleh menyebabkan jangkitan Malaria. Namun begitu, kerana jaringan terowong ini amat besar dan panjang, ia turut menempatkan pelbagai kemudahan seperti dapur, tandas, hospital, bilik asrama, bengkel dan bilik mesyuarat. Dalam erti kata lain, segala keperluan untuk hidup selama beberapa hari dalam terowong tersebut boleh diperolehi di dalam jaringan terowong ini.

Jaringan terowong cu chi
kredit: @vietnam_syndrome

Jaringan Terowong Cu Chicterbahagi kepada 4 lapisan mengikut kedalaman. Terowong yang berada paling dekat dengan permukaan tanah dijadikan sebagai perangkap. Lapisan di bawahnya iaitu lapisan kedua pula berfungsi sebagai dapur dan tempat penginapan.

perangkap terowong cu chi
kredit: @adventureredifined

Lapisan ketiga pula digunakan sebagai kawasan selamat daripada serangan bom dan menempatkan hospital, ruang penyimpanan senjata dan kawasan sambungan ke bahagian terowong yang lain. Sementara itu, lapisan terakhir iaitu pada kedalaman 8 hingga 10 meter memiliki perigi air yang menjadi sumber minuman serta laluan alternatif ke Sungai Saigon ketika air surut. Bijak bukan?

4. Usaha Amerika Memusnahkannya

Memandangkan fungsi terowong ini amatlah penting kepada askar Viet Cong semasa perang Vietnam terutamanya sebagai pusat gerakan gerila mereka, tentera Amerika Syarikat bertindak melancarkan beberapa operasi khas semata-mata untuk memusnahkannya. Antara operasi yang terkenal termasuk Operation Crimp dan Operation Cedar Falls

operasi crimp di vietnam
kredit: @frequentwind1975

Operation Crimp merupakan usaha pengeboman daripada udara. Ia akhirnya gagal kerana laluan masuk yang terlalu kecil menyebabkan bom yang jatuh tidak dapat memusnahkan keseluruhan laluan terowong itu. Selain itu, mereka juga cuba menjatuhkan gas beracun dan air panas ke dalam terowong tersebut. Usaha ini turut gagal kerana sistem pengudaraan yang terowong yang sangat baik dan terdapat banyak pintu perangkap yang dijadikan sebagai dummy entrance bagi mengelirukan musuh.

operasi cedar falls di terowong cu chi
kredit: @themilitarysocialworker

Operation Cedar Falls pula menggunakan strategi dimana tentera Amerika bertindak melatih askar muda seusia 16 hingga 19 tahun kerana saiz badan mereka yang masih kecil. Mereka diarahkan untuk masuk ke dalam terowong ini bagi memusnahkan bunker Viet Chong ini. Askar-askar muda ini turut digelar tunnel rats disebabkan tugasan mereka itu.

5. Tempat Tarikan Pelancong

Setelah perang berakhir pada tahun 1973, Cu Chi Tunnel telah menjadi salah satu tempat pelancongan yang paling menarik di Vietnam. Ramai pelancong asing tertarik untuk masuk ke dalam lubang sempit dan merasai sendiri pengalaman berada di dalam terowong bawah tanah ini.

terowong cu chi
kredit: @manami.takano.9

Jika anda berpeluang ke sana, anda juga dapat tahu lebih lanjut tentang teknik perang gerila orang Vietnam satu ketika dahulu, cara mereka masak di bawah tanah, cara kehidupan Viet Cong di dalam terowong, dan cara mereka membuat pelbagai jenis perangkap untuk mengelakkan dari serangan musuh. Anda juga berpeluang merasa menu kentang manis rebus berlaukkan gula dan kacang tanah yang menjadi menu utama orang Vietnam pada waktu itu.

muslim tour vietnam
kredit: @losethetie

Menarik bukan? Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan serta sejarah lalu yang boleh dipelajari di sana. Buat peminat sejarah perang lampau, pastikan anda masukkan Terowong Cu Chi ini dalam #BucketList travel anda!

Tempah Pakej Vietnam Mesra Muslim

Leave a Reply