• Menu

Kembara 8H7M Naik Grand Train di Switzerland (Muslim Friendly)

Home » Guide for Muslim Travellers » Kembara 8H7M Naik Grand Train di Switzerland (Muslim Friendly)

Pernahkah anda ingin merasai pengalaman menaiki keretapi menelusuri lembah Switzerland yang penuh dengan pemandangan gunung-ganang, perkampungan indah, dan glasier sebagai latar belakang? Di samping pelbagai pemandangan alam semula jadi yang memukau, anda juga berpeluang untuk singgah di beberapa tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan. Jom kita lihat apa yang anda boleh lakukan semasa menaiki Grand Train di Switzerland!

Lokasi-lokasi menarik untuk dikunjungi

Antara tarikan utama yang wajib anda terokai adalah Kota Interlaken, Montreuz dan St Moritz yang penuh dengan sejarah dan budaya. Anda akan dibawa ke kota-kota ini dengan hanya menaiki keretapi sahaja sambil bersantai menikmati pemandangan panroama yang menakjubkan dari dalam kereta api.

Jenis Keretapi Yang Akan Dinaiki?

Terdapat tiga pengalaman keretapi yang anda perlu naiki untuk sampai ke kota-kota di gunung ini iaitu Golden Pass, Glacier Express dan Bernina Express. Tapi sebelum itu anda perlu ke Geneva dulu untuk memulakan perjalanan 8 hari 7 malam ini.

Geneva

Grand Train Switzerland Itinerari
kredit: @realsunny_a

Setibanya disana, anda boleh bertolak ke Montreux dengan menaiki kereta api yang boleh diakses langsung dari Lapangan Terbang Geneva. Anda dinasihatkan untuk bermalam di sana dan pergi melawat Chateau de Chillon yang terkenal pada keesokan harinya.

Istana yang dibina atas air ini merupakan bangunan bersejarah yang menerima bilangan pengunjung paling ramai di Switzerland!

Pemandangan indah Chateau de Chillon
kredit: belihina_kristy
Naik Grand Train Switzerland Untuk Melihat Chillon Castle
kredit: @sky90179
Chillon Castle
kredit: @noberson

Kemudian, anda boleh bertolak ke puncak Rochers-de-Naye dengan menaiki kereta api kog iaitu sebuah gunung yang terletak di Alps Switzerland yang popular dengan pemandangan unik Lake Geneva dan Alps. 

Pemandangan Indah ke Roches de Naye
kredit: @justmovedtoswitzerland
Montreux Train Station
kredit: @bengi12

Tempoh perjalanan kereta api Cog dari stesen Montreux ke puncak hanya mengambil masa 54 minit dan akan melalui stesen Glion dan Caux. Jangan lupa untuk melawat beberapa tarikan lain di sana seperti Taman Alpine “La Rambertia”, koloni marmot atau memanjat gua Grottes de Naye.

Mendaki di Switzerland
kredit: @hannahhobbsphysio

Interlaken

Pada hari ketiga, teruskan perjalanan keretapi dengan Golden Pass dari Montreux ke Interlaken. Anda boleh bersantai dan berehat sepanjang perjalanan sambil menelusuri ladang-ladang anggur dan lain-lain semasa dalam perjalanan.  Memang best dan romantik!

Pemandangan Interlaken dapat dinikmati dengan menaiki Grand Train Switzerland
Pemandangan indah tasik di Interlaken
kredit: @bellemavie_hj

Terletak di antara Tasik Thun dan Tasik Brienz, lokasi ini menawarkan pemandangan Alpen yang mengujakan. Dianggap sebagai salah satu ibu kota yang paling cantik dunia, ia dikelilingi oleh beberapa gunung tertinggi Alps termasuk Eiger, Monch dan Jungfrau.

Extreme Sport in Switzerland
kredit: @dannyblackphotography
Grand Train Switzerland
kredit: @hyungjungkimm

Pelbagai sukan ekstrem boleh dilakukan di sini seperti paragliding dan skydiving. Anda perlu sekurang-kurangnya tiga hari untuk menikmati lebih banyak aktiviti di sana.

Pastikan anda melawat Jungfraujoch iaitu stesen kereta api tertinggi di Eropah semasa di sana! Pengalaman menikmati pemandangan glasier Aletsch yang merupakan terpanjang di Alps juga sememangnya tak akan dilupakan. Ia juga tersenarai sebagai satu tapak Warisan Dunia UNESCO.

St. Moritz

Bernina Express to St Moritz
kredit: @saraareniello

Pada hari ke-enam kembara Grand Train Switzerland ini, anda akan menaiki Glacier Express dari Interlaken ke St Moritz dan bermalam di sana. Mengapa harus ke St Moritz? Kerana dari sini anda dapat menaiki kereta api Bernina Express yang terkenal itu.

Grand Train Switzerland View
kredit: @jithin_jose
Bernina Express Switzerland

Bernina Express akan memberikan perjalanan kereta api melalui glaser yang besar sambil melepasi titik tertinggi pada 2,253 meter sebelum merentasi pepohon palma dan Oleander di perkampungan gunung Tirano di Itali.

Perjalanan Grand Train Switzerland
kredit: @flashnfun_fotografie

Dan akhirnya hari ke-lapan setelah tiga jenis pengalaman menaiki kereta api, anda akan bersiap untuk berangkat pulang ke Malaysia. Pelbagai kenangan manis pasti menemani anda dan sekiranya ingin perjalanan seperti ini yang padat dan mengujakan, anda bolehlah cuba pakej Grand Train Switzerland yang ditawarkan Tripfez!

Tempah Percutian Mesra Muslim Ke Switzerland!

Kurang gemar dengan cuaca sejuk? Terbang ke Dubai dan alami iklim berbeza di Dessert Safari dengan pelbagai aktiviti menarik seperti menunggang unta. Juga nikmati makam malam di bawah cahaya bulan ala nomad Bedouin di sana. Atau lawati Kenya untuk menyaksikan migrasi safari tahunan untuk pengalaman yang lebih ‘liar’!

Leave a Reply