• Menu

9 Hotel Yang Mesra Kanak-kanak Di Penang Yang Best Untuk Bawa Keluarga

Home » Guide for Muslim Travellers » 9 Hotel Yang Mesra Kanak-kanak Di Penang Yang Best Untuk Bawa Keluarga

Pasti pening nak fikirkan mana tempat yang sesuai untuk bawa keluarga dan dahlah tu, cuti pun tinggal beberapa hari je lagi. Jadi hujung minggu je lah sesuai untuk bawak keluarga beriadah dan bersuka ria! Di sini kami kongsikan beberapa hotel di Penang yang mesra kanak-kanak dan amat sesuai untuk percutian keluarga.

HOLIDAY INN, BATU FERINGGHI

Holiday Inn dari pandangan mata burung

Holiday Inn menarik kerana lokasinya dekat dengan pantai dan pasar malam Batu Feringghi. Boleh jalan kaki je dari sini. Selain itu, di sini ada kolam renang dan ada disediakan taman tema air atau mini waterpark khas untuk kanak-kanak. Ada juga playground dan kids club yang boleh diakses oleh penghuni hotel.

Anggaran Harga Bilik: Bermula RM250/malam

Kid Suite yang terdapat di hotel Holiday Inn, Penang yang mesra untuk kanak-kanak

DOUBLE TREE HILTON, BATU FERINGGHI

Suasana Double Tree Hilton di Batu Feringghi

Satu lagi hotel yang terletak di Batu Feringghi, Double Tree Hilton adalah jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Kalau dengar nama tu rasa macam mahal je kan? Tapi kalau nak ikutkan, harganya boleh tahan dan berbaloi dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di sini.

Kid's Club yang disediakan dia Double Tree Penang yang juga mesra untuk kanak-kanak

Di sini pun bukan hanya ada kolam renang, malah lengkap dengan kemudahan gelongsor dan mini water park juga disediakan. Kemudahan Kid’s Club juga antara tarikan ibu bapa yang membawa anak-anak kecil ke sini. Pada hari tertentu, anak-anak boleh menyertai aktiviti yang dikendalikan oleh staf hotel di ruangan yang selesa dan ceria khas buat mereka ini.

Anggaran Harga Bilik: Bermula RM215/malam

GOLDEN SANDS RESORT

Golden Sands Resort yang menghadap pantai

Golden Sands Resort ni antara hotel yang paling disukai oleh ibu ayah yang bercadang nak relaks dan malas nak keluar-keluar lagi. Walaupun sedikit mahal, tapi memudahkan sebab semua dah ada dekat dalam ni. Memang puas budak-budak main! Tarikan utama di Golden Sands ni tentulah Adventure Zone, iaitu sebuah kawasan indoor playground yang agak luas dan terkenal dengan giant slide mereka.

Adventure Zone ini juga dibuka bagi pengunjung yang tak bermalam di Golden Sands Resort. Cumanya kalau bermalam di sini, dapatlah special rate untuk tiket masuk tu. Selain Adventure Zone ni, ada juga Splash Zone, iaitu kawasan taman tema air yang menyeronokkan.

Anggaran Harga Bilik: RM370/malam

GRAND ORIENT HOTEL, PERAI

Suasana Grand Orient Hotel dari luar

Antara hotel yang baru viral juga baru-baru ini adalah Grand Orient Hotel yang terletak di Perai ini. Apa yang menariknya, di hotel ini terdapat in-house waterpark yang menjadi tarikan ramai, terutamanya orang tempatan tau pelawat yang malas nak bersesak di bandar Georgetown atau Batu Feringghi.

Kolam renang yang unik bersama gelongsor yang memuaskan

Walaupun tak terletak di pulau, lokasinya tak kurang strategik juga sebab dekat dengan highway dan Jambatan Pulau Pinang. Rekabentuk hotel yang futuristik dan moden turut menjadikannya pilihan ramai untuk bermalam di sini!

Anggaran Harga Bilik: Bermula RM159/malam beserta tiket masuk ke waterpark

BAYVIEW BEACH RESORT, BATU FERINGGHI

Kawasan permainan yang mesra untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah

Memang banyak hotel area Batu Feringghi ni. Bayview ni pun salah satunya yang dekat-dekat sama cirinya dengan Holiday Inn dan Double Tree. Harga dan kos pun ok, sebab ianya tak begitu mahal. Semua kemudahan yang anak-anak suka pun ada, contohnya kolam renang kanak-kanak, mini water play area, dan kids play room. Dah puas berendam dekat pool, boleh pergi ke pantai jugak!

Anggaran Harga Bilik: Bermula RM280/malam

HARD ROCK HOTEL, BATU FERINGGHI

Kolam renang Hard Rock hotel yang lengkap dengan kemudahan

Uniknya di Hard Rock Hotel ni, ibu ayah juga boleh tempah Roxity Kids Suite, iaitu bilik khas dengan katil dan hiasan untuk anak-anak. Kalau mak ayah ada bawa anak remaja yang dah besar sikit, dekat sini disediakan juga jenis entertainment yang lebih ‘teenagers’ gitu.

BIlik yang disediakan untuk mengisi kebosanan kanak-kanak

Selain Children’s Club, di sini ada juga Teen’s Club yang menyediakan permainan Foosball, Pool, PlayStation atau Wii. Dengar kata kolam renangnya pun unik sebab boleh dengar lagu masa menyelam dalam air tu! Wow, tu admin pun teringin nak cuba!

Anggaran Harga Bilik: Bermula RM360/malam

LEXIS SUITES PENANG, BAYAN LEPAS

Hotel Lexis Suites dari luar

Ingat Lexis ada dekat PD je ke? Dekat Penang pun ada tau hotel yang mesra kanak-kanak. Dan….harganya jauh lebih murah untuk bilik yang ada private pool tu! Jadi tak payah susah-susah nak turun ke bawah, nak bawa baju, tuala semua. Baju pun boleh pakai apa-apa baju yang selesa ikut kita.

Kawasan permainan yang mesra untuk kanak-kanak

Mungkin sekarang ni mereka tengah buat promosi, so boleh dapat harga RM380/malam untuk bilik yang ada private pool. Nanti bila-bila harganya naik pulak tak tahulah kan. Apapun, untuk harga ni memang berbaloi sangat sebab biliknya sangat luas, dengan 2 katil King Size tu!

Anggaran Harga Bilik: Bermula RM380/malam

Salah satu suite di Lexis Suites Penang

FLAMINGO BY THE BEACH, TANJUNG BUNGAH

Flamingo by the Beach berdekatan dengan pantai

Satu lagi hotel menarik yang berdekatan pantai ini juga menawarkan harga yang rendah dan ‘mesra poket’ atau dalam bahasa Inggerisnya “pocket-friendly”.

Lokasinya terletak di Tanjung Bungah dan tarikan terdekat yang boleh anda pergi di sini bersama keluarga adalah Toy Museum dan Bukit Bendera. Selain mempunyai kolam renang dan taman permainan, ia juga mempunyai kids club atau indoor play area untuk kanak-kanak. Rasa nak jalan-jalan hirup udara segar, boleh turun ke pantai yang dekat je tepi tu.
Anggaran Harga Bilik: Bermula RM180/malam

GURNEY RESORT HOTEL & RESIDENCE

Kolam renang di Gurney hotel & residence

Bagi yang sukakan kemudahan yang dekat dengan bandar, bolehlah bawa anak-anak menginap di Gurney Resort Hotel ni. Apa yang menariknya ialah lokasinya yang berdekatan dengan mall, iaitu Gurney Plaza. Lagi satu yang best, dari hotel ni boleh pergi ke Persiaran Gurney yang ada banyak street food yang best dan sedap tau. Untuk anak-anak, ada kemudahan kolam renang untuk anak beserta sedikit water play area dan gelongsor. 

Anggaran Harga Bilik: Bermula RM150/malam

Water play area dan gelongsor yang disediakan

Sekarang anda dah tahu hotel mana yang seronok untuk anak-anak, bolehlah mama papa buat pilihan bila nak bercuti ke Penang! Seeloknya tempah la awal-awal sebelum penuh! Maklumlah, Penang ni antara destinasi percutian yang popular bukan saja di kalangan orang Malaysia, malah orang dari serata dunia pun berduyun-duyun datang ke sini terutamanya waktu cuti hujung tahun nanti.

Apa kata anda? Okay tak senarai ni? Hotel di Penang yang mesra kanak-kanak dan pasti membuat para ibu bapa kurang serabut dengan memikirkan aktiviti untuk hilangkan bosan. Kami menyediakan banyak lagi artikel seperti ini, boleh baca semuanya di sini!

Tempah percutian anda bersama Tripfez!

Leave a Reply