• Menu

Inilah 7 Hotel Yang Ada ‘Private Pool’ di Kuala Lumpur!

Home » Guide for Muslim Travellers » Inilah 7 Hotel Yang Ada ‘Private Pool’ di Kuala Lumpur!

Teringin nak bersantai di pool tetapi cuti pun dah habis dan hanya free ketika hujung minggu atau weekend? Korang tahu tak ada kolam renang peribadi atau private pool yang mesra kanak-kanak di Kuala Lumpur? Dekat je so boleh lah pergi hujung minggu nanti! Terdapat banyak pilihan penginapan yang dilengkapi dengan kolam renang samada indoors atau outdoors. Para pelancong juga boleh menikmati pemandangan ibu kota tanpa sebarang gangguan sambil bersantai di kolam renang. Jom tengok 7 hotel yang ada private pool di Kuala Lumpur!

Grand Hyatt Kuala Lumpur

Air pancut di pintu masuk Hotel Grand Hyatt

Hotel ini mempunyai dekorasi yang futuristik untuk mereka yang mempunyai cita rasa yang unik dan tinggi. Grand Hyatt Kuala Lumpur terletak di dalam lingkungan Golden Triangle. Disini, mercu tanda terkenal di Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas dan KLCC boleh diakses dengan hanya berjalan kaki! Selain itu, pusat membeli belah Pavilion KL juga boleh dilawati melalui laluan jambatan berbumbung yang bersambung dari hotel ini. Anda tidak perlu risaukan isu kualiti kerana hotel ini menawarkan kemudahan yang mantap seperti:

  • Gym 24 jam yang dilengkapi pelatih peribadi
  • Akses Internet bersama skrin LCD
  • Essa Spa untuk sesi rehat dan rawat
  • Jakuzi, bilik stim dan sauna

Aloft Kuala Lumpur Sentral

Bagi yang mengenali jenama Starwoods Aloft, salah satu versinya ada di Kuala Lumpur dan hotel ini adalah pilihan yang sangat sesuai untuk pelancong yang berjiwa muda. Persekitaran dan dekorasi di hotel ini bertujuan untuk mempesona deria anda dengan penggunaan warna yang menonjol, dipadankan bersama tiang-tiang tembaga dan perak yang berkilauan. Sememangnya satu pemandangan yang memukau!

Salah satu suite di Grand Hyatt

Hotel ini menawarkan kemudahan yang praktikal seperti kolam renang infiniti di kawasan bumbung. Selain itu, terdapat juga sebuah restoran di bahagian dalam yang lapang dan diterangi dengan lampu-lampu berkelipan. Tujuan dekorasi hotel ini adalah untuk melambangkan gaya taman di lapangan terbang serta dilengkapi dengan gerai-gerai kecil yang terletak di atas replika rumput hijau.

Impiana KLCC Hotel

Impiana KLCC adalah tempat penginapan yang sesuai bagi yang inginkan suasana ala-ala Las Vegas. Dengan bangunan 25 tingkat yang diterangi cahaya neon menerangi hati Kuala Lumpur, hotel ini adalah pilihan yang terbaik bagi pelancong yang gemarkan kawasan yang pesat dengan pembangunan. Impiana KLCC juga dilengkapi dengan jambatan pejalan kaki yang berhubung dengan pusat membeli-belah Suria KLCC dan KLCC.

Suasana Hotel Impiana dari luar

Istimewanya hotel ini adalah kolam renang infiniti yang berhadapan dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas. Selepas seharian berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh berehat di restoran atas bumbung, Cedar on 15, yang pasti membuatkan anda rasa seperti terapung di awangan! Bagi mereka yang inginkan lokasi “business friendly”, Impiana KLCC menawarkan empat bilik untuk majlis, jamuan dewan dan pusat perniagaan dengan perkhidmatan kesetiausahaan.

Renaissance Hotel Kuala Lumpur

Hotel Renaissance Kuala Lumpur adalah salah satu ikon di bandar Kuala Lumpur. Kalau anda mencari lokasi penginapan yang berhampiran dengan akses kemudahan awam, Hotel Renaissance adalah pilihan yang tepat. Hotel ini berada di dalam jarak berjalan kaki ke Monorail Bukit Nenas dan LRT Dang Wangi. Aktiviti berjalan-jalan dan membeli belah pasti jadi lebih mudah dan cepat!

Pintu gerbang masuk Hotel Renaissance

Hotel ini juga dikelilingi tempat-tempat wajib singgah termasuk Menara KL dan Suria KLCC. Hotel Renaissance direka untuk memudahkan pelanggan dengan kelengkapan gym yang menyediakan jurulatih peribadi, spa bertemakan Bali, dan restoran bertaraf lima bintang. Para pelancong boleh memilih antara dua tema bilik – bilik West Wing menonjolkan pengaruh gaya Eropah klasik dengan perabot kayu gelap yang tulen, dinding kuning cahaya matahari untuk warna yang kontra dan aksen coklat untuk melengkapkan gabungan tersebut.

The Majestic Hotel Kuala Lumpur

Majestic Hotel KL yang tersergam gah di bandar Kuala Lumpur juga merupakan salah satu ikon terkenal di Malaysia. Bangunannya yang kaya dengan sejarah di era sebelum, semasa dan selepas Perang Dunia II, Majestic Hotel KL merupakan lokasi penginapan yang masih mengekalkan unsur-unsur klasik dengan pekerjanya yang menggayakan pakaian seluar pendek putih, stokin kaki yang tinggi dan topi keledar.

Pintu masuk Hotel Majestic

Dekorasi dalamannya pula memaparkan siling yang tinggi, tiang binaan Rom, bumbung berbentuk kubah emas, lampu siling besi yang klasik, ukiran yang unik, lantai marmar yang digilap dan lampu chandelier. Anda pasti terpukau dengan suasana di hotel ini! Semua bilik di hotel ini mempunyai empat katil, kelengkapan tandas berjenama Crabtree dan Evelyn serta majalah-majalah seperti seperti Malaysia Tatler, Prestige dan YTL Life untuk mereka yang mempunyai cita rasa yang tinggi.

Traders Hotel Kuala Lumpur

Kolam renang di Aloft hotel

Traders Hotel Kuala Lumpur oleh Shangri-La adalah sebuah hotel bertaraf lima bintang yang dikelilingi bangunan-bangunan ikonik seperti Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Dengan lokasinya yang ideal dan kemudahan seperti Wi-Fi percuma, lima bilik mesyuarat, hotel ini sempurna untuk tujuan perniagaan dan lokasi percutian yang sesuai jika anda gemar suasana bandar yang pesat dan dikelilingi hutan konkrit. Bagi para pelancong yang ingin kekal aktif, terdapat kemudahan di hadapan hotel iaitu taman KLCC seperti trek jogging sepanjang 1.3km. Selain itu, hotel di Kuala Lumpur ini juga dilengkapi dengan private pool gym, spa dan sauna termasuk Sky Bar di kawasan bumbung hotel.

Capri oleh Fraser Kuala Lumpur

Salah satu bilik di hotel Capri oleh Fraser

Berbeza dengan hotel-hotel mewah yang lain, Hotel Capri yang mempunyai 33 tingkat ini dilengkapi dengan pemandangan bandar yang menakjubkan. Keunikan Hotel Capri ini dapat dilihat dari keluasan studio apartmennya yang lengkap dengan dapur kecil, Wi-Fi dan kemudahan yang moden. Hotel ini juga menawarkan persekitaran yang kasual dan santai di Caprilicious dan Delite serta kemudahan bilik mesyuarat Pod dan Pow-Wow. Bagi penggemar shopping pula, anda boleh meluangkan masa di NEXUS Mall. Sememangnya, Hotel Capri ini memberikan nafas yang baru untuk mereka yang inginkan percutian yang lain daripada yang lain.

Hotel-hotel yang mesra kanak-kanak di dalam senarai di atas ini seharusnya dimasukkan dalam perancangan anda sekeluarga! Jangan berlengah lagi dan buat tempahan sekarang! Anda juga boleh cari maklumat lanjut di blog kami!

Tempah percutian anda bersama Tripfez!

Leave a Reply