• Menu

8 Hotel Yang Terapung Di Malaysia Untuk Pengalaman Bermalam Di Atas Air

Home » Guide for Muslim Travellers » 8 Hotel Yang Terapung Di Malaysia Untuk Pengalaman Bermalam Di Atas Air

Siapa sangka untuk menikmati pengalaman seakan-akan terapung di atas air, korang tak payah pergi jauh-jauh, dekat Malaysia je! Kali ini kami ingin kongsikan 8 Hotel Terapung yang best di Malaysia! Boleh lah mula rancang percutian idaman anda sekarang.

Sipadan Kapalai Water Village Resort

Resort ini disambungkan dengan Pulau Mabul dengan jambatan kayu yang panjang.

Sipadan Kapalai Water Village dapat membuat anda merasa seperti benar-benar terapung kerana terpisah jauh daripada kawasan daratan. Resort ini disambungkan dengan Pulau Mabul dengan jambatan kayu yang panjang. Reka bentuk penginapan ini adalah diinspirasikan daripada reka bentuk rumah masyarakat Bajau.

Suasana Sipadan Kapalai Water Village Resort ketika matahari terbenam

Antara aktiviti yang disediakan di resort ini adalah berkayak, menyelam dan snorkeling. Bagi anda yang tak sabar untuk menikmati keindahan air laut di sini, boleh je kalau anda nak terus terjun daripada jambatan, baru adventurous kan?

Selain itu, anda boleh menikmati perkhidmatan spa yang disediakan oleh pihak hotel. Bagi anda yang membawa anak-anak yang masih kecil pula tak perlu gusar, perkhidmatan penjagaan bayi turut disediakan. Jadi, bolehlah anda chill tanpa sebarang beban. Semuanya tersedia untuk anda dan keluarga bercuti dengan tenang.

Alamat: Semporna, Sabah, Malaysia

Berjaya Langkawi Resort

Resort yang dipacakkan atas permukaan air laut

Kalau anda mengidamkan sebuah penginapan dengan kesegaran bunyi hutan hujan setiap kali anda membuka mata, inilah resort yang tepat bagi anda. Berlatarbelakangkan hutan hujan yang kaya dengan hidupan liar, resort ini menyediakan perkhidmatan lawatan berpandu di mana anda akan diberikan penerangan tentang flora dan fauna di hutan hujan ini. Anda dan sekeluarga dapat menikmati panorama alam semulajadi sambil mempelajari banyak perkara baru tentang hidupan di sini.

Keindahan Berjaya Langkawi Resort ketika matahari terbenam

Dah puas menikmati hidupan di hutan hujan, jom pergi menyelam pula di Pulau Payar untuk melihat hidupan laut yang terdapat di sini. Selain daripada aktiviti menerokai hutan yang boleh dilakukan pada waktu siang dan malam serta scuba diving, hotel ini turut memiliki Muzium 3D dan Underwater World Langkawi untuk anda lawati. Pasti seronoklah anak-anak anda kalau datang ke sini!

Alamat: Karung Berkunci 200, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Pom Pom Island Resort

Air jernih kelihatan di Pom Pom Island Resort

Terletak lebih kurang 50 minit dari jeti Semporna, resort yang juga merupakan tempat pemuliharaan penyu ini menawarkan pemandangan yang sangat indah kepada para penginap. Dari jeti resort anda dapat melihat penyu dan pelbagai jenis ikan yang terdapat di laut.

Resort ini juga merupakan tempat pemuliharaan penyu

Hotel ini turut menyediakan perkhidmatan spa di mana terdapat khidmat urutan dan refleksologi untuk anda bersama keluarga memanjakan diri. Selepas itu bolehlah anda menaiki bot yang disediakan untuk berlayar di sekitar kawasan laut.

Kalau anda sukakan aktiviti yang mencabar, anda boleh mendaki bukit di Pulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort.  Setelah penat mendaki anda akan disajikan dengan pemandangan pulau-pulau sekeliling yang indah tak terkata.

Alamat: A-2-1 Jalan Karamunsing | Lorong Kapital, Block A, 2nd Floor, Pulau Sipadan 88000, Malaysia

Gayana Eco Resort

Pemandangan sudut mata burung yang sungguh menakjubkan

Di pinggir laut Borneo terletaknya sebuah resort yang sangat gempak. Untuk ke resort ini anda perlu menaiki feri yang disediakan secara percuma dari Terminal Feri Kota Kinabalu. Kenapa kami kata gempak tadi? Sebab  anda dapat menggunakan banyak kemudahan untuk beraktiviti air di sini secara percuma seperti snorkeling dan kayak.  Air di resort ini juga sangat jernih membuatkan aktiviti snorkeling 10 kali ganda menyeronokkan kerana anda dapat melihat hidupan laut dengan jelas.  Jangan lupa sediakan kamera berkalis air, baru berbaloi!

Gayana Eco Resort antara hotel terapung di Malaysia yang menakjubkan

Waktu bercuti jugalah waktu yang tepat untuk membelai wajah dan badan bukan? Di Spa Suites di hotel ini anda boleh mendapatkan khidmat rawatan wajah dan urutan badan.

Alamat: Malohom Bay Pulau Gaya, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Dragon Inn Semporna

Dragon Inn Semporna direka bentuk berdasarkan kampung air masyarakat Bajau

Dragon Inn Semporna direka bentuk berdasarkan kampung air masyarakat Bajau. Terletak tidak jauh daripada kawasan bandar dan hanya selang beberapa minit perjalanan dari resort anda dapat singgah ke pasar pagi yang terdapat di sini. Apa yang bestnya di sini, terdapat Live Fish Open Aquarium untuk anda melihat hidupan air bersama keluarga. Tidak jauh dari resort ini, anda boleh melawat pulau-pulau yang berdekatan seperti Mabul dan Sipadan untuk melengkapkan percutian anda sewaktu di Sabah.

Kapal yang terdapat di jeti berdekatan Dragon Inn Semporna

Untuk pengetahuan anda juga, resort ini diberi gelaran sebagai Royal Resort ataupun Resort Diraja kerana kerap menerima lawatan diraja. Ia juga tersenarai sebagai salah satu hotel terapung terbaik dalam senarai ‘AskMen’s Top Ten Floating Hotels of The World’.

Alamat: Dragon Inn (Floating Hotel) Jalan Kastam, 91307 Semporna

St Regis Langkawi

Suasana St Regis Langkawi dari jauh

Sebuah hotel di Langkawi yang menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah dan salah satu hotel terapung Malaysia. Terletak berdekatan dengan keindahan hutan hujan yang menghijau, serta dikelilingi keindahan laut Andaman yang memukau. Hotel ini menyediakan aktiviti air yang menarik seperti snorkeling dan scuba diving untuk anda mencipta memori indah bersama keluarga.

St Regis Langkawi menawarkan pemandangan yang cukup memukau

Bagi anda yang nak relaks dengan lebih privasi, anda boleh berenang dalam kolam renang infiniti peribadi yang disediakan pihak hotel. Tempat makannya pula disediakan hammock atau buaian untuk anda menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah dari resort. Macam best kan?

Alamat: Jalan Pantai Beringin, Langkawi, 07000, Malaysia

Grand Lexis Port Dickson

Kolam renang yang terdapat dalam kawasan bilik pelancong

Terletak hanya 1 jam lebih perjalanan dari Kuala Lumpur adalah sebuah hotel yang memecahkan rekod sebagai resort yang memiliki paling banyak kolam renang dalam The Malaysia Book of Records. Ciri-ciri reka bentuk hotel ini adalah diinspirasikan daripada reka bentuk penginapan di Bali.

Grand Lexis di waktu senja

Di dalam tempat penginapan anda dilengkapi dengan katil bersaiz king, tv 32-inci, dapur, ketuhar mikro, pinggan dan banyak lagi yang dapat memudahkan anda sewaktu menginap di sini. Wifi? Mantap. Setiap penginapan juga disediakan kolam renang peribadi yang selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak sekiranya anda datang bersama keluarga.

Setelah puas bermandi-manda, anda boleh menerokai alam semula jadi di sekitar dengan menaiki basikal sewa yang disediakan pihak resort. Sangat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga sekiranya anda menginap di resort ini seperti melawat Raptor Bird Sanctuary, Hutan Simpan Tanjung Tuan dan Oceanic Mall Port Dickson.

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, Negeri Sembilan, 71000 Port Dickson, Malaysia

Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson disusun dalam bentuk bunga

Sebuah hotel yang memberikan anda privasi yang diimpikan, siapa yang tak pernah berangan untuk memiliki kolam renang sendiri kan? Di hotel ini, impian anda menjadi kenyataan. Setiap bilik disediakan kolam renang untuk anda nikmati tanpa sebarang gangguan. Tak perlulah anda membuang masa untuk mencari pakaian yang sesuai kalau tiba-tiba terasa nak bermandi-manda, syoknya tak terkatalah kan. Bukan itu sahaja, setiap tempat penginapan juga disediakan bilik stim ataupun sauna. Ini antara hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa.

Setiap bilik di Lexis Hibiscus Port Dickson juga mempunyai kolam renang sendiri

Sudah puas berendam dan bersiap, keluar sahaja dari pintu bilik, anda akan disajikan dengan pemandangan yang indah pemandangan laut. Kalau anda menginginkan sebuah percutian yang mewah dan berprivasi, inilah salah satu penginapan yang boleh dijadikan pilihan.

Alamat: Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia

Best tak senarai 8 hotel terapung di Malaysia yang kami sediakan ini? Sudah tentu anda teruja untuk merancang percutian. Sambil itu, apa kata anda lihat artikel lain yang terdapat di sini bagi membantu perancangan anda!

Tempah percutian anda bersama Tripfez!

Leave a Reply