PAKEJ UMRAH ISTIMEWA BERSAMA TRIPFEZ
Tahukah anda bahawa Tripfez juga menyediakan Pakej Umrah Pemium dengan harga yang berpatutan? Nak tahu apa yang anda akan dapat dengan mengambil Pakej Umrah Premium Tripfez? Jom lihat di bawah untuk mengetahui tentang pakej kami.
1.Pengangkutan yang selesa
Pakej Umrah Premium Tripfez termasuk dengan pengangkutan bas untuk sepanjang perjalanan.Bas yang dipilih adalah bas premium yang sangat selesa untuk para jemaah bergerak ke pelbagai destinasi sepanjang umrah bersama Tripfez.
2.Umrah menaiki Kereta Api Laju Baharu
Jika perjalanan menaiki bas terlalu lama dan memenatkan, jemaah mempunyai pilihan untuk menaiki kereta api laju dari Madinah ke Mekah. Perjalanan yang lama kini hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Perlu diingatkan bahawa tambang kereta api tidak termasuk pakej dan jemaah diingatkan untuk maklumkan kepada pihak pengurusan untuk urusan lanjut.
3. Pakej Umrah Premium – Hotel Safwah Al Ghufran @setaraf
Pakej Umrah Premium Tripfez termasuk pakej Hotel Safwah Al-Ghufran yang berada di Mekah dan hanya bersebelahan dengan Masjidil Haram. Perjalanan ke masjid dalam anggaran 50 meter sahaja dan hotel ini merupakan hotel bertaraf 5 bintang. Hotel yang dipilih akan berikan keselamatan dan keselesaan yang premium untuk jemaah Tripfez
4. Pakej Umrah Premium – Al Eiman Taibah @setaraf
Pakej Umrah Premium Tripfez juga termasuk Hotel Al Eiman Taibah yang terletak di Madinah dan bertaraf 4 bintang. Ia juga salah satu daripada hotel premium yang dipilih dalam mengutamakan keselamatan dan keselesaan jemaah Tripfez sepanjang perjalanan mengerjakan umrah.
5. Umrah premium kumpulan kecil kurang 30pax dalam 1 bas
Pakej Umrah Premium Tripfez hanya melibatkan kumpulan jemaah yang kecil bagi menjamin keselesaan setiap jemaah. Dengan umrah kumpulan kecil, suasana perjalanan umrah menjadi lebih tenang, teratur, lebih privasi dan selesa. Bukan itu sahaja, jemaah juga boleh mendapatkan bimbingan terus dari mutawif memandangkan umrah yang hanya melibatkan bilangan jemaah yang kecil
6. Set saguhati premium percuma
Pakej Umrah Premium Tripfez juga menawarkan set bagasi percuma kepada jemaah yang mendaftar umrah. Set bagasi percuma ini bernilai sebanyak RM200 dimana set termasuk bagasi 24kg, beg galas,beg silang ,beg kasut,kad matrik id pelancong, tag beg serta buku panduan umrah. Beg ini juga terbukti kukuh dan tahan lasak untuk kegunaan jemaah Tripfez.
7. Mutawif berpengalaman
Setiap Pakej Umrah Premium Tripfez akan dipimpin oleh mutawif berpengalaman yang akan mengiring kumpulan sepanjang perjalanan pakej umrah dan ziarah dari KLIA sehingga pulang ke Malaysia. Perjalanan umrah dan ziarah akan dipenuhi dengan perkongsian ilmu, sejarah, tazkirah, lawatan sekitar Kota Madinah, lawatan sekitar kota Mekah dan istimewa lawatan tambahan (*tidak termasuk pakej dan tertakluk kepada keadaan semasa) di luar jadual perjalanan seperti ziarah Taif, mendaki Gua Hira’ dan merasai pengalaman baharu menaiki bas “Hop On Hop Off” madinah.
Mutawif Tripfez bukan hanya menyampaikan ilmu sahaja malah akan bantu menyelesaikan permasalahan jemaah dari segi pemahaman ibadah mahupun permasalahan kesihatan. Erti kata lain dalam 24jam mutawif sedia membantu para jemaah umrah.
8. Penerbangan pesawat komersial
Pakej Umrah Premium Tripfez menaiki Saudi Airlines dimana pesawat ini amat selesa dan canggih berbanding dengan pesawat lain. Selain itu, penerbangan Penerbangan Pakej Umrah Tripfez juga ialah penerbangan komersial terus (direct flight) ke Madinah / Jeddah. Saudi Airlines juga mempunya Refund value bagi pembatalan yang disebabkan Covid. Had Muatan Bagasi untuk penerbangan Saudi Airlines adalah sebanyak 46kg dan kabin pesawat Saudi Airlines juga mempunyai ruang kabin yang luas dan mempunyai ruang yang cukup untuk tunai solat secara sempurna.
9. Makan 3x sehari di hotel madinah
Pakej Umrah Premium Tripfez termasuk makan 3x kali di Madinah. Makanan buffet di hotel termasuk menu citarasa Asia . Makanan di hotel ini begitu sedap dan mendapat komen yang positif dari jemaah yang lain.
10. Sim kad percuma
Pakej Umrah Premium Tripfez termasuk pemberian sim kad percuma (tidak termasuk data internet dan panggilan). Penggunaan internet kini sangat penting memandangkan permit perlu dipohon untuk tunaikan umrah norma baharu (eatmarna & tawakkalna)
Daftar Pakej Umrah 2022 sekarang, deposit hanya RM1000/seorang dan bayaran penuh boleh dibuat 30 hari sebelum penerbangan. Hubungi kami segera untuk diskaun RM100/seorang bagi pendaftaran awal pakej umrah bersama Tripfez!!
HUBUNGI KAMI
Tripfez Travel
A11-02B, Empire Office Tower
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia
Google Map – Office Tripfez Travel
Email : [email protected]
Leave a Reply