• Menu

Bagan Myanmar: Menyingkap Rahsia Kota Purba Pagan

Home » Guide for Muslim Travellers » Bagan Myanmar: Menyingkap Rahsia Kota Purba Pagan

Bagan atau dahulunya dipanggil Pagan adalah sebuah bandar purba yang terletak di Wilayah Mandalay di Myanmar (Burma). Dari abad ke-9 sehingga ke-13, bandar ini merupakan ibu kota Kerajaan Pagan, iaitu kerajaan pertama yang berjaya menyatukan wilayah yang kemudiannya membentuk Myanmar moden.

Kuil Purba Pagan di Bagan Myanmar
kredit: @aniablazejewska

Semasa kemuncak kerajaan itu antara abad ke-11 sehingga ke-13, terdapat lebih 10,000 kuil-kuil Buddha, pagoda dan biara yang telah dibina di dataran Bagan sahaja. Kini hanya lebih 2200 kuil dan pagoda sahaja yang masih berdiri sehingga ke hari ini.

Kanak Kanak di Biara di Bagan Myanmar
kredit: @streetsnstories

Kawasan Arkeologi Zon Bagan adalah tarikan utama bagi industri pelancongan yang baru muncul di negara ini. Ia dilihat oleh banyak pihak sebagai sama tarikan dengan Angkor Wat di Kemboja. Disebabkan itulah, ramai pelancong dari serata dunia datang ke Bagan untuk menyaksikan sendiri keindahan bandar purba ini. Tambahan pula bandar ini diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

Kanak Kanak Myanmar
kredit: @enartgonzalez

Tip Semasa Melawat Bagan Myanmar

Setelah anda mendaftar masuk ke salah satu hotel di sana (samada di Old Bagan atau New Bagan), anda seterusnya boleh menyewa satu bus untuk membawa anda dan rakan-rakan anda meronda kota purba Bagan ini. Sekiranya bergerak solo, anda boleh menyewa motorsikal atau basikal sahaja dan pihak hotel akan memberikan peta sebagai pemandu arah.

Kebanyakan pagoda dan biara di sini masih digunakan sebagai tempat sembahan orang Buddha atau sebagai tempat mendidik kanak-kanak tempatan menjadi sami. Jika mempunyai wang lebih, anda boleh cuba aktiviti hot air balloon di sana yang boleh tahan mahal harganya!

Belon Udara Panas Bagan Myanmar
kredit: @nikonitalia
Pemandangan Belon Udara Panas Bagan Myanmar
kredit: @travelinyourarms
  • Sentiasa ada pintu gerbang besar sebelum sampai ke mana-mana Pagoda dalam Bagan. Sesuai untuk anda mengambil sudut-sudut gambar berbentuk simetri  yang cantik
  • Cuaca di sana agak panas, jadi gunakanlah sunblock atau topi bagi mengelak kulit terkena sunburn.
Seni bina lama di Bagan
kredit: @sayasiam
  • Setiap pengunjung diwajibkan membuka kasut atau selipar sebelum memasuki kawasan pagoda
  • Hampir setiap tempat ada orang menjual oleh-oleh berbentuk lukisan, postcards, barangan buatan lakuer, kayu dan logam
Buka Kasut di Pagoda
kredit: @_linnja_
  • Jalan tanah berdebu yang tidak bertar menghubungkan setiap pagoda kepada yang lain
  • Pengangkutan utama adalah bas, truk berbumbung, kereta berkuda, motorsikal, kereta/van sewa atau basikal. Anda boleh berurusan langsung dengan hotel masing-masing untuk mendapatkan kemudahan ini
Naik Kereta Lembu
kredit: @pookkypky
Melancong di Myanmar
kredit: @hein_htet_photography
  • Tiada caj untuk memasuki mana-mana pagoda kecuali bayaran sekali masuk Bagan Arkeologi Zone sahaja iaitu sebanyak USD$20 namun tiada pemeriksaan yang dilakukan
  • Makanan halal sedikit sukar untuk ditemukan. Bawalah bekalan dari sumber yang diyakini atau anda boleh tempat pakej Tripfez dan kami akan sediakan untuk anda!
Pemandangan Mata Hari Terbenam Burma
kredit: @sabine.wutzlhofer
Kanak-Kanak Tersenyum
kredit: @morgezi

Dan sebagai penutup perjalanan anda setelah seharian menerokai Bagan, bolehlah anda ke Shwesandaw Pagoda sebagai hentian terakhir semata-mata untuk melihat matahari terbenam. Pagoda ini telah dijadikan tempat utama untuk melihat kejadian ini dan ternyata ramai orang akan berada di sini ketika itu. Bagan cukup menarik bukan? Jomlah ramai-ramai ke sini!

Tempah Pakej Myanmar Dengan Makanan Halal

P/S: Mencari destinasi percutian menarik yang lain? Jom lihat apa yang menarik di Sri Lanka atau ke lokasi-lokasi Instagramable di Korea!

Leave a Reply

3 comments