Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

LAWATAN TAMBAHAN UMRAH

Home » DESTINATIONS » Umrah Travel Guide » LAWATAN TAMBAHAN UMRAH

Pasti anda tertanya-tanya, apa tempat yang boleh dilawat kalau berada di Mekah dan Madinah. Pakej umrah di Malaysia kebiasaanya termasuk dengan lawatan-lawatan sejarah di sekitar Mekah dan Madinah. Apa yang menarik di sana?

MUZIUM AL AMOUDI

Dari luar, Muzium Al Amoudi dibina seperti kubu Arab lama dan berwarna coklat seperti kebanyakan bangunan di sini. Khabarnya, dinding muzium ini dibina dengan cara tradisional iaitu campuran lumpur, jerami pelepah kurma dan susu persis rumah tradisional Arab masa lalu.

Jemaah yang melawat Muzium Al Amoudi boleh menyelusuri peradaban kehidupan tradisional masyarakat Arab. Pameran peradaban tradisional Arab yang terlibat termasuk pameran alatan perang, alatan memasak, pakaian tradisional Arab dan macam-macam lagi.

Menariknya muzium ini adalah kerana peralatan pameran boleh disentuh,dipegang untuk sesi bergambar. Selain itu jemaah juga boleh memakai busana pakaian Arab tradisional bagi sesi bergambar sebagai kenangan.

BAS HOP ON HOP OFF

Merasai pengalaman menaiki bas pelancongan Hop On Hop Off yang berhenti ke tempat-tempat bersejarah sekitar Kota Madinah Tarikan terbaru di Madinah ini melibatkan pengalaman menaiki bas dua tingkat dengan bumbung terbuka! Bas ini juga membenarkan jemaah untuk melawati tempat-tempat bersejarah termasuk Bukit Uhud, Perkuburan Baqi’, Masjid al-Qiblatayn, Masjid Quba dan macam-macam lagi. Pas yang dibeli sah selama tempoh 24 jam. Jadi boleh naik dan berhenti ke pelbagai tempat dalam masa satu hari!

TAIF

Taif oh Taif. Tiga kali Nabi Muhammada SAW ke Taif

  • Ketika Kecil di Kg Bani Saad
  • Ketika Berdakwah – Nabi berusia 51 tahun, hanya seorang yang masuk Islam iaitu Syaidina Addas dari Nainawa ( tempat Nabi Yunus )
  • Ketika Perang Hunain – Nabi berusia 61 thn

Ada banyak pembangunan baharu di kawasan ini sebagai tempat perangingan di Arab Saudi. Antara tempat terkenal yang wajib disinggah oleh jemaah adalah pasar buah. Pasar buah di Taif menjual buah-buahan beraneka jenis dan warna. Taif terkenal dengan buah-buahan yang segar disebabkan cuaca Taif yang dingin membuatkan kawasan itu ideal untuk menanam buah-buahan.

Selain pasar buah, Taif juga ada banyak tempat perhentian menarik salah satunya seperti kilang ros. Kilang ros ini mempamerkan kepada jemaah proses-proses ros dikilangkan menjadi pelbagai produk termasuk minyak wangi dan lain-lain.

JEDDAH

Jeddah kini telah dibanugnkan menjadi satu tempat tarikan baharu di Arab Saudi. Pembangunan yang lebih moden, Jeddah kini boleh dilawati sesuai untuk semua lapisan umur jemaah. Antara tarikan terbaru yang menarik adalah King Fahd Fountain, air pancut tertinggi didunia terletak di Jeddah Arab Saudi. King Fahd Fountain mampu memancutkan air pada ketinggian 260 meter sehingga 300 meter. Dengan ketinggian itu King Fahd Foutain ini boleh dilihat dari jauh sekitar bandar Jeddah.

Ada lagi banyak tempat menarik di Jeddah seperti: Restoran Al-Baik yang terkenal dengan nasi unta muda, Shopping Mall Jeddah, Masjid Terapung Jeddah dan perjiranan bandar Al-Balad (tempat pelabuhan laut di rantau Arab Saudi pada ketika suatu masa dahulu.

umrah malaysia jeddah lawatan

WADI BERKAT

Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah. Satu-satunya tempat di Kota Mekah atau lebih tepat di Saudi di mana terdapat haiwan-haiwan kesayangan Rasulullah SAW seperti unta, kuda, kibasy, kambing malah keldai. Ladang milik Bumiputera Melayu Malaysia- GISB (Global Ikhwan Sdn.Bhd) ini mempunyai pelbagai aktiviti sunnah yang boleh dilakukan termasuk menunggang kuda, aktiviti memanah , petik kurma sendiri.

Wadi Berkat juga mempunyai kedai makan melayu yang menghidangkan menu melayu seperti roti canai, nasi lemak, teh tarik dan lain-lain.

KOTA AL-ULA (22 HARI)

Al-Ula juga dikenali sebagai Kota Nabi Saleh (Madain Saleh) adalah lokasi sejarah yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO! Kota Nabi Saleh ini juga adalah tapak tinggalan Kaum Tsamud yang dahulu terkenal dengan kehebatan memahat gunung-ganang dalam membina rumah dan makam dengan ukiran yang menarik.

May be an image of nature

Ada banyak program yang dijalankan dalam pakej Umrah bersama Tripfez. Program lawatan ini akan dijalankan mengikut kesesuaian keadaan semasa untuk setiap kumpulan jemaah. Ziarah diadakan bersama mutawif, lengkap dengan pengisian sirah dan sejarah. InsyaAllah jadual perjalanan Umrah Tripfez padat dengan pengisian berfaedah untuk jemaah.

DAFTAR SEKARANG UNTUK DAPATKAN PROMOSI TERHAD

Daftar Pakej Umrah 2022 sekarang, deposit hanya RM1000/seorang dan bayaran penuh boleh dibuat 30 hari sebelum penerbangan. Hubungi kami segera untuk diskaun RM100/seorang bagi pendaftaran awal pakej umrah bersama Tripfez!! 



HUBUNGI KAMI

Tripfez Travel
A11-02B, Empire Office Tower
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia

Google Map – Office Tripfez Travel
Email : [email protected]

Leave a Reply