• Menu

Lihat Fenomena Hujan Meteor di Malaysia 4-5 Januari 2020 Ini!

Home » Guide for Muslim Travellers » Lihat Fenomena Hujan Meteor di Malaysia 4-5 Januari 2020 Ini!

Mulakan hujung minggu pertama anda di tahun 2020 ini dengan melihat fenomena astronomi yang menarik! Hujan meteor yang dikenali sebagai ‘Quadrantids Meteor Shower’ bakal muncul bermula 4 hingga 5 Januari ini dan boleh dilihat jelas di beberapa kawasan di Malaysia.

Kawasan terlibat termasuk Kuala Kubu Bharu, Ulu Yam, Kuala Selangor, Broga Hill, Kota Belud, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Pulau Tioman, Pantai Pasir Klebang, Cameron Highlands, Pulau Gem, Pantai Malindo dan Kampung Teluk Pelanduk.

Hujan Meteor Quadrantids

Dengan curahan hampir 120 meteor sejam, waktu terbaik untuk menonton fenomena hujan meteor menakjubkan ini adalah bermula dari 4 Januari 2020 (11 malam) sehingga awal pagi 5 Januari 2020. Disini Tripfez senaraikan beberapa tip buat anda yang merancang untuk pergi menyaksikannya!

  • Fenomena ini boleh dilihat dengan lebih jelas di kawasan yang jauh dari lampu-lampu malam.
  • Faktor seperti cuaca, kualiti pencemaran udara serta bentuk muka bumi juga memainkan peranan.
  • Pastikan anda menjaga keselamatan diri sekiranya anda ingin pergi ke tempat yang lebih terpencil atau tidak ramai orang.
  • Berikan masa untuk mata anda adjust dengan kegelapan malam sekurang-kurangnya 15 minit.
  • Bawa mosquito repellent supaya anda tidak digigit nyamuk ketika menunggu.
  • Boleh juga pasang khemah dan bawa makanan ringan buat kudap-kudapan tapi pastikan anda kemas semula dan tidak tinggalkan sampah ketika pulang.
  • Sekiranya ada, bawa reclining chair supaya anda boleh baring dan lihat langit di atas dengan lebih selesa. Tidaklah lenguh kepala kena mendongak sentiasa!
  • Bawa jaket atau cardigan untuk mengelakkan kesejukan malam
Tip Lihat Meteor Shower
kredit: @harplington

Menarik bukan? Fenomena astrologi ini hanya berlaku sekali setahun jadi sekiranya anda belum pernah melihatnya, pastikan anda tidak terlepas peluang ini! Jangan lupa share info ini dengan kawan-kawan atau family di luar sana juga!

Leave a Reply