• Menu
Wat Rong Khun White Temple Thailand

Lokasi Mesti Singgah di Chiang Mai dan Chiang Rai

Home » Guide for Muslim Travellers » Lokasi Mesti Singgah di Chiang Mai dan Chiang Rai

Chiang Mai adalah sebuah bandar di utara Thailand dan hanya mengambil 2 jam penerbangan dari KLIA2. Bandar ini merupakan bandar kedua terbesar di Thailand dan berjarak 700km dari ibu kotanya iaitu Bangkok. Penduduknya pula hanya seramai kurang dari 300 ribu orang berbanding Bangkok yang berkepadatan kira-kira 9 juta orang! Maka tidak hairanlah ramai dari Bangkok sendiri akan turun bercuti ke Chiang Mai untuk menghilangkan stress dari kesesakan kota.

Tourist Posing For a Photo With Local Children in Chiang Mai
kredit: @stewberry

Chiang Mai dahulu merupakan sebuah kota purba bertembok merah bata yang dikelilingi oleh parit dan dibina pada tahun 1296. Kota lama ini mempunyai keluasan 1.5 km persegi sahaja namun begitu, kebanyakan dinding asalnya telahpun runtuh. Pengangkutan awam yang paling popular di sini selain tuk-tuk adalah teksi berwarna merah. Anda boleh menggunakannya untuk bantu menghantar anda dari hotel ke pasar-pasar berdekatan.

Biasanya pelancong akan menggabungkan Chiang Mai dan Chiang Rai dalam percutian mereka dengan mengadakan perjalanan sehari ke Chiang Rai. Ini kerana kotanya terletak di utara berdekatan dengan sempadan Myanmar dan hanya mengambil perjalanan selama 3 jam.

Jom kita lihat lokasi-lokasi menarik  yang lain di Chiang Mai dan Chiang Rai ini:

Doi Suthep Temple, Chiang Mai

Golden Doi Suthep Temple Chiang Mai
kredit: @mariona.ros

Kuil Doi Suthep adalah sebuah kuil Buddha aliran Theravada yang terletak di Chiang Mai, Thailand. Nama sebenarnya Wat Phra That Doi Suthep tapi lebih sering disebut sebagai Doi Suthep, iaitu nama gunung tempat ia berada. Ia adalah tapak suci bagi ramai orang Thai dan berjarak 15km dari banda Chiang Mai. Dengan ketinggian 1,073 meter dari paras laut, anda boleh menikmati pemandangan seluruh kota Chiang Mai yang menakjubkan dari sana.

Famous Temple in Chiang Mai
kredit: @karolmuniz

Untuk mengunjungi kuil ini, anda boleh berjalan kaki dari tempat parkir di pangkalan kuil dan memanjat 209 langkah untuk sampai ke pagoda. Jika anda tidak larat, perkhidmatan trem disediakan.  

Sambil ke sini, anda juga boleh terokai keindahan semula jadi Chiang Mai dengan menyertai aktiviti trekking sekitar Doi Suthep. Anda dapat melihat air terjun yang berhampiran dan persekitaran yang kaya dengan flora dauna di sepanjang perjalanan .

The Hidden Village, Chiang Mai

Elephant Sactuary in Chiang Mai
kredit: @jecbonney

Kawasan perlindungan gajah ini adalah salah satu projek ekopelancongan yang beretika dan mampan di Chiang Mai yang merangkumi 7 kawasan. Kesemua gajah yang ditempatkan di sini telah diselamatkan dari pelbagai bentuk penderaan dan kini hidup aman di kampung perlindungan ini. Gajah-gajah ini diberikan makanan, kasih sayang dan penjagaan yang sepatutnya dan sekiranya anda melawat ke sini. Ini pasti dapat membantu meningkatkan kesedaran dan bantuan wang ringgit untuk mengekalkan tempat ini. 

Terdapat pelbagai program untuk dipilih para pelancong berdasarkan berapa lama mereka ingin menghabiskan masa di sana. Ada program separuh hari (6 jam) dan ada program bermalam yang melibatkan bermalam di perkampungan orang asli Karen Hill. Pemandu pelancong yang berbahasa inggeris dan makanan minuman disediakan mengikuti program yang anda pilih.

Tourist giving elephants mud bath in Chiang Mai Thailand
kredit: @dominiqueverdonk

Selain itu anda dapat berinteraksi dengan anggota suku-suku bukit Karen untuk mempelajari sejarah gajah Thailand dan mencuba pakaian tradisional mereka. Program yang disediakan termasuk berjalan melalui taman alam gajah dengan pemandangan gunung dan gajah berkeliaran dengan bebas. Anda dapat sentuh, memberi suapan, dan bergambar bersama gajah bebas pada masa lapang anda. Anda juga dapat mengiringi gajah ke spa lumpur berdekatan dan tolong sapukan rawatan lumpur semulajadi untuk membersihkan kulit mereka sebelum mencuci mereka di dalam sungai tempatan. Aktiviti memandikan mamalia lembut ini pasti memberi pengalaman yang luar biasa kepada anda! 

Golden Triangle, Chiang Rai

Tourist in the Golden Triangle Chiang Rai
kredit: @luanacamposluh

Golden Triangle ini merupakan titik pertemuan antara tiga negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos dan terletak di Chiang Rai melalui Sungai Mekong dan Krok. Wilayah itu pernah dikenali kerana perdagangan candu yang terkenal suatu masa dahulu. Jadi semasa perjalanan sehari anda ke Chiang Rai dari Chiang Mai, anda wajib berkunjung ke sini! 

Tourist Posing with an elephant statue in Golden Triangle
kredit: @wynelay_official

Anda akan dijemput awal pagi dan dibawa melalui bukit-bukit Thailand Utara ke arah Chiang Rai. Nikmati kopi dan makanan ringan di sebuah mata air panas tempatan dan kemudian teruskan ke salah satu struktur yang paling dikenali dan menakjubkan di seluruh Thailand iaitu Kuil Putih.

Tidak jauh adalah titik paling utara di Thailand yang merupakan tempat penyeberangan sempadan Thailand-Myanmar yang turut menempatkan pasar Mae Sai yang penuh dengan banyak barangan kraftangan tempatan, sesuai untuk membeli-belah barangan cenderahati.

Tourist with a lady from Akha Hill Chiang Mai
kredit: @gabs_salomao

Lawatan ke Chiang Rai boleh diakhiri dengan dengan lawatan ke kampung suku Akha hill. Suku ini dikenali dengan pakaian hitam tradisional mereka yang dihiasi dengan sulaman berwarna cerah, loceng perak dan duit syiling.

Wat Rong Khun, Chiang Rai

Wat Rong Khun Chiang Rai Thailand
kredit: @asmaa_galal

Seterusnya, lawatan anda boleh diteruskan  ke tarikan pelancongan baru iaitu Wat Rong Khun (Kuil Putih), juga dikenali sebagai ‘Taj Mahal of Thailand’.  Wat Rong Khun adalah sebuah pameran seni persendirian yang mempergayakan sebuah kuil Buddha di Chiang Rai, Thailand dan dimiliki oleh Chalermchai Kositpipat.

White Temple Thailand
kredit: @elianelebon

Kuil ini telah direka, dibina dan dibuka kepada orang awam pada tahun 1997. Kawasan disebelahnya pula masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2070 yang bertujuan untuk dijadikan pusat pembelajaran dan meditasi penganut Buddha.  Apabila selesai, kompleks candi putih akan mempunyai sembilan bangunan, termasuk ruang kosong yang ada dewan peninggalan, dewan meditasi, galeri seni, dan tempat tinggal para biarawan.

White Temple Chiang Rai
kredit: @taliya.xx

Pelbagai arca dan senibina didirikan dalam kompleks ini dan anda pasti teruja untuk melawatnya.  Strukturnya terbuka sepanjang tahun. Kemasukan untuk warganegara Thai adalah percuma, orang asing dikehendaki membayar 100 baht. Derma diterima, tetapi tidak melebihi THB10,000, kerana Chalermchai enggan dipengaruhi oleh penderma besar.

Menarik bukan? Apa lagi, jom tempah percutian ke Chiang Mai dan Chiang Rai bersama Tripfez harini ini. Tambahan lagi, anda tidak perlu risau tentang makanan halal semasa di sana! Ingin ke destinasi lain di Thailand, jangan risau Tripfez sedia membantu juga!

Jom Kita ke Chiang Mai & Chiang Rai!

Leave a Reply