• Menu

Miqat Haji dan Umrah: Jenis dan Senarai Lokasi

Home » Muslim Friendly Travel Guide » Umrah Travel Guide » Miqat Haji dan Umrah: Jenis dan Senarai Lokasi

Pengertian

Miqat dari segi bahasa bermaksud waktu, manakala dari segi istilah bermaksud ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah. Secara amnya, berniat ihram di Miqat merupakan salah satu perkara wajib haji dan umrah. Miqat terbahagi kepada dua iaitu Miqat Zamani (ketentuan masa) dan Miqat Maqani (ketentuan tempat).

Pakej Umrah Tripfez

Miqat Zamani (Masa)

Dalam ibadah Umrah, Miqat Zamani ialah sepanjang tahun iaitu selain daripada masa seseorang berihram haji. Manakala, untuk ibadah haji pula, Miqat Zamani bermula dari hari pertama bulan Syawal hingga terbit fajar hari ke-10 bulan Zulhijjah. Tempoh ini juga dikenali sebagai bulan-bulan haji.

Miqat Maqani (Tempat)

Miqat Maqani pula merupakan sempadan tempat terakhir bagi seseorang jemaah dari luar kota Mekah untuk berniat ihram umrah atau haji. Lokasi ini biasanya ditentukan mengikut arah jemaah umrah atau haji datang dan masuk ke Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah. Antara tempat-tempat bermiqat bagi ihram haji atau umrah yang telah ditetapkan ialah:

Pakej Umrah Tripfez

1. Yalamlam

Lokasi ini untuk jemaah yang datang dari arah Yaman dan Asia seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan negara-negara Asia lain. Pada satu ketika dahulu, jemaah Malaysia yang menunaikan haji atau umrah menaiki kapal laut mengenakan pakaian ihram dan berniat ihram di atas kapal apabila melalui lokasi ini.

2. Bir Ali atau Zul Hulaifah

Lokasi miqat ini terletak kira-kira 12 km dari Madinah atau kira-kira 450 km dari Mekah. Ia merupakan lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Madinah dengan menaiki bas, kereta dan sebagainya.

3. Al-Juhfah

Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dan sebagainya.

4. Zatu Irqin

Lokasi miqat bagi jemaah yang datang dari arah Iraq dan sama arah dengannya.

5. Qarnul Manazil

Bagi jemaah yang datang dari arah Najd, Kuwait dan jemaah Malaysia dan Asia Tenggara yang datang dengan menaiki kapal terbang.

Pakej Umrah Tripfez | Miqat Haji dan Umrah: Jenis dan Senarai Lokasi

Bagi jemaah Malaysia yang menggunakan pakej Umrah dengan penerbangan ke Mekah terlebih dahulu sebelum menziarahi Madinah, sempadan terakhir untuk berniat ihram ialah di ruang udara Qarnul Manazil iaitu kira-kira setengah jam sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Justeru, jemaah dinasihatkan untuk memakai ihram sebelum menaiki kapal terbang untuk mengelakkan sebarang kesulitan di dalam kapal terbang.

Jika jemaah menaiki penerbangan dengan transit (penerbangan selain Malaysia Airlines atau Saudi Airlines), maka lokasi bermiqat adalah bergantung pada ruang udara semasa. Kebiasaannya, juruterbang akan memaklumkan bahawa penerbangan akan melintasi kawasan miqat. Namun begitu, para jemaah turut dinasihatkan untuk sentiasa peka akan lokasi miqat mereka. Bagi jemaah Malaysia yang terbang ke Madinah sebelum memasuki Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah, lokasi bermiqat adalah sama dengan lokasi bermiqat penduduk Madinah iaitu di Bir Ali.

Pakej Umrah Tripfez

Bagi jemaah yang berada di Mekah dan telah selesai melaksanakan ibadah umrah pertama atau penduduk yang bermukim di Mekah yang ingin menunaikan umrah, mereka perlu keluar ke Tanah Halal berhampiran untuk berniat ihram jika ingin mengerjakan umrah selanjutnya, sebaik-baiknya di Ja’ranah, Tan’aim atau Hudaibiyah

1. Tan’im

Terletak berdekatan Mekah, ia merupakan lokasi bermiqat isteri Rasulullah SAW iaitu Saidatina Aisyah.

2. Ji’ranah

Lokasi bermiqat Rasulullah saw, lebih afdal berihram di sini.

3. Hudaibiyah

Lokasi Nabi dihalang memasuki Mekah untuk menunaikan umrah pada tahun ke-6 Hijrah. Di sinilah berlakunya Perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi dan orang Quraisy Mekah.

4. Arafah atau mana-mana kawasan tanah halal

Pakej Umrah Tripfez | Jemaah yang sudah bermukim di Mekah yang ingin menunaikan umrah, jemaah perlu keluar ke tanah halal berhampiran untuk berniat ihram di lokasi Miqat

Secara kesimpulannya, jika seseorang jemaah haji atau umrah yang masuk ke Mekah tanpa berihram di Miqat, maka perbuatan ini akan dikenakan dam tertib dan taqdir iaitu dengan menyembelih seekor kambing atau 1 per 7 daripada lembu atau unta. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa 10 hari, tiga hari semasa ihram dan tujuh hari apabila pulang ke tempat masing-masing. Jika tidak berupaya dengan sebab tua, jemaah hendaklah mengeluarkan 10 cupak makanan asasi, dan jika tidak berdaya juga maka tertanggunglah di atas zimmahnya (tanggungannya).

Tripfez turut menyediakan pelbagai pilihan pakej umrah daripada Umrah Cuti Sekolah, Umrah Bajet, Umrah Ramadan, Umrah VIP dan banyak lagi. Umrah kumpulan kecil dengan bilangan jemaah yang tidak melebihi 25 orang menjanjikan keselesaan yang optimum, malah jemaah berpeluang melakukan umrah sebanyak 3 kali (Miqat di Bir Ali, Ji’ranah dan Hudaibiyah). Selain jarak hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, pakej Umrah Tripfez juga dibimbing oleh Mutawwif berpengalaman. Tunggu apa lagi, tempah pakej umrah bersama Tripfez sekarang!

Contoh Jadual Program – Aturcara Umrah Itinerary

Tempah Pakej Umrah Bersama Mutawwif Berpengalaman

Leave a Reply