Bagaimana anda menentukan destinasi pelancongan anda seterusnya? Mungkin anda menerima cadangan lokasi percutian menarik dan eksotik dari bualan orang atau buku terkenal seperti Lonely Planet. Mungkin juga anda dapat ilham dari komuniti travel online di Facebook seperti Backpackers Buddies Malaysia. Tetapi tempat-tempat yang kurang dikenali ini adalah yang anda perlu melawat tahun ini. Lokasi-lokasi ini tidak kurang eksotik, sangat mengagumkan dan mempunyai kecantikan alam sekitar yang luar biasa.
Jom kita lihat tempat-tempat yang underrated tapi perlu anda senaraikan dalam bucket list anda!
Iran
Walaupun kerajaan Amerika Syarikat pada masa ini mempunyai “nasihat perjalanan” mengenai Iran, trendnya sebagai destinasi di kalangan kaki travel terus meningkat. Malahan, ramai kaki travel yang pernah ke sana mengatakan bahawa Iran adalah antara negara paling selamat yang pernah dilawati mereka!
Pengunjung akan mendapat keramahan yang melampau dari penduduk setempat, serta boleh memperolehi banyak sejarah purba serta melihat pelbagai runtuhan, dapat merasai makanan yang lazat, bazar berwarna-warni, dan landskap semula jadi yang cantik di seluruh negara.
The Falkland Island
Satu lagi lokasi percutian menarik yang masih jarang didengari ialah The Falkland Islands. Turut dikenali sebagai Islas Malvinas dikalangan masyarakat Argentina, pelancong yang suka mendaki kini boleh terbang ke Kepulauan Falkland di bawah pegangan ‘United Kingdom Overseas Territory’ ini melalui LATAM Airlines. Penerbangan sekali seminggu ini menghubungkan kepulauan Atlantic Utara dengan Santiago, Chile.
Pulau di hujung Amerika Selatan yang sehingga kini menjadi fokus perebutan hak milik antara United Kingdom dan Argentina ini sememangnya sesuai buat kaki travel yang bermimpi untuk pergi ke Antartika tapi tidak mahu menghabiskan ribuan wang ringgit untuk ke sana. Tapi jangan risau, lokasi ini selamat dan sering dilawati peminat alam semulajadi dari serata dunia!
Setelah anda berada di sana, anda boleh menetap di hotel seperti Malvina House Hotel, yang terletak berhampiran dengan Muzium Kepulauan Falkand dan beberapa restoran.
Oman
Oman telah diberikan jolokan Dubai yang kedua kerana seperti Dubai ia juga mempunyai padang pasir, lautan dan bangunan tinggi. Selain itu, Oman mempunyai masjid yang menjulang tinggi, syarikat penerbangan antarabangsa yang selalu menambah laluan penerbangan dan banyak resort mewah. JIka inginkan percutian yang santai, anda tidak rugi untuk datang ke sini.
Untuk penginapan yang seronok di pantai Oman, anda bolehlah cuba Kempinski Hotel Muscat . Hotel ini hanya berjarak 4-minit dari pantai dan menawarkan balkoni yang menghadap ke lautan.
Suzhou, China
Sekiranya anda tidak pernah mendengar tentang “Venice of China,” anda pasti terkejut dengan lokasi percutian menarik di Suzhou ini. Kota ini yang mempunyai penduduk seramai 10 juta ini boleh diakses melalui bullet train dari Shanghai. Di sini anda boleh melayari kanal untuk melihat pelbagai kuil dan pagoda melalui jalan air seperti di Venice. Anda boleh menaiki kapal persiaran dari Cruise the Grand Canal atau naik kapal gaya rickshaw untuk pengalaman yang lebih romantis.
Cadangan tempat penginapan di sini adalah Hotel Soul Suzhou yang mempunyai hiasan dalaman moden yang menggabungkan kebudayaan dan seni bina tradisional di bandar itu. Harga per malam hanyalah $ 50.
Malawi
Anda pasti tidak terfikirkan Malawi sebagai tempat untuk merasai Safari. Biasanya mereka akan fikirkan Afrika atau Sri lanka jika hendak mengalami safari. Gabungan landskap yang indah dan kaya dengan budaya menjadikan negara kecil Malawi ini sebagai tempat yang indah untuk dikunjungi. Di Malawi terdapat sembilan taman negara dan rizab hidupan liar untuk diterokai anda.
Luangkan masa untuk mengunjungi Tasik Malawi yang merupakan permata mahkota negara ini dan disarankan diterokai dengan kayak. Dan dalam satu perjalanan sahaja, anda akan dapat melihat pantai-pantai terpencil yang menakjubkan, pulau-pulau kecil yang tidak didiami yang kaya dengan hidupan liar
Begitulah senarai lokasi yang jarang difikirkan orang untuk dilawati. Jika berkesempatan, jangan lupa untuk masukkan lokasi-lokasi ini dalam bucketlist anda! Pernah lawati lokasi underrated lain? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen di bawah!
Ingin terokai destinasi percutian yang lain? Jom baca itinerari 8 Hari 7 Malam ke Uzbekistan ini atau tengok 10 lokasi cantik di Turki yang kami dah senaraikan di sini!
Leave a Reply