• Menu

7 Menu Tradisi Paling Popular Ketika Menyambut Hari Raya di Seluruh Dunia

Home » Guide for Muslim Travellers » Halal Food Travel Guide » 7 Menu Tradisi Paling Popular Ketika Menyambut Hari Raya di Seluruh Dunia

Perayaan Hari Raya Aidilfitri semestinya perayaan yang dinanti-nantikan umat Islam setiap tahun dan ianya sering disambut meriah di serata dunia. Antara amalan dan adat yang penting adalah menunaikan solat hari raya serta menziarahi ahli keluarga dan rakan-rakan. Walau begitu, setiap negara pasti mempunyai cara yang tersendiri untuk memeriahkan lagi perayaan ini termasuklah dari segi juadah yang di sajikan. Jom kita tengok menu hari raya di negara lain selain Malaysia!

Indonesia

Sayur lodeh terdapat beraneka sayur termasuk lobak, tauhu, kacang panjang dan sebagainya
Sayur Lodeh yang menjadi menu popular hari raya di Indonesia | Sumber: @herlina.1975

Sambutan hari raya di Indonesia juga sama meriah seperti di Malaysia kerana mereka juga mempunyai populasi umat Islam yang ramai. Namun begitu, Aidilfitri lebih senang disebut sebagai Idul Fitri di Indonesia manakala lebih ramai merujuk hari raya sebagai lebaran disini. Menu hari raya yang menjadi pilihan utama di Indonesia adalah sayur lodeh dan opor ayam. Lodeh juga merupakan sajian yang digemari ramai rakyat Malaysia dan biasanya dimakan diwaktu pagi. Selain itu, kuih-muih, biskut dan dodol turut dihidangkan sebagai manisan.

opor ayam merupakan sajian popular di Indonesia
Opor Ayam juga menjadi menu yang digemari di musim hari raya | Sumber: @herni_chin

India, Pakistan dan Bangladesh

Menu hari raya yang sempurna untuk penggemar manisan | Sumber: @shwetainthekitchen

Di India, Pakistan dan Bangladesh pula, menu istimewa yang disediakan di musim hari raya adalah sheer kurma (atau kormal kurma). Hidangan yang cukup enak ini diperbuat daripada mi vermicelli panggang, yang dikenali sebagai seviyan. Ia kadang-kadang dihiasi dengan kurma atau badam. Sheer Kurma dianggap sebagai salah satu menu hari raya yang sangat terkenal di ketiga-tiga negara ini.

China

Sanzi adalah makanan ringan yang diperbuat daripada adunan tepung gandum dan ditarik sehingga menjadi mi nipis
Sanzi yang juga dihidang sebagai street food | Sumber: @shine.cn

Walaupun negara China mempunyai ramai penganut agama Kristian, ia juga ada komuniti Islam yang besar di kawasan seperti Xinjiang dan Ningxia. Kaum Muslim Uighur di Xinjiang selalu menyajikan Sanzi (mi goreng rangup) di hari raya. Sanzi adalah makanan ringan yang diperbuat daripada adunan tepung gandum dan ditarik sehingga menjadi mi nipis. Ia kemudian digoreng dan disusun dalam bentuk bulat dan disusun untuk membentuk piramid.

Lebanon

Ka'ak merupakan sajian yang terkenal di sekitar negara Timur Tengah
Ka’ak atau kahaq bermaksud biskut dalam bahasa Arab | Sumber: @rolascatering

Sering dijumpai di sekitar Beirut, biskut tradisi ini menjadi antara menu utama yang dinikmati umat Islam di Lebanon dan juga di negara-negara Timur Tengah yang lain. Ka’ak atau Kahka adalah biskut yang diisi kacang dan disaluti dengan gula tepung, ia kemudian dibentuk menjadi bentuk cincin.

Turki

Baklava adalah pastri atau pencuci mulut yang berasal dari kerajaan Uthmaniyyah
Pencuci mulut Mediterranean yang sangat digemari ramai | Sumber: @canannaydiiin

Di Turki, sesuatu perayaan umum dikenali sebagai bayram. Oleh itu hari raya lebih dikenali sebagai Seker Bayram atau Ramzan Bayram. Hari Raya di Turki seakan-akan menjadi sambutan hari manisan kerana kanak-kanak selalunya akan pergi dari pintu ke pintu meminta manisan, seperti manisan Turki dan baklava. Baklava adalah pastri atau pencuci mulut yang berasal dari kerajaan Uthmaniyyah. Ia diperbuat daripada lapisan filo yang diisi dengan kacang cincang, dimaniskan dan disatukan menggunakan sirap atau madu.

Afghanistan

Bolani adalah roti rata yang diisi dengan inti seperti kentang, bayam, labu atau lentil.
Bolani dihidangkan dengan yogurt dan sayur-sayuran | Sumber: @snackin247

Hari raya di Afghanistan disambut dengan cara yang unik iaitu dengan memperkenalkan Tokhm-Jangi si mana ahli keluarga akan merebus beratus-ratus telur dan mengecatnya dengan warna yang ceria. Kemudian mereka akan berkumpul di kawasan terbuka untuk sama-sama memecahkan telur tersebut. Bagi menu hari raya pula, Bolani merupakan sajian yang sering dihidangkan. Bolani adalah roti rata yang diisi dengan inti seperti kentang, bayam, labu atau lentil.  

United Kingdom

Biryani merupakan hidangan yang diminati ramai
Biryani biasanya dihidangkan bersama roti pita, yogurt dan sedikit salad | Sumber: @edasaur

Hidangan nasi yang popular di Asia Selatan dan berasal dari India ini merupakan sajian yang pasti dinanti-natikan di setiap perayaan, terutama yang mempunyai tetamu yang ramai. Di United Kingdom, Biryani semestinya akan dihidangkan sebagai menu hari raya utama. Ia menyatukan pelbagai jenis daging dengan nasi dalam hidangan yang sangat berperisa dan penuh dengan rempah.

Cukup unik sajian yang dinikmati di seluruh dunia di musim Raya Aidilfitri. Tentu tak sabar untuk menikmati jamuan di hari raya akan datang! Banyak lagi yang boleh dipelajari tentang budaya di negara lain. Semuanya boleh dibaca di blog kami!

Leave a Reply