Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

Nyepi: Fakta Menarik Tentang Hari Sepi Bali

Home » Guide for Muslim Travellers » Nyepi: Fakta Menarik Tentang Hari Sepi Bali

Bukan perayaan menyambut Tahun Baru yang biasa.

Pernahkah anda terfikir untuk melancong ke Bali atau terlintas difikiran mengenainya? Tahukah anda, Bali merupakan salah satu tempat pelancongan di Indonesia yang paling kerap dilawati oleh pelancong. Ia terletak di antara hujung timur Kepulauan Jawa dan di barat Kepulauan Lombok. Bali mempunyai satu perayaan unik yang berbeza berbanding budaya-budaya lain di dunia iaitu Nyepi. Perayaan tahun baharu di lokasi-lokasi lain diseluruh dunia penuh dengan cahaya dan warna-warni, namun sebaliknya di Bali. Perayaan ini menjanjikan keunikan tentang Bali yang tidak akan anda temui di tempat lain!

Nyepi ialah perayaan Hindu yang diraikan pada setiap hari tahun baru di Bali dalam takwim Saka.
Kredit: Nur Hafizah Hanis – Pura Tirta Empul

Berbeza dengan adat-adat yang lain, Bali menyambut “Festival Tahun Baru” di dalam keadaan sunyi dan sepi. Nyepi adalah hari sunyi, berpuasa dan muhasabah diri untuk penduduk tempatan Bali. Walau bagaimanapun, terdapat 4 peraturan yang harus diikuti untuk Nyepi.

  1. Amati Geni: Tiada cahaya atau api bahkan kuasa elektrik.
  2. Amati Karya: Sebarang aktiviti pekerjaan tidak dibenarkan.
  3. Amati Lelunganan: Tiada aktiviti pelancongan. Lapangan terbang dan semua kedai ditutup pada hari tersebut.
  4. Amati Lelanguan: Tiada hiburan dan semua orang wajib berpuasa.
Kegiatan seharian adalah dilarang sama sekali pada hari ini termasuk perkhidmatan awam termasuk sekali penerbangan, tetapi khidmat perubatan seperti hospital dikecualikan.
Kredit: Nur Hafizah Hanis – Uluwatu Temple

Sehari Sebelum Nyepi

Sebuah festival Ogoh-Ogoh akan diadakan sebelum Nyepi bermula. Ogoh-Ogoh adalah tugu buatan manusia sebagai simbol raksasa atau makhluk jahat. Festival tersebut akan diadakan malam sebelum Nyepi sehingga keesokan pagi Nyepi. Selepas itu, mereka akan membakar Ogoh-Ogoh dan menjerit sekuat hati untuk menakutkan dan ‘menghalau’ makhluk jahat. Walau bagaimanapun, di sesetengah tempat di Bali mereka akan menjual Ogoh-Ogoh kepada masyarakat setempat. Ogoh-Ogoh mampu mencecah harga jutaan rupiah mengikut saiz yang ditempah. Setiap penduduk wajib menyimpan bekalan makanan kerana semua restoran ditutup lebih awal dari biasa.

Patung ogoh-ogoh yang berwajah serba mengerikan iaitu lambang puaka dan kejahatan yang diarakkan di seluruh kampung dan kemudiannya dibakar.
Kredit: blitarnews – Ogoh-ogoh

Hari Nyepi

Sebelum Hari Raya Nyepi, terdapat beberapa upacara yang diadakan oleh penganut Hindu khususnya di pulau Bali.
Kredit: Nur Hafizah Hanis – Dreamland Beach

Nyepi kebiasaannya akan bermula pada pukul 6.00 pagi mengikut waktu tempatan dan akan disambut selama 24 jam sahaja. Masyarakat Bali telah menyambut festival ini sejak tahun 1959. Justeru itu, semua penduduk perlu berada di dalam rumah dan bermuhasabah diri. Ini adalah masa terbaik untuk membuat lukisan (‘painting’) ataupun melihat bintang di langit yang gelap. Selain dari itu, sesetengah orang percaya bahawa perayaan ini adalah masa untuk Bumi berehat.

Upacara Nyepi telah berjaya mengurangkan penggunaan kuasa elektrik sebanyak 40 hingga 60 peratus dan dapat menjimatkan sebanyak 4.2 juta Rupiah. Nyepi bukan hanya sekadar perayaan keagamaan semata-mata, tetapi turut menyumbang kepada pengurangan karbon dioksida dan pengurangan 33% kesan rumah hijau. Dalam erti kata lain, Nyepi adalah sama seperti “Earth Hour”.

Menarik bukan? Jika anda sedang merancang untuk bercuti ke Bali, anda bolehlah berkunjung ke laman web kami. Anda juga boleh mendapatkan senarai 10 restoran halal di Bali, Indonesia yang akan memudahkan percutian anda. Kami menawarkan pelbagai pakej Bali dan pakej-pakej lain mesra Muslim di serata Indonesia dan Asia untuk anda. Tunggu apa lagi? Jom bercuti bersama Tripfez! Dengan Tripfez #manamanatrippunbest

Tempah Pakej Bali Mesra Muslim


About the author

Farhah is a typical girl who loves to read and watch documentaries, investigation drama series and medical drama series. They say curiosity killed the cat but not her. Being brave and challenge herself in doing things she has not done before, is her nature. Planning is essential when it comes to her work or personal life. Chocolate is one of her favourite stress relievers, it is nice for her to has it once in a while when she needs a dosage of it.