• Menu

Panduan Naik Public Transport di Seoul, Korea

Home » Guide for Muslim Travellers » Panduan Naik Public Transport di Seoul, Korea

Kepada anda yang ingin melancong ke Seoul, Korea tidak perlu risau tentang public transport untuk bergerak di sekitar tempat tersebut kerana sistem pengangkutannya cekap, selesa dan menepati masa. Malah sistem pengangkutan awam Seoul dikatakan antara yang terbaik di dunia!

Cara Pakai T-Money untuk Public Transport di Seoul Korea
kredit: @nmdkz8124

Perkara paling penting anda perlu buat setibanya anda di Seoul adalah anda perlu mendapatkan kad T-Money terlebih dahulu, sama ada di lapangan terbang atau mesin layan diri di mana-mana stesen keretapi (subway) dengan harga 2,500KRW (RM9). Fungsinya sama seperti Touch N Go kita dan anda boleh menggunakan kad ini di mana-mana tempat di Seoul tertutamanya ketika menaiki public transport seperti menaiki keretapi (subway), bas awam, teksi, dan juga membeli barang di kedai serbaneka. Untuk menjimatkan wang serta memudahkan urusan harian anda, disyorkan menggunakan kad ini kerana sangat berguna!

Panduan Naik Subway di Korea

Cara Naik Subway di Korea

Di Seoul, tambang asas bagi setiap perjalanan dalam jarak 10km adalah 1,350KRW (RM5) dan T-Money akan memberikan anda diskaun tambang serta menjimatkan masa anda.Tidak perlu risau jika tidak tahu berbahasa Korea kerana sistem Subway di Seoul mesra pelancong, cekap dan efisyen. 

Cara Naik Train di Korea

Jika anda hendak pergi ke tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong utama, anda hanya perlu rujuk peta subway kerana laluannya meliputi hampir semua kawasan tersebut. Namun harus diingati, kebanyakan laluan untuk ke stesen-stesen subway melibatkan banyak tangga untuk anda naik turun! Anda juga boleh mengembalikan kad itu sebelum meninggalkan Seoul dan segala bakio duit akan dipulangkan kepada anda. Memang mudah public transport di Korea kan?

Panduan Naik Bas di Korea

Perkhidmatan Public Transport di Seoul Korea Termasuk Bas
kredit: @eidan6119

Anda perlu tentukan destinasi yang menjadi arah tujuan. Gunakanlah khidmat Google Maps untuk melihat penunjuk arah. Setelah membuat carian di Google Maps pasti anda akan lihat beberapa pilihan bas berserta nombor bas. Semasa buat carian itu juga ada memberitahu bas akan berhenti di mana dan pada jam berapa ia bergerak dan berapa hentian. 

Lihat Jadual Bas di Papan Tanda atau Google Maps
kredit: @best_southkorea_photo

Di setiap hentian bas ada papan maklumat dan anda boleh rujuk di sana. Pastikan bas yang anda naiki  menghala ke tempat yang dituju kerana kekadang rutenya berlawanan. Kalau jadi situasi seperti itu, sila cepat turun dan ke hentian bas yang bertentangan jalan. Sentiasa rujuk pada nombor bas yang tiba sebelum anda naik tapi jika ragu-ragu, rakyat Korea tidak pernah mengecewakan sekiranya anda perlukan bantuan.

Perkhidmatan Public Transport Mudah Didapati di Seoul Korea
kredit: @mn____93422
Tempah Seoul City Tour Untuk Bersiar-Siar di Seoul Korea
kredit: @moreaboutseoul

Bila bas tiba, imbas T Money dahulu di mesin dekat pemandu. dan semasa dalam bas, sila dengar pengumuman yang dibuat tentang destinasi seterusnya. Sesetengah bas tidak ada penterjemahan dalam Bahasa Inggeris jadi sentiasa rujuk google maps anda. Untuk perjalanan yang lebih selesa, anda boleh gunakan perkhidmatan Seoul City Tour kerana ia memang khas untuk pelancong.

Panduan Naik Teksi di Korea

Public Transport di Seoul Korea

Menaiki teksi juga mudah jika anda bergerak secara berkumpulan kerana lebih menjimatkan atau membawa warga emas yang tidak berdaya naik turun tangga sekirannya menaiki subway. Di Seoul ada lebih 60,000 buah teksi berlesen dan sangat mudah didapti.

Perkhidmatan Teksi Buat Pelancong Asing di Korea
kredit: @stuartm568
Public Transport di Seoul Korea Termasuk Perkhidmatan Teksi
kredit: @kermanmotor305

Ada beberapa jenis teksi di Seoul iaitu standard, deluxe, (sedikit mahal) dan jumbo yang boleh memuatkan hingga 9 penumpang. Kalau anda inginkan pemandu yang fasih berbahasa Inggeris, carilah International Taxi berwarna oren kerana pemandunya memiliki sijil bertutur dalam bahasa tersebut. 

Naik Basikal di Seoul

Jika anda ingin pengangkutan yang lain daripada lain, di Seoul anda boleh dapati laluan basikal disediakan di semua tempat. Sambil-sambil bakar lemar, kos untuk pengangkutan juga boleh dijimatkan lagi dengan menaiki basikal. Tidak lupa juga, anda boleh bawa basikal anda masuk ke dalam bas dan subway!

Masih was-was dan takut tidak pandai naik public transport di sana kerana masalah bahasa? Jom tempah percutian ke Korea dengan Tripfez! Masalah pengangkutan serta makanan halal anda akan kami selesaikan.

Tempah Pakej Mesra Muslim Dengan Makanan Halal

Leave a Reply