• Menu

Jom Bercuti Ke 6 Pantai Terbaik Asia

Home » Guide for Muslim Travellers » Jom Bercuti Ke 6 Pantai Terbaik Asia

Pulau sememangnya merupakan antara tempat yang terbaik untuk lari dari kesibukan di kota. Tidak hairanlah kalau ramai memilih pantai sebagai destinasi percutian mereka. Di sini, kami kongsikan dengan anda beberapa pulau di Asia Tenggara yang boleh anda kunjungi untuk ketenangan jiwa dan jauh dari hikuk pikuk di kota. Jom tengok senarai pantai terbaik di Asia!

Pulau Similan, Thailand

Pulau Similan terletak di Phuket
Kepulauan Similan adalah salah satu pulau paling terkenal di Laut Andaman.

Terdiri daripada 11 kepulauan yang terletak di pantai barat Thailand, Kepulauan Similan yang terletak di Laut Andaman ini merupakan pulau yang menakjubkan dibawah pelindungan kerajaan Thailand. Di bawah perairan air yang jernih ini, terdapat syurga buat penyelam dan snorkel. Dengan cuaca yang hangat sepanjang tahun, ini adalah tempat yang sempurna untuk melihat karang cantik dan ikan tropika yang indah dalam suasana yang damai.

Pulau Koh Rong, Cambodia

Pulau Koh Rong adalah sebuah pulau di Sihanoukville, Cambodia.
Pulau Koh Rong dikenali hebat dengan pasir lembut dan terumbu karang.

Buat mereka yang betul-betul ingin lari dari kesibukan kota, ini merupakan tempat yang sesuai buat korang. Di sini, pembangunannya kecil dan alam semulajadi masih tidak terjejas. Penginapan mereka yang ala-ala kampung di pesisiran pantai menjadikannya salah satu pulau paling terkenal di Asia. Terletak sejam dari Sihanoukville di Kemboja, pulau ini tidak ada jalan raya dan lampu juga terhad pada waktu malam tetapi pulau ini adalah berbaloi untuk dikunjungi kerana keindahan coral dan ikan eksotik yang ada.

Pulau Raja Ampat, Indonesia

Pulau Raja Ampat terkenal dengan batu karang dan hidupan laut
Pulau Raja Ampat kini menjadi tarikan ramai termasuk pelancong antarabangsa.

Raja Ampat, juga dikenali sebagai Empat Raja, adalah pelbagai pulau yang menakjubkan di Papua di bahagian timur Indonesia. Pulau-pulau ini pernah dinobatkan sebagai tempat menyelam terbaik di dunia. Malah, pulau ini adalah mempunyai 75 peratus spesies karang dan hampir 1,300 spesies ikan yang berlainan. Penyelam berpengalaman juga boleh menikmati keseronokan menyelam drift, dan meneroka dinding batu di bawah air. Untuk kesini anda boleh terus mencari penerbangan Air Asia untuk ke Makassar dan dari sana anda boleh pula terbang Sorong. Walaupun perjalanan agak leceh, namun ianya sangat berbaloi.

Pulau Cat Ba, Vietnam

Cát Bà merupakan rumah kepada Tapak Warisan Dunia UNESCO: Ha Long Bay
Keindahan Pulau Cát Bà dari pandangan mata burung.

Terletak di utara Vietnam, Taman Nasional Cát Bà merupakan rumah kepada Tapak Warisan Dunia UNESCO: Ha Long Bay. Pulau Cát Bà adalah pulau terbesar di taman itu, dan bandarnya agak menarik. Menaiki bot untuk melihat matahari terbenam yang dikatakan Gold Hour itu sering menjadi pilihan pelancong. Jangan lepaskan peluang untuk ke Taman Negara Cát Bà juga sangat terkenal disini kerana trek pemandangan yang cantik.

Pulau Pom Pom, Malaysia

Pulau Pom Pom antara yang terindah di Malaysia
Jetty yang terletak di Pulau Pom Pom.

Terletak di Kepulauan Semporna di pantai timur Malaysia, Pulau Pom Pom yang menakjubkan kerana tanpa penempatan disini. Anda boleh menerokai terumbu karang yang menakjubkan dan pelbagai jenis spesies ikan. Paling syok, jika anda bernasib baik, anda boleh menemui penyu hawksbill yang sering mengunjungi pantai ini untuk mengawan.

Pulau Macleod, Myanmar

Terletak di Mergui Archipelago di pantai Myanmar
Pelancong menikmati keindahan Pulau Macleod.

Terletak di Mergui Archipelago di pantai Myanmar, kebanyakan Pulau Macleod belum diterokai lagi, bermakna ia tenang dan penuh kecantikan semulajadi. Terdapat hanya satu resort disini iaitu Myanmar Andaman Resort, yang merupakan sebuah rumah simpan desa yang selesa. Pulau Macleod sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan di syurga semulajadi.

Sekarang anda sudah ketahui 6 pantai terbaik di Asia, tunggu apa lagi? Jom tempah pakej dengan Tripfez. Banyak lagi destinasi indah di Asia yang boleh anda kunjungi, boleh baca tentang semuanya di sini!

Percutian seterusnya menanti anda!

Leave a Reply