• Menu
pemulihan-kaabah-sejarah

Pemulihan Kaabah yang Suci

Home » Muslim Friendly Travel Guide » Pemulihan Kaabah yang Suci


– Tahun: 1957 / 1377 Hijrah
– Era: Raja Saud bin Abdul Aziz

sejarah-kaabah-pemulihan-bumbung

Sebelum penubuhan Negara Arab Saudi. Terdapat pelbagai kejadian-kejadian yang mempunyai kesan negatif yang ketara terhadap Kaabah. Keretakan dan kerosakan dalaman lain telah berlaku akibat kejadian alam semula jadi seperti banjir.

Pada tahun 1957, semasa pemerintahan Raja Saud bin Abdul Aziz Al Saud, bumbung telah rosak dengan ketara, yang menyebabkan campur tangan segera diperlukan untuk menyelamatkan permukaan Kaabah. Penjaga Kaabah ketika itu, Raja Saud, mengarahkan pembentukan badan saintifik dan kejuruteraan dalam mempertimbangkan pemulihan keseluruhan Ka’bah.

Berdasarkan laporan badan itu, keputusan telah dikeluarkan untuk mengubah suai Ka’bah bermula dengan menaikkan siling atas Ka’bah dan mengubah suai seni binanya. Pemulihan itu juga termasuk membaiki batu marmar yang mengelilingi dinding Ka’bah.

Pada petang 21 Jumada al-Akhirah tahun 1377 Hijriah selepas Solat Isya’, proses pemulihan bermula dengan pembinaan pagar kayu mengelilingi Kaabah untuk menutup pemulihan Kaabah dari umum. Pembinaan pagar kayu juga bagi mengelakkan kejatuhan sebarang serpihan atas faktor keselamatan.

pemulihan-kaabah-19588

Kerja baik pulih Kaabah menyaksikan kemasukan lampu elektrik ke atas bumbung Ka’bah buat pertama kali dalam sejarahnya. Bagaimanapun, selepas proses pemulihan, semua lampu elektrik dikeluarkan dari Ka’bah kerana lampu-lampu tersebut tidak diperlukan.

Pada pagi hari ke-12 Sya’ban tahun yang sama (1377), Raja Saud menyampaikan ucapan di radio terus dari dalam Baitullah. Ia adalah transmisi pertama yang diterima dari dalam Ka’bah dan disiarkan ke seluruh kawasan, mengumumkan berakhirnya pemulihan Rumah Allah.

Sumber: Arkib Haramain @HaramainSharifain

DAFTAR SEKARANG UNTUK DAPATKAN PROMOSI TERHAD

Daftar Pakej Umrah 2022 sekarang, deposit hanya RM1000/seorang dan bayaran penuh boleh dibuat 30 hari sebelum penerbangan. Hubungi kami segera untuk diskaun RM100/seorang bagi pendaftaran awal pakej umrah bersama Tripfez!! 



HUBUNGI KAMI

Tripfez Travel
A11-02B, Empire Office Tower
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia

Google Map – Office Tripfez Travel
Email : [email protected]

Leave a Reply